Sharing & Caring di Bumi Acheh "Kasih Tanpa Sempadan"
Baru semalam aku post pasal kenangan 2016 dan azam 2017 di
blog.
Pagi ini menerima berita kesyukuran bahawa program kami “Sharing
& Caring di Bumi Acheh: Kasih Tanpa Sempadan” pada tahun lepas telah
dilaporkan dalam akhbar. Surat khabar Kosmo bertarikh 9 Januari 2017 di muka
surat helaian tengah. Waima gembira, aku turut melahirkan rasa terkilan atas
beberapa sebab.
1 1. Kesalahan ejaan. Benar manusia tidak terlepas
dari kesilapan namun sebagai wartawan yang berprinsip, seharusnya kesalahan
ejaan seperti nama (cth: Dr Fauziah Mad Nor, sepatutnya, Dr Fauziah Mohd Noor),
kata nama (cth; iman, sepatutnya imam) dan, sebaiknya dielakkan.
2. Gambar yang terpapar tidak menunjukkan wajah kesemua
anggota yang menyertai. Bukan kerana mahukan nama atas usaha amal kebajikan
yang dibuat namun bukankah program ini kenangan bersama?
3 3. Dan beberapa lagi perkara yang tak tercapai seperti
penghasilan buku.
4 4. Kegagalan untuk wujudkan kesinambungan program
ini secara intensif.
Sekalung penghargaan aku ucapkan buat pihak Universiti Utara
Malaysia yang telah meluluskan Projek kami, pihak Majlis Perwakilan Pelajar
membantu kami dalam urusan kertas kerja, Ashikin Miskam MPP Academics yang
tidak pernah berhenti membantu memberi buah fikiran bernas kepada program kami walaupun
sibuk dengan hal ehwal mahasiswa lain, Majlis tertinggi program dan ketua-ketua
biro serta anggota-anggota di bawah biro yang bertungkus lumus menjayakan
objektif program.
Penghargaan khas buat pengiring-pengiring Dr Fauziah Mohd
Noor, Pak Megat, Umi Yani dan Abang Nazeri dari team Persatuan Raqilla Insani
kerana membuka peluang kepada mahasiswa yang masih bertatih lagi mentah seperti
kami ini untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan.
Dalam pertengahan semester, tawaran dibuka. Awalnya, program
ini dirancang hanya untuk beberapa orang sahaja. Oleh kerana ramai rakan-rakan yang
berminat, maka pendaftaran dibuka lagi sehingga lebih 20 orang yang menyertai. Dari
3 biro sahaja yang diwujudkan, segala kerja dikembangkan kepada 7 biro. Dengan
itu, kebertanggungjawaban dapat dikongsi bersama. Bak kata pepatah, “ringan
sama dijinjing, berat sama dipikul”. Ada juga anggota misi yang tak dapat
terbang bersama namun melakukan kerja di belakang tabir.
Kertas kerja dirangka, disiapkan dan dibentang kepada pihak universiti.
Oleh sebab masalah sistem, kelulusan projek agak lewat. Kendatipun begitu, kami
terus bekerja walaupun kertas kerja belum diluluskan. Dugaan seperti assignment
yang banyak dan musim peperiksaan kian menjelang tidak melemahkankan kami.
Setiap kali perjumpaan kami sering mengingati antara satu sama lain, walau
sibuk dengan projek, sebagai mahasiswa tidak sewajarnya mengabaikan
tanggungjawab untuk belajar.
Projek kesukarelawanan ini dikendali bawah Exco Academik,
maka kami berasa tanggungjawab elemen akademik sayugia diselitkan selaras
dengan nilai mahasiswa yang kami pegang. Elemen pertama, mengadakan diskusi
forum “Aktiviti Kesukarelawanan: Suatu Keperluan atau Trend?”. Elemen kedua,
penghasilan buku tentang Kesukarelawanan dari perspektif anggota misi (belum
dicapai). Forum diadakan bersama barisan pelajar Universitas Serambi Mekah.
Walaupun dari segi prasarana mereka jauh di belakang, namun daya intelektual
mereka sangat hebat.
Aktiviti di Kampung Kubah Masjid sungguh menginsafkan. Anak-anak
kecil Bumi Acheh sangat jujur, tidak memegang barang milik kita selagi tak
diberi izin. Warganya di sana mempercayai satu sama lain, umat Islam sangat
memntingkan solat berjemaah pada awal waktu di masjid. Kedaifan mereka tidak
melunturkan semangat mereka untuk menuntut ilmu dan terus maju ke hadapan.
Masakan Pak Megat di sana sungguh mengiurkan, penduduk kampung di sana
seakan-akan tidak sabra menunggu masakan itu benar-benar siap. Belum sempat
daging kambing itu empuk, mereka sudah mencedok untuk makan walaupun liat.
Jarang-jarang sekali dapat makan mewah seperti ini, kata mereka.
Segala tinggalan badai Tsunami membuatkan kami berfikir
pentingnya mentaati perintah Allah dan mengikut Sunnah Rasulullah.
Ya Allah, Aku berharap untuk ke sana lagi.
Zeaf I-sahus.
kisah dan berita selanjutnya boleh dibaca di:
- http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0109&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_02.htm
- http://fienahannani13.blogspot.my/2016/02/kasih-tanpa-sempadan-aceh.html
1 Bekas Tapak Kaki Pengembara