• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook twitter instagram Email

PUTERA AMIROOL FAEZ

| Dreadfater | Law & Jurisprudence | Bitcoin |

Tidak ramai anak-anak yang sedar akan kepentingan menguruskan wang secara hemat, justeru, ibu bapa atau ahli keluarga yang lebih dewasa perlu mengambil sikap proaktif dan prihatin memberi bimbingan. Maslahatnya adalah demi masa hadapan anak-anak juga supaya mereka ada dana yang cukup untuk menyambung pelajaran, hidup bebas hutang dan sedar peri penting mengurus wang.

(1)  – Kumpul dan kirakan duit raya anak-anak. Latih sejak kecil, sediakan kotak khas setiap seorang. Dapat angpou beri kepada ibu atau masukkan dalam kotak. Ibu bapa jangan malas buat catatan supaya tidak lupa dan mencampur-adukkan duit anak-anak. Ada ibu bapa mengumpulakn tanpa mengasingkan lalu membahagikan sama rata hasil duit raya. If unequals receive equal shares, or equals receive unequal shares, it causes quarrels and complaints. Menyuarakan sebagai empati dari sudut pandang anak, penulis tidak bersetuju dengan konsep keadilan yang diamalkan ini kerana man jada wa jadda, siapa usaha dia dapat hasil tuaian. Melainkan penulis sendiri dapat duit raya paling sedikit dalam kalangan adik-beradik. Kihkihkih!

(2)  - Jangan meminjam duit anak sama ada ada niat untuk memulangkan kembali atau tidak. Mereka penat beraya dari hujung kampung ke kampung sebelah. Apabila mereka mempercayai untuk serahkan duit kepada ibu bapa, tiba-tiba ibu bapanya membeli perabot baru menggunakan duit raya anak tanpa pengetahuan mereka. Hilang kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa. Mengkritik Menteri, Exco Kerajaan dan penjawat awam pecah amanah nombor satu, tapi diri sendiri cakap tak serupa bikin.

(3)  - Asingkan RM50 belikan mainan, makanan kegemaran atau pun bawa jalan-jalan supaya anak-anak dapat merasa keseronokan.

(3a) – Cara lain, Ibu bapa boleh juga beri bonus RM50 kepada anak sebagai kesanggupannya menabung sejumlah duit raya mereka secara 100%. Sebagai contoh, simpan 90% ke atas, dapat hadiah RM50. Simpan 70% ke atas, dapat hadiah RM30. Simpan 50% ke atas, dapat hadiah RM10. Mereka pasti berfikir seeloknya dan secara tidak langsung ibu bapa telah mengajarnya ilmu pelaburan sebagai persediaan mereka di masa hadapan. Takkan tak boleh sedekah sikit untuk anak tersayang?

(3b) – Libatkan anak dalam membuat keputusan pengurusan kewangan mereka. Ada ibu bapa yang mengambil pendekatan kuku besi diktator-isme di mana keputusan ibu bapa keputusan mutlak. Pendekatan ini bakal menjayakan penyimpanan duit raya namun gagal memberi pendedahan dan pelajaran untuk anak-anak. Cara diktator yang disebut tadi hanya sesuai digunakan sekiranya anak degil. Waima pun begitu, ibu bapa yang bijak pasti dapat memikirkan cara diplomasi yang terbaik dengan anak.

(4)  - Masukkan duit raya anak-anak ke dalam akaun Tabung Haji. Bawa MyKid anak untuk pendaftaran Tabung Haji. Akaun Tabung Haji boleh dibuka dengan baki minimum RM100.

(4A) - Masukkan duit raya yang telah dipersetujui.

(5)  – Ulang Langkah (1) hingga Langkah (5) pada Raya tahun depan, kecuali Langkah (4). ***melainkan dapat baby baru***

Untuk memupuk kesedaran kewangan kepada jiwa anak-anak, ibu bapa jangan berkira untuk me-reward, namun jangan pula malas untuk buat “kira-kira”.

Pilihan antara Tabung Haji atau ASB menjadi perdebatan yang hangat juga dalam kalangan masyarakat. Namun, itu adalah pilihan masing-masing. Kedua-dua instrumen berkongsi kebaikan yang mutual seperti patuh Syariah, pelaburan risiko rendah dan pulangan dividen yang memuaskan. Secara peribadi, penulis memilih Tabung Haji kerana simpanan akan dizakatkan siap-siap.

Akhirul kalam, “Tidak ada suri teladan yang paling baik untuk diikuti melainkan ibu bapa dan penjaga anak-anak itu sendiri.”

Tulisan Zeaf I-sahus

Julai 4, 2017
Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara

I am officially ended my law school after completing my final examination this morning. All praises to Allah. Before stepping out from this varsity, I would like to share my insights on ‘skills’ that I might call it as “Note for the (next) Law Students”. I am writing this note is because I have regretted that I should’ve put more efforts during my years of study. I hope I can improve these skills in chambering months and practice years. Basically, I would like to address the skills that law students should master to become successful.

1.       Critical Thinking

The dictionary defines ‘critical’ that is important to law students and lawyers as “exercising careful judgment and judicious evaluation.” The work done is skilled and specialised. A substantial part of the work is mental rather than manual. A period of theoretical thinking is usually required before the practical work can be adequately performed. Law students has a duty to practice critical thinking which often include deductive reasoning, inductive reasoning, distinctions and reasoning by analogy.

2.       Critical Reading

Critical reading is the logical extension of critical thinking. That’s where law school comes in. Lawyers are expected to be wordsmiths. Lawyers are expected to know and explain the meaning of words in law such as statutes, contracts and wills. No choice, but to wade through the opaque prose.

3.       Critical Listening

Just as critical reading is important to the written word, critical listening is important to the spoken word. Critical listening requires serious attention and concentration. Steps to train listening critically are by listen to the words of the lecturer and by making notes each time the mind starts to wander. I did this in my Law of Evidence II class at night. Usually, we easily lose focus during night class, but by training critical listening and looking back at my notes, I was surprised how often I was not listening.

4.       Case Briefing

Law schools have been using cases as the primary vehicle to teach law for decades. It does make sense. Personally, when I have difficulties in understanding some laws, I read and summarised the related case law. It is the written summarization process where the learning occurs [Emphasis is mine]. Law students should have a written brief for each case to be discussed in class.

5.       Note Taking

Lecturers and law teachers work unbelievably long hours to prepare each day’s class discussion. Class discussions are window into their thinking. It is trite fact that, good note taking will make life easier. Taking notes does not stop when graduating from law school.

6.       Research Skills

Students often type the name and click search at MLJ or CLJ. A small number of students know how to acquire Practice Notes and Directions, State Enactments, Forms and Treaties in the CLJ. I wish I could have known on how to use the legal search engine 4 years ago. It would’ve helped me in every assignment. Not only MLJ and CLJ, some other sources are also useful.

7.       Writing Skills

Most law schools teach the students to use ILAC method to organise their thoughts and answers. It is useful, indeed. Apart from writing on the answer script. Law students should also be able to write a good essay. I wish to write more on this in the future on the method of ‘Madman, Architect, Carpenter and Judge’ writing.

8.       Know Your Lecturers

Well, most of the legal practitioners who came to UUM giving talks and seminars, always reminded us about the subject that the law faculty never taught: Know Your Judges. Do what they direct to us. The Judges are the decider of our cases. Despite UUM emphasises on student-centred learning, different methods of teaching and learning that are used by the lecturers. Rule no #1 as stepping into the law school is do what the law teachers want. They are the graders of our exam papers. It is not about pleasing or lobbying the lecturer, but it is about manners (ADAB) and attitudes (AKHLAK) to those who teach us.

9.       Organise To Strive For Infinite Excellence


We are expected by the society, to start a firm someday. If we failed to organise ourselves individually, then how do we expect to manage a firm which consists of different kinds of partners, clerks and staffs. Law students are expected to be highly organised people. Time management is of paramount importance. Everything starts from planning. Our life will be less stress if we focus on spiritual needs; personal growth; relationships of family & friends; duty towards society; and doing the best in current circumstances.
Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara
All powers may be abused if placed in unworthy hands, regardless of what position. However, it is difficult to find where to place the powers to be more safe than what had been practiced traditionally.
Seorang pengerusi sesebuah persatuan ada tendensi untuk berlaku curang dalam pentadbirannya andai dia mempunyai 'unworthy hand'.
Setiausaha bagi sesebuah syarikat yang arif dan mengetahui selok belok pentadbiran syarikat, berkemungkinan menyalahguna kuasa yang ada di tangannya untuk kepentingan peribadi sekiranya dia ada 'unworthy hand'.
Bendahari Kehormat sesebuah parti ada kala jadi gelap mata dengan duit apabila melihat angka-angka dalam kerja kira-kiranya sebegitu mewah jika ia punya 'unworthy hand'.
Terlebih kebebasan ('liberty') diberikan kepada orang biasa yang rebellious bisa menggagalkan sesebuah pentadbiran andai mereka punya 'unworthy hand'
'Unworthy hands' difikirkan dari minda yang tidak dilandasi dengan keupayaan moral dan sikap yang baik dalam diri. Masalah sebenarnya ialah akhlak yang perlu dicerahi dengan iman dan nilai kemanusiaan. Pabila ada akhlak yang jitu tanpa kepura-puraan, anggota tubuh badannya juga terpelihara dari menjadi 'unworthy hands'.
Namun, penyelesaian terhadap masalah menanam iman dalam diri seseorang bukan kerja dalam sehari dua. Usaha ini memerlukan usaha berterusan dari semua pihak bagi mewujudkan faktor 'internal' dan 'external' untuk seseorang itu menjadi insan yang baik akhlak dan terjaga perlakuannya.
-Zeaf I-sahus-
Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara


Beberapa peserta program bergambar sebagai kenangkenangan ketika berada di Aceh.


PADA 26 Disember 2004 menjadi tarikh yang dikenang sebahagian besar masyarakat di dunia terutamanya di Aceh, Indonesia.
Tragedi bencana alam itu telah me­ragut kira-kira lebih 249,579 nyawa di lapan buah negara dalam sekelip mata.
Peristiwa yang sangat memilukan itu menjadi antara lipatan sejarah paling duka yang melanda negeri terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu saat buminya dibadai tsunami dahsyat ekoran gegaran gempa bumi yang kuat.
Akibat gegaran gempa dengan kekuat­an 9.3 skala Ritcher itu, Banda Aceh yang merupakan pusat ekonomi dan ibu negeri Aceh menjadi rata bak padang jarak padang tekukur.
Kesan tsunami itu turut dirasai di lapan negara lain yang turut terkena tempias tsunami.
Bagi menyingkap kembali sejarah hitam tsunami yang membadai Aceh, mahasiswa undang-undang dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkunjung ke Banda Aceh, Indonesia bagi mengadakan satu program Kasih Tanpa Sempadan baru-baru ini.
Pensyarah Kanan, UUM COLGIS, Dr. Fauziah Mad. Nor berkata, program dengan kerjasama badan bukan kerajaan, Rakilla Insani itu berorientasikan kebajikan untuk membantu masyarakat Aceh dengan menyalurkan sumbangan kewangan, makanan, peralatan tulis dan kelas pendidikan.
Menurut Fauziah, dia pernah beberapa kali ke Aceh dan nampak kebesaran Allah di sebalik tragedi tsunami yang terkandung 1,001 hikmah itu.
Mendidik
Pembangunan semula Aceh masih berjalan sehingga kini dan memerlukan banyak dana.

Sekumpulan peserta perempuan mencuci peralatan bersama-sama selepas jamuan diadakan.


“Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk menyaksikan kecekalan masyarakat tempatan membangunkan semula Aceh yang pernah musnah akibat tsunami 12 tahun lalu.
“Usaha ini mendidik mahasiswa membiasakan diri menolong orang. Asuh pelajar bukan setakat cemerlang dalam pelajaran tetapi kami mahu jadikan mereka prihatin dengan masyarakat yang dihimpit kesusahan dengan melakukan kerja amal,” ujarnya.
Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Siti Nurashikin Fuaddin, 23, menyifatkan, kenangan di bumi Aceh memberi pengalaman berharga untuk dijadikan inspirasi dalam hidupnya.
Siti Nurashikin tidak menyangka dia akan dibawa ke lokasi itu untuk menyantuni salah seorang mangsa tsunami iaitu Sanak Hadi, 85.
Ketika menceritakan detik cemas itu kepada Siti Nurashikin, Sanak berkata, kejadian berlaku pada awal pagi dengan gegaran, jeritan, bunyi yang kuat dan air bagaikan raksasa mengganas memusnahkan dinding rumah serta segala-galanya.
“Saat itu, dia hanya mampu berserah sambil mulutnya membaca al-Fatihah. Tiba-tiba, satu kapal datang ke rumah dan gerak hatinya kuat berbisik supaya menaiki kapal tersebut kerana rumahnya semakin ditenggelami air.
“Dia tidak tahu dari mana kapal itu datang, yang pasti bantuan Allah itu telah menyelamatkan 17 orang dan menganggap peluang kedua untuk hidup sebagai iktibar kepada orang lain,” jelas Siti Nurashikin.
Dalam pada itu, Pengarah Projek, Putera Amirool Faez Suhasi, 22, berkata, program ini bertujuan menggalakkan semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa.
Menurutnya, melalui aktiviti khidmat sosial sebegini, ia akan melahirkan pelajar berkebolehan melaksanakan program, berkualiti, kepimpinan serta memberi kesedaran betapa pentingnya kerja berpasukan.

Kanak-kanak di Aceh turut diberikan bantuan berupa peralatan persekolahan.


Semasa melawat Masjid Baiturrahman, Amirool Faez sempat bersembang dengan seorang imam yang menyifatkan bencana yang berlaku sebagai satu peringatan besar bukan sahaja kepada penduduk Aceh, tetapi umat Islam seluruh dunia.
Hudud
“Keruntuhan moral, gempa bumi, peperangan demi peperangan antara tanda kecil kiamat sangat banyak dirasakan sejak kewafatan Nabi Muhammad SAW.
“Selepas tragedi ini, masyarakat berubah dari segi penghayatan Islam. Hasilnya, Aceh mengamalkan undang-undang hudud yang sangat efektif untuk mengekang jenayah di samping penduduk yang memiliki akhlak mulia.
“Terdapat dua jenis polis di sini iaitu trafik dan syariah yang bertanggungjawab menangkap orang yang berzina, tidak bertudung, berdua-duaan lelaki perempuan dan mencuri, hukum hudud dijalankan selepas solat Jumaat di masjid sambil disaksikan orang ramai,” jelas iman itu kepada Amirul Faez.
Ujarnya, selepas pelaksanaan hudud, keadaan semakin aman dan kadar jenayah turun mendadak sehingga pengunjung berasa tenang serta tidak takut untuk ke mana-mana, Benarlah, undang-undang Allah itu bersifat mencegah bukannya menghukum.
“Ketika itu, kami sedang membelek barang, tuan kedai bergegas memberitahu 10 minit sebelum azan kedai akan ditutup dan menjemput kami datang kembali selepas solat, begitu sekali kesan tsunami,” jelasnya.
Selain itu mereka juga berkunjung ke Universitas Serambi Mekkah untuk menjayakan forum Aktiviti Kesukarelawan-Suatu Trend atau Keperluan? serta melawat Muzium Tsunami yang dilengkapi kesan khas untuk memberi pengunjung merasai detik cemas jika dilanda bencana alam itu.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0109&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_02.htm#ixzz4XxtHTqV9 
Hakcipta terpelihara 
Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara
Baru semalam aku post pasal kenangan 2016 dan azam 2017 di blog.



Pagi ini menerima berita kesyukuran bahawa program kami “Sharing & Caring di Bumi Acheh: Kasih Tanpa Sempadan” pada tahun lepas telah dilaporkan dalam akhbar. Surat khabar Kosmo bertarikh 9 Januari 2017 di muka surat helaian tengah. Waima gembira, aku turut melahirkan rasa terkilan atas beberapa sebab.

1    1.  Kesalahan ejaan. Benar manusia tidak terlepas dari kesilapan namun sebagai wartawan yang berprinsip, seharusnya kesalahan ejaan seperti nama (cth: Dr Fauziah Mad Nor, sepatutnya, Dr Fauziah Mohd Noor), kata nama (cth; iman, sepatutnya imam) dan, sebaiknya dielakkan.

2. Gambar yang terpapar tidak menunjukkan wajah kesemua anggota yang menyertai. Bukan kerana mahukan nama atas usaha amal kebajikan yang dibuat namun bukankah program ini kenangan bersama?

3    3.  Dan beberapa lagi perkara yang tak tercapai seperti penghasilan buku.

4    4.   Kegagalan untuk wujudkan kesinambungan program ini secara intensif.


Sekalung penghargaan aku ucapkan buat pihak Universiti Utara Malaysia yang telah meluluskan Projek kami, pihak Majlis Perwakilan Pelajar membantu kami dalam urusan kertas kerja, Ashikin Miskam MPP Academics yang tidak pernah berhenti membantu memberi buah fikiran bernas kepada program kami walaupun sibuk dengan hal ehwal mahasiswa lain, Majlis tertinggi program dan ketua-ketua biro serta anggota-anggota di bawah biro yang bertungkus lumus menjayakan objektif program.
Penghargaan khas buat pengiring-pengiring Dr Fauziah Mohd Noor, Pak Megat, Umi Yani dan Abang Nazeri dari team Persatuan Raqilla Insani kerana membuka peluang kepada mahasiswa yang masih bertatih lagi mentah seperti kami ini untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan.


Dalam pertengahan semester, tawaran dibuka. Awalnya, program ini dirancang hanya untuk beberapa orang sahaja. Oleh kerana ramai rakan-rakan yang berminat, maka pendaftaran dibuka lagi sehingga lebih 20 orang yang menyertai. Dari 3 biro sahaja yang diwujudkan, segala kerja dikembangkan kepada 7 biro. Dengan itu, kebertanggungjawaban dapat dikongsi bersama. Bak kata pepatah, “ringan sama dijinjing, berat sama dipikul”. Ada juga anggota misi yang tak dapat terbang bersama namun melakukan kerja di belakang tabir.


Kertas kerja dirangka, disiapkan dan dibentang kepada pihak universiti. Oleh sebab masalah sistem, kelulusan projek agak lewat. Kendatipun begitu, kami terus bekerja walaupun kertas kerja belum diluluskan. Dugaan seperti assignment yang banyak dan musim peperiksaan kian menjelang tidak melemahkankan kami. Setiap kali perjumpaan kami sering mengingati antara satu sama lain, walau sibuk dengan projek, sebagai mahasiswa tidak sewajarnya mengabaikan tanggungjawab untuk belajar.


Projek kesukarelawanan ini dikendali bawah Exco Academik, maka kami berasa tanggungjawab elemen akademik sayugia diselitkan selaras dengan nilai mahasiswa yang kami pegang. Elemen pertama, mengadakan diskusi forum “Aktiviti Kesukarelawanan: Suatu Keperluan atau Trend?”. Elemen kedua, penghasilan buku tentang Kesukarelawanan dari perspektif anggota misi (belum dicapai). Forum diadakan bersama barisan pelajar Universitas Serambi Mekah. Walaupun dari segi prasarana mereka jauh di belakang, namun daya intelektual mereka sangat hebat.



Aktiviti di Kampung Kubah Masjid sungguh menginsafkan. Anak-anak kecil Bumi Acheh sangat jujur, tidak memegang barang milik kita selagi tak diberi izin. Warganya di sana mempercayai satu sama lain, umat Islam sangat memntingkan solat berjemaah pada awal waktu di masjid. Kedaifan mereka tidak melunturkan semangat mereka untuk menuntut ilmu dan terus maju ke hadapan. Masakan Pak Megat di sana sungguh mengiurkan, penduduk kampung di sana seakan-akan tidak sabra menunggu masakan itu benar-benar siap. Belum sempat daging kambing itu empuk, mereka sudah mencedok untuk makan walaupun liat. Jarang-jarang sekali dapat makan mewah seperti ini, kata mereka.









Segala tinggalan badai Tsunami membuatkan kami berfikir pentingnya mentaati perintah Allah dan mengikut Sunnah Rasulullah.










Ya Allah, Aku berharap untuk ke sana lagi. 

Zeaf I-sahus.

kisah dan berita selanjutnya boleh dibaca di:

- http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0109&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_02.htm

- http://fienahannani13.blogspot.my/2016/02/kasih-tanpa-sempadan-aceh.html
Share
Tweet
Pin
Share
1 Bekas Tapak Kaki Pengembara
Older Posts

PENULISAN BLOG INI

Segala penulisan dalam blog ini menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya menulis mengenai Perundangan Jurisprudens, Bahasa Melayu, Matawang Kripto Bitcoin, Bisnes Usahaniaga, Pandangan Isu Semasa dan Hari-Hari Kehidupan Yang Saya Jalani.

About me

About Me

PEGUAM PENULIS PENUNGGANG KUDA BITCOIN ENTHUSIAST

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • youtube

Halaman

  • @Zeaf_Isahus
  • Home
  • Kajian

Categories

Pengikut

recent posts

Sponsor

Blog Archive

  • Julai 2017 (1)
  • Mei 2017 (1)
  • Februari 2017 (2)
  • Januari 2017 (2)
  • Disember 2015 (2)
  • Julai 2015 (1)
  • Jun 2015 (1)
  • Mei 2015 (2)
  • Februari 2015 (1)
  • Disember 2014 (4)
  • Oktober 2014 (1)
  • September 2014 (2)
  • Ogos 2014 (2)
  • Jun 2014 (1)
  • Disember 2013 (2)
  • November 2013 (1)
  • September 2013 (1)
  • Mei 2013 (4)
  • April 2013 (7)
  • Mac 2013 (1)
  • Februari 2013 (1)
  • Januari 2013 (3)
  • Disember 2012 (4)
  • November 2012 (3)
  • Oktober 2012 (1)
  • September 2012 (3)
  • Ogos 2012 (1)
  • Jun 2012 (1)
  • Mei 2012 (4)
  • April 2012 (6)
  • Mac 2012 (5)
  • Januari 2012 (3)
  • Disember 2011 (3)
  • September 2011 (2)
  • Ogos 2011 (1)
  • Jun 2011 (4)
  • Disember 2010 (5)
  • Disember 2009 (1)
  • November 2009 (1)
  • Oktober 2009 (3)
  • Mac 2009 (3)
  • Februari 2009 (7)
  • Januari 2009 (10)
  • Disember 2008 (4)
  • November 2008 (4)
  • Oktober 2008 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates