Proses Melakukan Jenayah [Law]

by - 11:28 PG

Terdapat 4 peringkat dalam pelaksanaan jenayah yang lengkap.

Niat (Intention)

"Intention is an internal manifestation"

-Prof Madya Dr Nuretina-

Itulah yang disebutkan oleh Prof Etina semasa pengajian tahun pertama semester satu dalam subjek Undang-Undang Kontrak.

Niat ialah lintasan hati yang hanya diketahui dan difahami oleh individu itu sahaja. Niat tidak dapat dilihat ataupun didengar oleh pancaindera, tetapi dapat ditafsirkan melaui perbuatan ataupun perkataan yang tersirat daripada lisan individu yang berniat.

Walaubagaimanapun, niat jahat individu tidak menjadikan beliau bersalah. Tidak kira sama ada beliau berniat mahu melakukan pembunuhan melaui  tembakan pistol, tikaman pisau, rancangan kemalangan maut, hayunan parang, dan sebagainya.

Menurut J.C. Smith & Brian Hogan, Individu yang berfikir bagi melakukan jenayah belum dapat dianggap melakukan jenayah. Niat wujud tetapi sekiranya jenayah tidak wujud ataupun berlaku, ini bererti jenayah itu tidak dilakukan.

Secara logiknya, tidak dapat tidak seorang daripada kita pernah memikirkan untuk melakukan jenanyah. Namun, niat itu kita batalkan mungkin kerana takut menerima hukuman yang berat ataupun kerana iman yang sahih.

Jika dengan hanya berniat sahaja seseorang itu layak dihukum, setiap manusia di dunia ini akan dihukum.

Norma kehidupan manusia adakalanya memikirkan bagi melakukan kejahatan, tetapi membatalkannya apabila terfikir akibat yang timbul hasil daripada perbuatan itu dan hukuman yang menanti. Apabila dibuat penelitian kepada punca yang mendorong individu melakukan kebinasaan atau jenayah, perkara ini timbul akibat perasaan hasad dengki, iri hati, cemburu membuta tuli, hasutan, marah, sakit hati, keinginan seks yang membuak ataupun desakan pihak atasan dan gelap dunia memandang habuan upah lumayan.

Kepada individu yang dapat membuat pertimbangan wajar, perasan-perasan negatif tadi hanya lintasan di hati. Namun, pada mereka yang dikuasai nafsu amarah, mereka mengambil langkah seterusnya, iaitu membuat persiapan


Persediaan dan persiapan (Preparation)

Bagi jenayah biasa, individu yang sudah mula mempunyai niat jahat (mens rea) melakukan tindakan seterusnya iaitu menyediakan bahan-bahan ataupun alatan bagi merealisasikan niatnya. Andainya si individu berniat mahu membunuh, beliau mencari senjata yang dapat mengakibatkan kematian seperti parang, pisau bayonet, pedang samurai, bom, senapang M4, bedil, meriam, pistol dan sebagainya. Andainya dia mahu melakukan jenayah membakar bangunan (arson), beliau mencari bahan mudah terbakar semacam minyak petrol, mancis, tong gas dan sumber api.

Percubaan (Attempt)

Percubaan ialah peringkat apabila penjenayah melakukan jenayah tetapi, terhalang daripada mencapai apa yang dimaksudkan. Hal ini terjadi kerana terdapat halangan ataupun gangguan ketika mana dia melakukan jenayah sehingga perbuatan itu dihentikan.

Perlakuan jenayah yang lengkap (Action)

Apabila segala perbuatan yang mencapai maksud jenayah dapat disempurnakan mengikut kehendak dan perancangan, jenayah ini dianggap sudah dilaksanakan dengan lengkap. Pada tahap ini, individu yang ditangkap selepas menyempurnakan perbuatan jenayah perlu berhadapan dengan liabiliti atas jenyaah yang dilakukan. Kecuali dia dapat menimbulkan pembelaan di bawah peruntukan yang ditetapkan dalam kanun keseksaan. Penjenayah dianggap menangung liabliti jenayah sekiranya didapati perbuatannya itu mengakibatkan hak-hak mangsa yang dijamin oleh undang-undang sudah terhakis.




You May Also Like

1 Bekas Tapak Kaki Pengembara