Multiple Intelleigences

by - 1:54 PTG



Dr. Howard Gardner telah mengutarakan konsep multiple intelligences atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Konsep Kepandaian Majmuk. Konsep ini memaparkan 8 teori kepintaran yang dimiliki oleh manusia. Terdapat banyak upaya yang boleh digembleng untuk menjadikan seseorang anak itu memperoleh kemahiran yang sewajarnya. Dalam erti kata yang lain, pelajaran mampu diperoleh dari pelbagai perspektif yang berbeza.

Tugas ibu bapa dan penjaga adalah untuk MERANGSANG kepintaran yang dimiliki oleh cahaya mata mereka. Lagi awal, lagi baik. Bak ditutur lidah leluhur terbilang, "melentur buluh biarlah dari rebungnya." . Sekiranya ibu bapa berasa terlewat sekalipun, jangan pernah berputus asa untuk melaksanakan peranan yang dipertanggungjawabkan terhadap anak. Masa sudah lambat, tapi masih sempat.

Prinsip Multiple Intelligences merangkumi 8 cabang utama:-



1. Kepandaian Linguistik atau Bahasa

Kepandaian berfikir ditunjukkan secara logik. Kemampuan bicara yang hebat dan lancar menggambarkan kemahiran berfikir secara logik yang turut mengagumkan. Kelebihan anak yang mempunyai jenis kepandaian linguistik adalah ketika mengolah bahasa ketika berbicara.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian bahasa dengan:

Mengajak anak-anak berbual dengan kerap

Berteka-teki

Bacakan buku cerita secara rutin

Ajar dan nyanyikan lagu yang sesuai mengikut usia anak

Sediakan bahan bacaan bagi menambah perbendeharaan kata.



2. Kepandaian Logik dan Matematik

Seseorang yang mempunyai kemahiran logik, mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah. Anak-anak di bawah kepandaian ini lebih bersifat analisis-konseptual.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian logik dengan:

Perbanyakkan buku rujukan berkonsepkan matematik

Adakan permainan menarik mengira, mencari alat main berbentuk-bentuk, bermain monopoli, berlakon berjual beli

Menyelitkan konsep matematik dalam semua kegiatan di rumah, mengira botol air.



3. Kepandaian Alamiah

Kemampuan alami adlah kemampuan dalam mengenal, memahami, bekerjasama, dan menyelaraskan diri dengan alam semula jadi. Suka kepada flora dan fauna. Suka mengamati alam semula jadi. Memupuk sifat kasih sayang yang tinggi.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian bahasa dengan:

Ajak anak bercucuk tanam. Biarkan anak menjaga dan menguruskan tanamannya.

Beri peluang anak menjaga haiwan.

Ajak anak ke zoo atau taman rekreasi.



4. Kepandai Visual-Istimewa

Kepandaian ini melibatkan imaginasi aktif.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian visual-istimewa dengan:

Bermain puzzle atau blok-blok.

Tanya arah jalan.

Kenalkan konsep bentuk.

Ajak anak mengamati keadaan sekeliling.

Guna peta ringkas dalam permainan.

Ajak anak bermain dengan bayang-bayang.

Sediakan alat-alat melukis.



5. Kepandaian Interpersonal

Kemampuan dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan orang lain. Orang yang mempunyai kemahiran ini berbudai luhur dan berpekerti mulia.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian bahasa dengan:

Komunikasi galakkan anak-anak mengutarakan pendapat.

Hubungan dengan orang lain dan belajar mengucapkan terima kasih.

Kasih sayang lawat rumah anak yatim, memberikan makan kepada haiwan.

Berkongsi dan bersedekah.

Menjaga hak milik.

Prihatin melawat kawan yang sedang sakit.

Berdikari ajar cara mandi, makan.

Perasaan bermain meneka raut wajah.



6. Kepandaian Intrapersonal

Kemampuan mengenal, mengembangkan potensi, meluahkan perasaan, serta mengendalikan diri.

Memerlukan gabungan kepandaian lain. Kepandaian Linguistik akan menghasilkan karja sastera yang menakjubkan.

Ajak berbual untuk meluah perasaan.

Sediakan diari, buku bergambar.

Selalu bercerita.



7. Kepandaian Muzik

Mereka yang mempunyai kepandaian ini amat peka dengan pola-pola ritma, irama, tempo dan alat muzik. Qari dan qariah termasuk dalam kalangan orang yang mempunyai kepintaran ini.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian bahasa dengan:

Ajar anak menyanyi.

Mainkan lagu dan menggunakan barang-barang sekeliling sebagai alat muzik.

Berikan anak peluang untuk menghasilkan karya lagu mereka.



8. Kepandaian Kinestik Badan (Gerak Badan)

Kemampuan ini adalah kemampuan seseorang meluahkan idea dan perasaannya melalui gerak badan. Anak-anak dengan kepintaran ini mempunyai keahiran motorik yang halus seperti menulis, menggunting dan menampal. Senang kata, mereka ini berseni dan berbakat dalam seni.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian bahasa dengan:

Ajak anak bersukan, bersenam, menari, bermain sorok-sorok, lompat tali, galah panjang, ting-ting.

Melipat origami, kraftangan, membuat rantai

Memberi ruang secukupnya untuk anak bergerak.



You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara