Bertamadunkah Kita?

by - 11:10 PG

Bertamadunkan kita rakyat Malaysia?

Adakah kita bangga menjadi rakyat Malaysia?

Persoalan yang perlu direnung oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, umur, asal ras dan kepercayaan.

Aku mahu bertanya. Apa yang boleh kita banggakan?

Secara peribadi, tiada suatu perkara pun yang patut dibanggakan andai tindakan kita hanya BERBANGGA tetapi tidak pernah MENYUMBANGKAN sesuatu kepada masyarakat.

Cukupkah hanya dengan patriotisme yang tinggi dan bangga terhadap Malaysia kita dapat menyumbang terhadap negara?

Ah! Terlampau banyak persoalan.


Adakah kita mahu berbangga dengan Malaysia yang rakyatnya hanya membaca dua helai muka surat sahaja setahun, menurut fakta?

Point aku mudah iaitu mengajak semua untuk berfikir sejauh mana kita mengamalkan tabiat membaca.

Kepada individu-individu yang mengenali diri aku, mereka tahu bahawa aku pun bukanlah seorang yang gemar membaca, justeru, aku bukanlah yang paling layak untuk memperkatakan perkara ini. Tujuanku menulis adalah untuk memperingatkan diriku juga supaya memupuk amalan membaca.

Karpal Singh

Sebelum ini perkhabaran mengejutkan pernah kita terima bahawa The Tiger of Jelutong nahas dalam sebuah kemalangan.

Mendiang hanya bergraduasi di Universiti Malaya dengan ijazah kelas ketiga. Hal ini bermakna CGPA beliau hanya antara 2.30 hingga 2.99. Tambahan pula, dikatakan beliau memerlukan tempoh 7 tahun untuk menghabiskan pengajian. Kendatipun begitu, mendiang telah berusaha keras, menggarap kemahiran dan pengalaman setiap kali perbicaraan di kamar mahkamah, serta hasil PEMBACAAN, beliau telah dikenali sebagai seorang peguam yang ganas dan ditakuti ramai.

Malaysia mengamalkan adversarial system dalam perbicaraan mahkamah dan bukannya inquisitorial system.

Dalam adversarial system, pendakwa raya atau peguam bela akan melakukan examination-in-chief, cross-examination dan re-examination.

Aku tertarik dengan cross-examination yang dilakukan oleh Karpal Singh terhadap saksi dalam kes liwat Anwar Ibrahim.

*gambar dari Facebook

Jelas dan terang, beliau seorang yang suka dan rajin membaca.

Ramai lagi tokoh-tokoh yang hebat. Mereka hebat kerana mereka rajin membaca.

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara