Actus Reus , Mens Rea [Law]

by - 10:25 PG

Actus Reus dan Mens Rea.

Apa benda nih?? Macam perkataan mencarut pun ada. Hekhekhek!

Dalam undang-undang jenayah, prinsip actus non facit reum nisi mens sit rea yang bermaksud an act does not make a man guilty of a crime unless his mind be also guilty adalah prinsip asas yang dipakai dalam menetapkan sama ada individu itu dapat disabit kesalahan dan dihukum atas kesalahan jenayah ataupun tidak.

Secara umumnya, prinsip ini menyatakan individu itu tidak disabitkan dengan jenayah melainkan pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah kedua-dua unsur ini iaitu:

a. Beliau menyebabkan kejadian ataupun tanggungjawab diletakkan ke atas bahunya kerana beliau sudah menyebabkan kewujudan keadaan yang dilarang oleh undang-undang jenayah iaitu actus reus.

b. Beliau berada dalam keadaan sedar dan fikiran yang waras berhubung dengan sebab kejadian ataupun wujudnya keadaan-keadaan itu iaitu mens rea.

Perbuatan jenayah ataupun actus reus yang dilakukan tanpa kehadiran niat jahat ataupun mens rea menjejaskan liabiliti jenayah individu terbabit. Walau bagaimanapun, terdapat juga jenis perbuatan jenayah yang dikategorikan sebagai tanggungan keras atau strict liability yang tidak memerlukan sebarang kehadiran niat jahat dalam perlakuan jenayah.

Actus Reus

Actus Reus ialah elemen fizikal yang perlu ada dalam membentuk liabiliti jenayah atau tanggungan jenayah. Menurut Russel Heaton, jenayah ditakrifkan sebagau sebarang perbuatan(conduct), tinggalan(omission) ataupun keadaan yang dinyatakan dalam definisi jenayah yang dituduh beserta keadaan sekeliling. Perkara ini selain daripada elemen niat jahat dan apa-apa akibat perbuatan ataupun tinggalan yang diperlukan oleh definisi itu.

Bagi memastiksn kewujudan actus reus dalam perbuatan jenayah, konsep perbuatan dan kesan yang terhasil daripada perbuatan jenayah perlu dibezakan. Hal ini kerana, actus reus bukan tertumpu kepada perbuatan semata tetapi memerlukan bukti kelakuan itu mempunyai akibat yang relevan dengan perbuatan itu.

Dalam memahami konsep akibat jenayah, undang-undang berminat dengan akibat ataupun kesan dan bukannya kelakuan yang membawa kepada akibat tersebut.

Sebagai contoh, dalam jenayah membunuh. Perbuatan A yang menikan perut dan dada B dengan pisau secara bertubi-tubi dikira sebagai jenayah. Hal ini kerana hasil tikaman itu diketahui dapat menyebabkan kematian B.

Misal kata, A hanya menikan kaki B dengan pisau, jenayah itu terhad kepada kesahan menyebabkan kecederaan parah. Secara lazimnya, tikaman sedemikian diketahui tidak menyebabkan kematian. Begitu juga dengan situasi apabila individu melepaskan tembakan ke arah mangsa, tembakan itu tidak menjadi jenayah. Namun, perkara yang menjadi jenayah adalah apabila peluru itu menembusi tubuh dan mengakibatkan kematian mangsa.

Mens Rea

Elemen kedua yang perlu ada bagi mewujudkan tanggungan atau liabiliti jenayah adalah niat jahat atau mens rea. Actus reus menjadi jenayah apabila disertai mens rea yang sesuai dengannya. Mens rea digambarkan oleh Glanville Williams sebagai satu elemen mental yang diperlukan bagi sesuatu jenayah. Elemen mental ini boleh jadi dalam bentuk niat bagi melakukan satu perbuatan atau bagi menghasilkan satu kesan, dan boleh jadi juga dalam bentuk kecuaian sehingga terhasil perbuatan ataupun kesan itu.

Dalam kes PP v. Chong Chai, mens rea adalah merujuk kepada niat yang berupa elemen mental dan tidak dapat dibuktikan secara nyata. Tidak hairanlah jika sekiranya perkara ini kelihatan mustahil mendapatkan keterangan secara nyata bagi membuktikan niat individu. Walaubagaimanapun, perkara ini dapat disimpulkan daripada keterangan yang tidak nyata dengan merujuk kepada fakta kes dan keadaan persekitaran pada masa kejadian itu berlaku.

Menurut kes Tham Kai Yau v. PP, niat ialah keadaan mental individu yang dapat disimpulkan berdasarkan perbuatan individu itu. Niat membunuh dapat disimpulkan daripada keadaan kecederaan yang ditanggung oleh mangsa. Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab hakim bagi membuat tafsiaran berkaitan niat tertuduh berdasarkan fakta kes yang dibentangkan di hadapannya.

Dalam kes Tan Buck Tee v. PP, menjelaskan dalam kes-kes pembunuhan, persoalan perihal niat tertuduh ketika melakukan pembunuhan adalah sangat penting.

Bagi mengenal pasti niat penjenayah, bentuk perbuatan, tahap keseriusan, dan sasaran perbuatan jenayah dapat memberi gambaran maksud yang mahu dicapai olehnya.

Sebagai contoh dalam kesalahan mematikan orang, tikaman dan bahagian anggota tubuh yang ditikam dapat memberi gambaran niat pembunuh, sama ada mahu mangsanya mati ataupun hanya mahu mencederakannya sahaja. Apabila seseorang tertuduh menikam senjata tajam ke bahagian perut seseorang dengan kekuatan yang mencukupi bagi menembusi perut dan organ dalaman, tidak syak lagi beliau sebenarnya berniat menyebabkan kecederaaan yang pada kebiasaannya boleh membawa maut.

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara