Ditaati Segala Sesuatu

by - 10:25 PTG

Kisah

al-Qadi Abu Hussayn bin al-Qadi Abu Ya'la bin Al-Farra' Al-Hambaliyy menceritakan dalam kitabnya Tabaqat Azhad al-Imam Ahmad: "Aku mendengar Ahmad bin Ubaidullah berkata, aku mendengar Abu al-Hussien bin Ahmad bin Ali al-Akbariyy yang datang kepada kami dari 'Akbari pada bulan Zulkaedah tahun 352H berkata, bercerita kepadaku oleh ayahku daripada datukku katanya:

"Aku berada dalam masjid Abu Abdillah Ahmad bin Hambal, al-Mutawakkil mengutuskan berita kepada Imam Ahmad melalui sahabatnya untuk memberitahu bahawa seorang hamba perempuan (Al Mutkamukil) terkena sawan dan ia meminta Imam Ahmad suoaya memohon kesembuhan daripada Allah untuknya. Imam Ahmad pun mengeluarkan sepasang terompah kayu wuduk yang mana talinya diperbuat daripada sabut dan diberikan pada sahabatnya itu.

Kata Imam Ahmad kepadanya:

"Kamu pergi ke rumah Amirul Mukminin dan kamu duduklah di sisi perempuan itu. Katakan padanya: "Ahmad bertanya kepada engkau, mana satukah yang engkau lebih rela, keluar daripada budak perempuan ini ataupun dipukul dengan terompah ini sebanyak 70 kali?".

Kemudian ia pun pergi dan berbuat sepertimana yang dipesan oleh Imam Ahmad.

Lalu jin itu berkata melalui lidah perempuan itu:

"Aku dengar dan aku taat. Kalaulah Imam Ahmad memerintah kami supaya kami pindah dari Iraq nescaya kami tidak tinggal di dalamnya. Dia taatkan Allah dan sesiapa mentaati Allah nescaya ia akan ditaati oleh segala sesuatu."

Kemudian jin itu pun keluar dari hamba perempuan itu. Perempuan itu pun pulih semula dan dikurniakan beberapa orang anak selepas itu.

Setelah Imam Ahmad wafat, jin itu datang semula merasuk perempuan itu. Al-Mutawakkil pun mengutuskan berita kepada sahabat Ahmad iaitu Abu Bakar al-Marwazi bagi memberitahu perkara itu.

Al-Marwazi mengambil terompah itu dan pergi kepada wanita itu. Berkata Ifrit itu melalui lidah perempuan tadi,

" Aku tidak akan keluar daripada wanita ini, aku tidak mahu mentaati engkau dan tidak akan menerima sebarang arahan daripada engkau. Ahmad bin Hambal seorang yang mentaati Allah, jadi kami mentaatinya."

Iktibar

1. Kekuatan rohani iaitu kekuatan akidah dan penyerahan diri secara total kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

2. Sesiapa yang mentaati Allah, akan ditaati oleh segala sesuatu.

3. Seseorang yang pernah dirasuk mempunyai potensi untuk dirasuk semula.

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara