"My ambition is to be a Soldier"

by - 2:56 PTG

Kata-kata peserta English Camp Mentor Mentee Programme.

Ada 8 orang nak jadi askar.

Dahulu, sewaktu kecil aku juga seperti mereka, mahu jadi seorang anggota tentera. Mengungkapkan "My ambition is to be a Soldier" ketika usiaku seperti mereka dahulu iaitu umur 10 tahun, aku hanya tahu askar ini memakai baju loreng, mengangkat senjata dan berkawad.

Jam menunjukkan pukul 1.50 pagi " Abang Putera nak pi mana?," seorang peserta melihat Timbalan Pengarah program, Ashikin Fuaddin, menyerahkan kunci kereta Alfat nya kepada aku.

" Abang nak pi hantaq Kak Jiha dengan Kak Izan pi balik blok asrama depa.."

" Nak ikut !! Boleh lah bang " rayu mereka.

 " Ok, jom. Tapi hampa berdua jangan bagi tau teacher Fauziah nah.. Dah malam ni. "

Aku tak jadi hantar Jiha dan Izan, Lan yang hantar mereka.

Kereta dipandu dengan kelajuan yang perlahan. Aku cuba menguji mereka dengan beberapa soalan. Salah satunya 'cita-cita' mereka.

" Saiful , Mursyid , tadi masa dalam program English is Fun, hampa kata hampa nak jadi soldier, awat hampa nak jadi soldier. " aku menyoal mereka.

" Saya nak jadi askaq sebab saya nak selamatkan negara." jawab salah seorang daripada mereka.

" Awat? Negara kita dah tak selamat ka ? " aku cuba memercikkan api perdebatan kerana mahu melihat critical thinking skills mereka.

" Saya sayang keluarga saya, saya nak ibu ayah keluarga saya hidup dalam negara yang aman. " jawapan anak kecil ini sudah cukup memuaskan hati aku.

" Keluarga hampa ada yang kerja askaq kah? Nanti hampa nak jadi askaq apa?" perbualan diteruskan.

" Saya nak masuk Wataniah."

 " Saya pun."

" Saya dah plan dah nak masuk Wataniah, dalam ATM ada pasukan mortar, saya minat nak masuk mortar atau artileri. Tapi saya taknak masuk pasukan semboyan. " Terus segar mata aku yang mengantuk pada jam 2.30 pagi ketika itu, mendengar general knowlegde yang mereka ada. Knowlegde ini aku dapat setelah aku masuk PLKN, bukan semasa darjah 4 seperti mereka. Adik-adik di bawah jagaan ku ini bukan calang-calang orang. Sebagai seorang anggota separa tentera, aku berbangga dengan adik Saiful dan Mursyid ini. Tentu jurulatih saya seperti Flait Sarjan Fairoz pun akan terkejut mendengar general knowledge yang begitu smart daripada seorang anak kecil darjah 4. Jawapan yang diberikan oleh adik Mursyid dan Saiful ini adalah ayat dan jawapan seorang kadet dan bukannya jawapan budak sekolah yang tak tahu apa-apa.

Aku sendiri segan dengan mereka. Kereta dipandu masuk ke Markas Palapes UUM.

" Kat sini lah abang training askaq. Hampa tengoklah. Ada rezeki nanti bila hampa masuk universiti, hampa join la PALAPES. Boleh jadi pegawai muda bila tauliah nanti. " pesan ku.

" Askaq ni bukan kena tembak orang ja, betui dak bang? Askaq pun kena belajaq baca peta, belajaq masak.......... Abang, abang kan askaq udara, tapi tak semestinya abang bawa kapal terbang kan?" panjang lagi explaination general knowlegde mereka. Aku kagum dan bersukur. Sungguh, mereka bukan calang-calang. Insya-Allah, kami skuad MENTOR MENTEE, akan guide adik-adik SRIAS menjadi insan-insan yang berketerampilan, cendekia dan bertaqwa.

Kadang-kadang aku malu sebagai seorang anggota separa tentera yang mengharapkan elaun. Menjadikan elaun sebagai matlamat pertama dan utama menyertai barisan kedua pertahanan negara. Aku bermonolog sendiri bermuhasabah, aku ini apa? ''Pejuang Negara'' atau ''Pejuang Elaun" .





Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah menggembleng sepenuh upaya dalam menjayakan program ini. Dari MPP, Ex-officio, biro perancang dan pelaksana sehinggalah para fasilitator.



Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan tuan-tuan.



Moga kita istiqamah dalam community service seperti ini. Bak kata Benz Ali, "Dari rakyat kita datang, kepada rakyat kita kembali" .



Program dengan anak-anak SRIAS memang seronok. Walaupun agak nakal tetapi mereka baik. Sebenarnya mereka memerlukan pendekatan berbeza.

*Dua hari bersama anak-anak SRIAS. Aku menjadi ''Kedah''. Secara automatik lidahku mempertuturkan loghat Kedah. Aku pun kurang pasti dan tertanya-tanya, "Awat tiba-tiba aku jadi 'Kedah',?"

You May Also Like

2 Bekas Tapak Kaki Pengembara