Jumaat, 3 Mei 2013

Matang lah sikit.

Ketika ini, kempen pilihanraya sudah tiba hampir di kemuncaknya. Masing-masing parti mula rasa gelisah, tak kisah sama ada pihak ini atau pihak itu.

Maka tersebarlah foto-foto yang panas membabitkan parti-parti. Di bawah merupakan contoh foto-foto tersebut.










Setiap kali aku melihat foto-foto yang lebih kurang dengan jenis di atas, aku akan berfikir berulang kali laksana seorang pengkaji teori konspirasi dunia.

Fikir. Dan terus Fikir. Persoalan timbul.

Benarkah foto-foto ini direka yasa oleh pihak lawan bagi memburukkan lawannya. Takiralah PR atau BN.

Aku tidak mudah percaya kepada foto-foto sebegini. Boleh sahaja foto-foto ini dilakukan dan disebarkan sendiri oleh parti tersebut semata-mata untuk membangkitkan KEMARAHAN dan meraih SIMPATI pengundi.

Semua ini bertujuan untuk memangkinkan lagi rasa marah (dan takut) yang membuak-buak agar pengundi terdorong untuk terus membuat keputusan atas pertimbangan emosi kemarahan. 

"Sampai hati mereka sama kan TGNA dengan babi. Itulah BN."
"PR hantar orang-orang dia bakar bilik gerakan! Dasar Pengganas!."
"MACAI!! MACAI!! MACAI UMNO DETECTED!! See, the macai buang bendera PKR kat rumah flat tu!"
"Orang PAS baling cat dekat kereta calon MCA di tempat sekian sekian. Mereka memang teroris! Mimpi lah nak bangunkan negara Islam,"

Tuduhan demi tuduhan dilemparkan.

Biasalah, di saat begini mereka sudah resah.
Dua-dua pihak sudah resah.
Apa-apa senjata pun mereka sanggup guna untuk memburukkan parti lawan.
Tak kira PR atau BN.
Segelintir mereka memang benar-benar berjuang mahu memeperjuangkan Islam dan nasib rakyat.
Namun, tak dapat dinafikan ramai juga antara mereka yang MANGKUK HAYUN.

Apa yang boleh diperkatakan bagi mereka yang MANGKUK HAYUN ini.
They are all *ttuuuttt**.(censored .mak ayah aku tak ajar mencarut.)

Empati.
Rakyat mahu PERUBAHAN.
Rakyat mahu yang LEBIH BAIK.
Rakyat tidak betah lagi dengan KEBOBROKAN.
Oleh itu, Rakyat mahu dengar 'ISU' yang dibawa, mahu lihat 'AGENDA' yang diperjuangkan, mahu jelas 'MAKSUD MANIFESTO' yang ingin direalisasikan.
Bukan FITNAH, AIB dan memBABI-BUTA.

Dalam berpolitik.
Matang lah sikit.