Jumaat, 26 April 2013

Bidadari. Putri. Srikandi. Permaisuri. Suri.




"Keikhlasan mengukir madah,
Seorang kekasih cukuplah sudah,
Tak ingin kumenambah,
Tak jua ingin kuberpisah,

Namun, di manakah dikau?

Kau tidak di sini,
Kau jauh di mata jiwa ini,
Andai terlukis takdir Ilahi,
Suatu hari pertemuan kita bakal tersakti,

Hatiku telah dibuka oleh sang Srikandi,
Ruang dalamnya masih tak berpenghuni,.

Bidadari. Putri. Srikandi.
Permaisuri. Suri.
Dikau punya hak konsesi di bahagian hati ini,.."





Malam tadi, tiba-tiba sahaja aku tergerak hati untuk melukis.
Inilah hasilnya. Masih kasar seninya. Masih banyak yang perlu aku belajar.
Sejak malam tadi, aku jadi minat pada seni.

4 ulasan:

Fazleyana Niwa berkata...

aku ade lukis lukisan muslimah, ko nak tengak. ade kat fb aq, hehhehe. satu-satunya yang aq berjaya lukis buat masa ni. tu pun kertas nak naik luncai. tunjuk ajar daripada ex-housemate aq. dan sekrang aq menyesal tgglkan sketchbook aq kat penang, hahhaha

Zeaf I-sahus berkata...

post la kt blog kau weyh..ehehehe

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya sket..?? Awak ni budak sas Putrajaya ek

Zeaf I-sahus berkata...

Tanpa Nama: bukan.. jejak kaki ke Putrajaya pun baru 2 kali seumur hidup ni.. haha