Selasa, 7 Mei 2013

I had a BAD DAY yesterday, but it was a GREAT LIFE!!

Aku sukar untuk tidur malam tadi. Memikirkan apa yang terjadi pada hari semalam. Aku mencari hikmah setiap apa yang berlaku semalam. Perkara-perkara yang yang telah buat aku rasa tertanya-tanya.

Malam tadi aku gelak seorang diri bagaikan orang gila. Tersenyum sendiri. Tersengih-sengih. Semakin diingati, semakin kelakar.

Semalam boleh dikatakan hari 'sakit hati' sedunia.

1. Awina, adik kesayangan.

Awal selepas subuh, seperti biasa aku akan mempersiapkan Awina untuk ke sekolah. Tetapi pada pagi semalam, Awina meradang. Tak tahu mengapa. Semuanya serba tak kena. Mukanya masam melihatku. Apabila ditanya mengapa ia marah, dia membungkam seribu bicara.

Amat pelik. Mujur sahaja dia hanya anak kecil.

Kepulangan dia dari sekolah, Awina tetap marah. Masih marah. Berlanjutan sehingga malam hari. Aku membiarkan sahaja.

2. Irene

Satu khidmat pesanan ringkas aku terima daripada Syuhada, adik kepada Irene, (Syazreen).

"Abang Acca, kakak kata dia dah tak suka Abang lagi. Dia dah buat keputusan nak move on dan dah move on. Sebab dia sakit hati tengok perlakuan Abang ......(panjang berjela).... Hati kakak telah dimiliki oleh insan yang lebih menghargai."

Aku tak membalas. Perkara ini sudah lama. Kisah lama di bangku persekolahan tingkatan 3. Irene bukan pelajar sekolahku, namun hanya kenalan laman Myspace. Aku tidak pernah memberi harapan padanya. Seingat aku, lafazku sangat JELAS kepadanya, yang aku bersama gadis lain pada waktu itu.

SMS nya masih kusimpan. Tertanya-tanya, bagaimana nombor telefon bimbit yang baru aku tukar diketahui olehnya.

3. WeChat.

Kerja-kerja rumah sangat banyak. Masa untuk aku berehat juga semakin terhad. Sekali-sekala aku buka aplikasi WeChat di telefonku.

Sebelum Asar, ada seorang manusia menghantar 'friend request'. Manusia yang berjantina perempuan. HAHA. Aku menerima request tersebut.

Aku berbaring di sofa. Aku tidak sedar yang manusia tersebut menghantarkan "hye" di WeChat.

Aku tertidur akibat kepenatan.

Pada pukul 6.40pm, aku terjaga dan mendapati maki hamun panjang berjela di aplikasi WeChat, hanya kerana tidak membalas "hye".

Ragu-ragu, benarkah dia seorang wanita?

Tak ada adab. Krisis Akhlak. Itu yang boleh diungkapkan.

4. 3 orang macai UMNO.

i. menggunakan nama samaran dan gambar Donald Duck.

Donald Duck ni sakit hati kerana aku post tentang blackout dan perkara-perkara lain tentang politik.

ii. menggunakan nama samaran yang pelik dan tidak bergambar. Akaun BARU.

Aku percaya akaun baru ini adalah sengaja dibuat semata-mata nak memaki hamun aku. Friends baru 12 orang. Hari ini sudah tak ada akaun ini.

iii. menggunakan nama dan gambar orang Melayu tetapi melihat profil FBnya, aku meragui sama ada, akaun tersebut adalah benar miliknya.

Macai yang ini pula mengutuk TGNA. Mengatakan TGNA bukan ulama, hanya guru sekolah agama biasa. TGNA adalah orang tak berilmu.

Apa masalah mereka pun, aku tak tahu. Masih sakit ada kesumat di hati mereka. Walhal, mereka dah menang pilihan raya.

Aku bukanlah orang PR mahupun BN. Aku menyokong individu-individu tertentu.

5. Pengguna Jalan Raya.

Aku lambat ke masjid malam tadi untuk bersolat Isyak. Imam sudah rakaat ketiga. Sampai di perkarangan masjid, aku terus turun dari basikal dan menguncinya. Aku pun kurang pasti dimana aku letakkannya kerana semalam tubuhku kurang berasa sihat. Macam mahu demam.

Selesai solat Isyak, aku cuba mengingat kembali lokasi basikal fixieku itu. Kelihatan seorang lelaki mengangkat mahu mengalihkan basikalku kerana menghalang keretanya untuk keluar.

Aku sembunyi. Buat-buat tak tahu.

"Siapalah yang parking belakang kereta aku ni??? Nak saja aku langgar!!! Otak letak lutuu ke?? Basikal letak belakang kereta orang,.."

Aku tunggu lelaki itu pergi meninggalkan perkarangan masjid, barulah aku keluar dari tempat persembunyian.

Aku pelik. Benarkah aku yang meletakkan basikal itu di situ, di belakang kereta Proton Wira lama itu???

6. Adi, sahabat lama.

Adi menelefonku setelah lama tidak berhubung. Hampir setahun. Menjadi kebiasaan jika kami bergurau, gurau kami akan  kasar.

Kata-kata dalam gurauanku telah membuat hati Adi sedikit tersinggung mungkin. Alhamdulillah, mujur sahaja tidak bergaduh. Adi telah berubah barangkali.

7. Anne Huda

Jam menunjukkan 11.30 malam...

(kisah Anne Huda adalah ''privacy") Ooppss! HAHA!

Pada awalnya, aku sediha Anne Huda unfriend di laman FB.

Apabila Anne Huda marah pada aku, aku tergelak-gelak sendirian. Tertanya-tanya "Kenapa ramai sangat orang yang aku sakitkan hatinya malam ini?"

Aku tak boleh berhenti tersengih-sengih sehinggakan sakit pipi menahan jenaka.

Aku bertekad untuk menunggu jam 12 sebelum ke hari yang baharu. Aku menunggu, ada lagikah orang yang mahu rasa sakit hati?

8. Najwa

Jam 11.58 pm, Najwa menegurku di laman FB. Dalam benakku, adakah Najwa juga mahu sakit hati?

Rupa-rupanya dia hanya ingin mengucapkan selamat malam. >_< .

Alhamdulillah..

Tepat jam 12, aku post " It is a new day." di FB, menandakan tamatnya hari menyakitkan hati orang. Apa yang dapat aku simpulkan, aku ini adalah manusia yang masih tidak lepas membuat kesilapan. Aku memohon maaf buat pertama kali dan buat beberapa kali kepada insan-insan yang disebutkan di atas kerana kesilapan yang telah aku TIDAK SENGAJA buat.

Tetapi, hari semalam memang seronok.

I had a BAD DAY yesterday, but it was a GREAT LIFE. HAHAHA!

2 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

pengalaman mengajar kita

istiqomah berkata...

ramai yang sakit hati eh,,kadang kadang tanpa kita sedar setiap perkataan kita pon boleh buat orang sakit hati,,chill :)