Kuterima IJAZAH Ini

by - 6:37 PTG

Masalah yang tak terjawab.

Lazimnya, dengan sambutan tahun baru, orang ramai akan bersemangat mahu melaksanakan azam baru. Namun aku terkecuali. Belakangan ini, akuberasa sungguh malas dan tidak bersemangat untuk melakukan apa kerja. Entah apa masalah yang aku hadapi pun aku tak tahu. Sering juga aku berfikir, mencari jawapan.

Pernah beberapa kali aku ditegur. dimarahi oleh rakan-rakan kerana tidak menyiapkan tugasan berkumpulan. Kerana ego, aku hampir melenting. Tetapi aku sedar, aku yang bersalah.

Hal ini ditambah lagi dengan kekecewaan yang aku hadapi dalam masalah pencapaian pelajaran. Bukan pointer Law UiTM. Tetapi MUET. Faham-faham sajalah.

Aku menjadi semakin Lemah. Letih. Lesu.

Aku langsung tak bersemangat.

Semua perkara yang aku buat tidak disertakan dengan jiwa dan semangat. Aku berasa seperti hidup ini tiada bergunanya lagi.

Suatu hari di surau, Abang Ilham datang kepadaku, "Sabtu ni pergi Sri Petaling. Teman Zul. Ajak lagi budak-budak Asasi lain. Budak degree dah nak blah ni. Budak Asasi lah yang kena sambung usaha ni,"

Aku hanya mengangguk tanda setuju, biarpun hatiku sedikit berat kerana memikirkan masalah-masalah baru yang datang disebabkan masalah awal iaitu tidak bersemangat.

Petang Sabtu

Aku fikir-fikir balik, ada baiknya aku ke Madrasah Sri Petaling ini. Mana tahu ada semangat aku untuk study kembali.

Aku tidak keseorangan. Ditemani Zulhilmi, Zulfikri, dan Firdaus.

Sepanjang perjalanan, aku perasaan kami digoda oleh kehadiran wanita-wanita comel. Menyedari perjalanan kami ini kerana Allah, kami buat-buat tak endah.



Sebaik sahaja sampai di kawasan Sri Petaling, kami melihat bumi bertuah itu telah dipenuhi dengan orang berserban. Aku dapat rasakan suasana agama ketika itu. Itulah kali kedua aku jejakkan kaki ke Masjid Sri Petaling itu. Kali pertama dahulu tidaklah seramai ini.

"Ya Rahman, selain untuk dapat reda Engkau, aku juga inginkan semangatku untuk belajar kembali." hatiku berniat.

Selepas Bayan(cerita/ceramah) Maghrib, aku memikirkan isi ceramah yang disampaikan dalam bahasa Tamil itu. Benar kata pembayan itu. Aku hampir tersedar bahawa aku ini sudah lama mengkufuri nikmat Allah.

"Satu orang yang hidup seribu tahun, sepanjang hidup dia hanya sujud untuk syukur, dia tetap tak dapat bayar nikmat Allah yang dia dapat.."

 Selepas Isyak, kami berta'am. Kami tak makan makanan disediakan, kami makan di luar Masjid kerana jumlah jemaah yang datang adalah berduyun-duyun sehingga terpaksa beratur panjang.

Selepas makan, kami membeli-belah. Sepanjang kunjungan aku ke kedai-kedai kecil di sana, pandanganku seringkali tertarik kepada sebuah beg. Setiap kedai menjual beg itu dengan harga RM136.

Aku masih tertanya-tanya. Sedangkan aku mencari buku, bukan beg. Aku pun mengambil keputusan untuk keluar dari kedai-kedai itu dengan tangan kosong. Kemudian kami terus ke tempat tidur.

Pagi Ahad, Semangatku.



Selepas menyempurnakan solat Subuh berjemaah, kami mendengar Bayan Subuh. Semangatku masih lagi tidak dapat dikembalikan. Aku masih lagi mencari semangatku di celah-celah isi ceramah yang disajikan. 
 Sehingga hampir habis bayan yang disampaikan, masalahku masih bersarang di hati. Ustaz yang sampaikan bayan pun tasykil jemaah yang mendengar.

"Semua sedia insya-Allah. Beri nama, beri azam. Cara masjid atau cara individu kita terima. Bangun tuan-tuan! Insya-Allah!," kata pembayan itu.

 Seorang lelaki tua dalam lingkungan umur hampir mencecah 70-an berdiri memberi azam.

"4 bulan, insya-Allah," katanya kepada pencatit nama dan duduk semula di tempat di mana ia bersila.

Tatkala itu, aku masih bersugul hati kerana masih tak dapat untuk kembalikan semangatku yang hilang.

"Nampaknya, tak ada gunanya aku datang Seri Petaling ni. Buang masa saja. Semangat aku tetap tak dapat kembali." getus hatiku.

Tiba-tiba lelaki tua itu mencuit bahuku.

"Adik, dalam hidup ni memang banyak masalah. Namun yakinlah tidak ada masalah yang dapat beri mudarat, yang tak dapat diselesaikan, melainkan dengan izin Allah...," kata beliau.

Sambunnya lagi," Ikut pak cik lafaz." aku pun mengangguk tanda setuju.

"La Ilaha Illallah! Makhluk tiada kuasa, Allah sahaja yang berkuasa. La Ilaha Illallah! Tidak ada yang boleh beri manfaat mudarat, melainkan Allah!. La Ilaha Illallah! Makan tak boleh beri kenyang, Allah yang beri kenyang. La Ilaha Illallah! Duit berjuta-juta, berbilion-billion, bertrillion-trillion dolar tak dapat beri kekayaan, melainkan izin Allah. La Ilaha Illallah! Angin tak dapat bertiup, melainkan dengan izin Allah. La Ilaha Illallah! Tidak ada yang dapat beri makan kepada manusia, hidupan, pokok-pokok, binatang haiwan, melainkan Allah. La Ilaha Illallah! Pisau tak dapat memotong,melainkan izin Allah. La Ilaha Illallah! Bom atom, bom nuklear, senjata dunia tak ada kuasa, Allah sahaja yang berkuasa. La Ilaha Illallah!..... La Ilaha Illallah!... La Ilaha Illallah!...................................................." pak cik itu mentalkinkan Kalimah ini kepadaku.

"Adik, jadilah daie. Siapa itu daie? Daie ialah orang yang banyak cakap La Ilaha Illallah!. Cakap macam pak cik ajar tadi. Beritahu mak ayah, beritahu adik beradik, jiran-jiran, orang kampung, kawan-kawan, sebarkanlah Kalimah ini ke seluruh alam." pesan terakhirnya sebelum beredar.

Hatiku masih tertanya-tanya, bagaimana pak cik tua ini tahu akan nawaitu aku. Aku pun mengejarnya lantas mencuit bahunya pula.

"Pak cik, nama pak cik apa?," tanyaku.

"Nama pak cik, Zulkifli," jawabnya.

"Saya Putera,.." belum sempat aku mahu menyambung ayatku dia terus memintas.

"Dah mantap?" soalnya.

"Apa yang mantap? Aku pula yang menyoalnya kembali.

"Kalimah tadi. Mari buat sekali lagi. Ikut pak cik cakap. La Ilaha Illallah!...." aku pun ditalkin buat kali kedua.

Tatkala proses mentalkinkan kalimah La Ilaha Illallah!, pandanganku tertarik kepada beg yang dipakainya.

"Itulah beg yang aku nampak semalam!!!!" teriak hatiku dalam kejutan. Mungkinkah ini suatu petunjuk.

"Adakah ini petunjuk Ya Allah?"

Habis sahaja proses mentalkin, aku pun bertanya sekali lagi di dalam hati.

"Kenapa pak cik ni tegur aku?"

Tiba-tiba sahaja..

"Pak cik duduk sebelah adik tadi kerana PERINTAH Allah. Allah perintahkan pak cik duduk sebelah adik" jawabnya. Aku berasa sungguh terkejut. Seakan-akan dia mendengar setiap suara hatiku.

"Adik Putera jadilah daie. Bila adik jadi daie, Allah akan tolong adik. Mintak pada Allah. Nafikan segala kuasa melainkan kuasa Allah. Siapa itu daie? Orang yang banyak cakap kalimah La Ilaha Illallah. Pada pagi ini, pak cik telah IJAZAHkan Kalimah ini kepada adik, untuk adik sebarkan. Pada bersumpah dengan nama Allah, di rumah Allah ini, adik ini orang yang Allah pilih. Letak sepenuh kepercayaan adik pada Allah." pesan terakhirnya.

Aku pun memeluknya,."Doakan saya pak cik,"..

Tiba-tiba sahaja semangat aku kembali. Pulang dari Masjid Seri Petaling, aku terus mengulangkaji pelajaran yang aku tinggalkan. Alhamdulillah, banyak topik yang dapat aku pelajari.

Aku harap semangatku ini akan terus kekal membara, menerajui kecemerlangan pada Semester II dan juga untuk ujian MUET yang bakal aku ambil semula. Aku tak akan mengalah..

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara