Seluar dalam dan boxer.
" Seluar dalam dengan boxer kau pun mak bapak yang sponsor. Ada hati menggatal nak bercinta dengan anak dara orang. Pergi lah cari kerja dulu! Habis belajar dulu! SPM pun belum habis lagi! Kau nak bagi bini kau makan apa nanti? Makan pasir?, "
Kata-kata Cikgu Rohani.
Kata-kata ini masih segar lagi dalam benakku walau telah dua tahun berlalu. Tatkala itu, kata-kata ini disampaikan dengan nada suara yang lantang dan nyaring, membuatkan aku lebih mudah mengingatinya. Tak akan kulupa kata-kata guru Matematik Tambahanku ini.
Mesejnya cukup terang untuk difahami. Cukup mudah untuk dihayati.
Bukan sahaja ditujukan kepada kaum lelaki, tetapi juga kepada kaum wanita.
Kaum lelaki.
Lelaki perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu, terutamanya ilmu ukhrawi, yang mampu memimpin diri, tidak bergantung atau menyusahkan ibu bapa serta dapat mengawal nafsu.
Kaum wanita.
Wanita perlu BERFIKIR dan meneliti dalam pencarian insan yang bakal memilikinya. Penelitian perlu dibuat supaya kualiti-kualiti yang ada dalam diri lelaki idamannya dapat menyelamatkannya di dunia juga di Akhirat.
2 Bekas Tapak Kaki Pengembara