Ahad, 16 September 2012

Hakikat Terikat.


"Hari berlalu hari
Detik terhapus sepi
Usiamu semakin meningkat,
meski hakikat,
ia bertambah tenat
Bulatkan tekad
nekadkan azam
biarkan ia membara
bak api dalam bara
biarkan saja
kobaran berapi sang hati
biarkan jangan ia mati
dan berhenti
Walau untuk sekali"
~Reeq Abdiyyas~
12.30 15/9/12
Terima kasih kuucapkan kepada Reeq Abdiyas atas puisi ini sempena ulang tahunku.

Hakikat Terikat.

Setahun umur kita meningkat,
Setahun umur kita jadi singkat,
Peringatan bagi yang mahu beringat,
Iman dan Taqwa jaminan mutlak selamat dunia dan akhirat,
Moga hidup kita aman dan selamat,
Rezeki murah dan berkat,
Jiwa hebat penuh hakikat,
Membimbing kita menuju makrifat,
Sebelum terlambat,
Marilah kita sama-sama bertaubat,
Hidup diisi dengan selawat,
Sunnah Nabi diikuti bulat-bulat,
Agar mudah Baginda beri syafaat,
Di hari Pengadilan, Hari Akhirat,
Jadi, kepada para sahabat,
muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat,
Mengenali anda adalah suatu rahmat,
Andalah rakan hati dan sanubariku yang terhebat,
Ingin sekali kumandatkan padamu suatu amanat,
Jadilah rakan sanubariku Dunia dan Akhirat,..

~Zeaf I-sahus~
15.09.2012
18 Tahun sudah berlalu.

2 ulasan:

Fazleyana Niwa berkata...

BM A+! BI ko pon msti A+! XD

Zeaf I-sahus berkata...

ade je kau.. Hha. amin..