Rahsiaku Dalam Doa

by - 11:25 PTG

Hari ini aku berasa sungguh letih, sungguh lemah, sungguh penat. Mungkin kerana dilesukan oleh mimpi ngeri semalam. Pening tanpa kata di mulut membuatkan isi kalbuku berbicara sendirian setelah beberapa peristiwa yang berlaku pada hari ini telah mendorongku untuk mencoretkan sedikit catatan.

Entah bagaimana tadi Mama ada menyebut perihal Shylla, teman lamaku. Seterusnya, beberapa panggilan telefon aku terima daripada seorang perempuan yang silap dial. Mimpi pula, sungguh mengarut dan sering membuat aku terkejut. Nur ajak aku keluar ke City Square, aku menolak dengan hormat. Adura tak henti-henti menghantar khidmat pesanan ringkas, aku malas layan. Nisha, ???,, hrmmm.... Secara tiba-tiba, Syera Zanil berlegar-legar dalam benak fikiranku. Hati, melafazkan setinggi-tinggi harapan terhadap 'dia'.

Hari ini sungguh memeningkan dan memenatkan walaupun aku hanya baring di atas sofa. Tidak seperti hari-hari sebelum ini yang sarat masaku diisikan dengan pelbagai perkara yang berfaedah.

Segala yang berlaku hari ini semuanya berkaitan dengan kaum Hawa. Mungkin.. entahlah, tak berani nak kata. Pening. Pening. Pening.

Setiap hari aku berdoa kepada Yang Maha Satu dengan penuh harapan. Pada catatan ini, aku kongsikan doaku yang lebih kurang bunyinya;


"Ya Allah, jika "*** ******* ***** ***** ******" baik dari pengtahuan-Mu, mampu menjadikan aku hamba yang lebih bersyukur, dapat mendekat diriku kepada-Mu, menjamin aku menjadi kekasih-Mu, berpotensi membawa aku kepad kebaikan, maka engkau simpan, pelihara, pilih dan jadikanlah dia sebagai zaujahku. Supaya aku dapat membina baitul Islam dan meneruskan generasi Ibadurrahman.

Andai "*** ******* ***** ***** ******" buruk dari pengetahuan-Mu, menjadikan aku lebih teruk, melalikan aku dari mengingati-Mu, merosakkan imej agama-Mu, membawa aku kepada segala keburukan, keburukan, kemaksiatan dan kedurjanaan, maka jangan Engkau jauhkan dia daripadaku Ya Allah. Sebaliknua Engkau tukarkanlah segala keburukan, kebungkaman, kemaksiatan dan kedurjanaan tersebut kepada kebaikan.

Aku mahukan dia Ya Allah,
Aku mahukan dia Ya Allah,
Aku mahukan dia Ya Allah,

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, Maha Penentu Takdir dan Maha Perancang. "


Sepatutnya doaku menjadi rahsia tetapi fikiranku yang tak menentu memaksa untuk meluahkannya. Entah betul entah tidak doa sebegini. Aku tidak pernah merujuk mana-mana ustaz tentang doa ini kerana menjadi rahsia sebelum ini. Jika mana-mana individu mendapati doa ini salah, maka minta diperbetul kerana aku insan yang lemah, jahil lagi hina. Baru belajar nak hidup.

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara