Sabtu, 31 Disember 2011

Fathi Ihsan

Perkhabaran yang mengejutkan aku terima ketika berada di kampung halaman yang menyatakan Fathi telah kembali ke rahmatullah. Aku bagaikan tidak percaya kerana sekali lagi aku terpaksa menelan kenyataan kehilangan seorang lagi sahabat karib. Pelbagai kenangan yang berlegar-legar di dalam benakku bersama al-Marhum.

Nama al-Marhum ialah Fathi Ihsan bin Mansor, dilahirkan pada 16 Mei 1994 dan meninggal dunia pada 24 Disember 2011. Al-Marhum dikenali ramai sebagai seorang penceria keadaan dengan lawak selambanya, mampu menasihati rakan-rakan lain tatkala berada dalam kesempitan, dan amat dikenali dalam dunia perjuangan para daie, khususnya di MRSM TGB.


.....
.....

Fathi,
Tuhan Ar-Rahim pertemukan kita di TGB,
Kita remaja yang punya kenakalan dalam diri,
Kita berdua laksanakannya bersama-sama,
Kau dan aku, Fathi!
Bersama tengok movie,
Bersama tampal poster calon ke-19 BWP,
Bersama membaling epal kepada budak form 4 yang bangsat di malam hari,
Bersama menulis dan mengarah drama Jihad BADAR di Minggu Aktiviti,
Bersama merancang dengki,
Kepada orang ramai terutamanya Faiz Aiman si BWP,
Kau ingat tatkala hari terakhir lepas SPM di TGB,
Masing-masing mempersetan dan memperdajalkan diri,
Kita berdua tidak terkecuali,
Bersama kita panjat tangki,
Bersama kita pecah masuk ASPURI,
Bersama kita usha pelajar puteri,
Bersama kita huru-harakan TGB,
Semua itu telah menjadi kenangan yang abadi dan tak pernah mati,

Fathi,
Kita bukan dajal jahat,
Kita Dajal Suci,
Kerna kaulah orang pertama yang tasykil aku keluar 3 hari,
Kaulah insan yang kenalkan aku kepada gashyt taklimi,
Kaulah yang ajarkan aku cara bersugi,
Kaulah yang telah tarik aku mengenal sunah Nabi,
Kaulah yang terangkan aku tentang "Dakwah untuk diri sendiri",
Kaulah yang mendorong aku mengislahkan diri,
Kaulah yang telah bawa aku ke medan perjuangan daie,
Kaulah yang beritahu aku makruf diamar mungkar dinahi,
Kaulah yang jadikan aku rakan niagamu menjana saham ukhrawi,
Kaulah yang mengenalkan aku kepada kebesaran Ilahi,

Fathi,
Tuhan Al-Wali telah pertemukan kita di TGB,
di TGB,
Sebuah persahabatan tanpa henti,
Bagai laut yang tak bertepi,
Semoga semua azammu diterima Ilahi,
Aku telah mengenal seorang insan bernama... Fathi,!

24.12.11

Al-Fatihah buat Fathi Ihsan bin Mansor

3 ulasan:

Fazleyana Niwa berkata...

die psti srg shbt yg baik,,, untungnye ko dpt shbt mcm die wlpn umur die x pnjang.. ALLAH lbh sygkn org yg mcm die~

Zeaf I-sahus berkata...

yups that's right.
tak sangka die pergi dulu dgn usia yg mude.
Islam kekurangan seorang daie.

Fatinsyahidah Hamidun berkata...

He was totally a good friend ��