Hidup Adalah Kembara, Bukan Destinasi

by - 1:54 PG

SPM is over. Zaman persekolahan pun dah tamat. Aku tidak menganggap perkara ini sebagai satu garis penamat. Aku menganggap perkara ini sebagai suatu permulaan hidup baru. Sudah pasti selepas ini tidak ada lagi yang mengarahkan aku untuk menguruskan rutin harian seperti yang telah aku lalui di MRSM TGB. Aku pasti merindukan saat itu.Pada awalnya, aku menamakan TGB dengan nama kem tentera, penjara malah NERAKA. Pada saat ini, tiba-tiba sahaja aku seakan menghargai NERAKA tersebut. Aku mula rindu dengan NERAKA YANG MENTARBIAH itu.

Itu sudah berlalu, Ini yang berlaku...

Aku sudah bersiap siaga untuk menyelami lautan kehidupan yang luas dan maha ganas ini. Segala kelengkapan telah aku persiapkan, tinggal lagi sedikit penambahbaikan. Selaras dengan Tahun Baru Hijrah yang baru disambut, aku telah nekad untuk mengislahkan diri dengan perkara-perkara yang ingin aku usahakan dalam diri ini. Aku bermohon kepada Allah agar segala perkara yang aku lakukan sentiasa mendapat reda, rahmat, hidayah, perlindungan dan cinta-Nya.

Hidup Adalah Kembara.
Bukan Destinasi.

Zeaf I-sahus

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara