15 Disember 2010

by - 10:42 PTG

Assalamualaikum

Aku berasa bahawa diriku tidak adil. Pertama, kerana aku hanya mengemas kini blog satu lagi. Kedua, aku sudah meninggalkan blog ini hampir setahun. Jika blog ini sebuah rumah, sudah bersarang barangkali.

Sekarang aku tidak lagi bersekolah di SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman kerana aku melanjutkan pelajaran ke MRSM Tun Ghafar Baba(TGB). Pemergianku atas gerak hati sendiri. Jika diimbas kembali sejarah, aku beriya-iya tidak mahu ke mana-mana sekolah berasrama.Tak tahulah bagaimana tiba-tiba aku terdorong untuk ke sana. Semua telah ditakdirkan Allah dan aku yakin dan pasti, segala yang berlaku ada hikmahnya.

Kehidupan di TGB amat berbeza dengan sekolah harian amat berbeza dari segi budaya, persekitaran, semangat dan sebagainya. Berada dalam komuniti yang besar iaitu 450++ bagi pelajar tingkatan empat, pastinya bermacam ragam dan kelaku. Belajar di TGB amat menyeronokkan, pelbagai perkara yang telah aku pelajari. Namun satu yang menjadi beban kepada pelajar ialah kerja sekolah dan pengurusan masa.

Diam tak diam sudah setahun aku di TGB. Terasa seperti baru lagi aku mengambil keputusan PMR. Apa yang aku harapkan, aku dapat berubah di TGB dan melestarikan matlamat hidupku.

------------------------------------------------------------------------------

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara