21 Oktober-30 Disember 2009

by - 12:12 PTG

Begitu lama tidak menulis blog lantaran sibuk dengan rutin harian.Sebenarnya hubungan aku dan Shylla mula pulih semula,alhamdulillah.Banyak suka dan duka sepanjang masa ini.

Pada 24 Disember 2009,keputusan Peperiksaan PMR diumumkan di setiap sekolah menengah seluruh negara.Semua calon PMR tentunya menganggap tarikh ini sebagai mimpi ngeri bagi mereka semua termasuk aku.Alhamdulillah aku dan 9 orang lagi rakan seperjuanganku berjaya memperoleh kejayaan yang diidam-idamkan iaitu 8A.Alhamdulillah,.

Hubungan antara aku dan Shylla kian pulih sejak 27 Oktober.Namun begitu,pada hari ini Shylla minta dirinya dilepaskan.Alasannya dia mahu menumpukan sepenuh fokus kepada pelajaran.Dengan keputusan cemerlang,8A yang diperoleh dalam peperiksaan PMR 2009 lalu,dia ingin melanjutkan pelajaran ke MRSM.Jika itu yang dia mahukan,terpaksa aku turutkan.Aku berasa seperti kehilangan sesuatu yang besar kali ini.Kami berdua tak bergaduh sama sekali,cuma ada "kumpulan" yang tidak senang apabila melihat kami bersama.Pelbagai taktik kotor digunakan demi menggoncang ketenteraman hubungan kami.Sampai mati aku takkan maafkan mereka.

Aku yakin lantaran tidak betah dengan ancaman demi ancaman,Shylla minta dia dilepaskan.Perasaan sedih bebaur hiba melara hati.Walau bagaimanapun,aku akan tetap mendoakan kebahagiaan dan kejayaan Shylla.Genap 1 Januari,Shylla akan kulepaskan.Shylla minta dilepaskan pada tarikh itu sempena sambutan Tahun Baru esok.

Jika dahulu aku yang tinggalkan dia,kini dia pula meninggalkanku......

You May Also Like

5 Bekas Tapak Kaki Pengembara