16 November 2010

by - 8:47 PTG

Alhamdulillah, sempurna sudah puasa aku pada hari ini. Aku ke kelas tusiyen Add Math pagi tadi bersama 8 orang rakan yang lain. Tinggal satu sahaja lagi pertemuan dengan Cikgu Rohani selepas ini. Pelbagai perkara yang aku pelajari sepanjang memasuki kelas beliau cuti ini.

Selain belajar subjek Matematik Tambahan, Cikgu Rohani sering menyelitkan kisah-kisah, cerita teladan, tips-tips dan sebagainya bagi membakar semangat pelajar-pelajarnya. Aku melihat bahawa beliau sungguh berwawasan dan bermotivasi tinggi. Teknik yang digunakan dalam mengajar amat berkesan sehingga apa yang dipelajari meresap masuk ke dalam hati dan minda. Aku kagum dengan beliau.

Selepas kelas tersebut, aku bersama Arif meminta beliau untuk membantu menyelesaikan bebeapa kekeliruan dalam Matematik Tambahan. Setelah berpuas hati, kami semua balik ke rumah masing-masing. Selama aku berada di sini, Saipul lah yang menjadi kakiku untuk ke kelas tuisyen, lepak dan ke rumah rakan lain.

Pada petang tadi aku dan Saipul ke rumah Arif untuk bermuzakarah ilmu dalam subjek Biologi. Faizul turut berada di situ. Sambil belajar kami turut berbual bermacam-macam topik lain seperti sekolah, agama, kiamat dan sebagainya. Aku menunggu-nunggu dan kehairanan dengan Faizul. Lazimnya, dia akan menyentuh hal-hal siasah negara. Lebih-lebih lagi dengan konspirasi yang menggemparkan sekelian umat di Malaysia.


You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara