18-19 Januari 2009

by - 5:23 PTG

Maaf kerana semalam aku tidak sempat untuk menulis laman BLoG ini.Maklumlah pada tahun ini aku akan menghadapi satu "perang besar".Aku tak mahu menceritakan apa berlaku pada 18 Januari 2009,semalam.Aku hanya ingin menceritakan tentang hari ini.

Pada jam 0541 aku bangun dari tidur menyiapkan diri untuk ke sekolah.Kepalaku berasa berat,mataku berasa mengantuk,kakiku terasa sakit akibat kemalangan semalam.Tak sangka,mungkin dulu Fitrah kemalangan,semalam tiba pula giliranku.Tetapi aku rasa kakinya sudah baik kerana aku melihat dia sudah boleh berlari.Seperti biasa aku ke sekolah menaiki "kotak buruk"(van).

Sampai di sekolah aku ke perhimpunan.Bosan,ketika berhimpun namun pada hari ini aku telah dapat mempelajari satu lagi perkataan baru apabila Tuan Haji Rosli memberikan ucapannya.Perkataan tersebut ialah 'suri teladan'.Setelah habis perhimpunan aku ke kelas untuk menuntut ilmu.

Di kelas,seorang rakan sekelasku berkata kepadaku."Putera,_____ kirim salam"katanya._____ ialah perkataan yang tidak pasti kerana aku tidak berapa dengar disebabkan suasana yang begitu bising.Lantas aku hanya menjawab "Waalaikumsalamwarahmatullah".Yang penting dalam perkataan tersebut mempunyai
abjad "A" dan "I".Tak mengapalah,asalkan aku sudah menjawab salam dia.Aku juga pasti pengirim adalah seorang wanita.

Faizul dan Saiful hanya menggelakkan aku.Hairan....

Ketika Puan Norzila,guru mata pelajaran Bahasa Malaysia sedang mengajar.Beliau bertanya kepadaku.

"Putera,pilihanraya kecil Kuala Terengganu hari itu siapa yang menang?"kata beliau.

Lantas aku menjawab."PAS".Mungkin beliau dan warga SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman belum kenal siapakah aku.Aku harap identitiku *sebagai seseorang tak penting* disembunyikan dan terus dilupakan.

Pada sebelah petang,aku sebagai anggota rumah sukan Rumah Selasih,berwarna hijau diarahkan hadir bagi sesi latihan olahraga.Satu lagi latihan yang memenatkan perlu aku tempuhi.Mungkin hari ini aku tidak akan menceritakan "dia".Alhamdulillah aku sudah dapat melupakan dia sedikit demi sedikit.Jika aku suka dan cinta pada "dia" pun,itu tidak bererti kerana aku tidak ikhlas.Aku suka pada "dia" kerana paras rupanya sama macam arwah.Namun kekadang aku melihat "dia" tidak sama aku melihat arwah,aku berasa seperti ada satu keistimewaan yang datang dari "dia".Ini baru dikatakan cinta.Walau bagaimanapun,aura Semangat 18 NOV tetap utuh dalam hatiku ini.

Terdapat tiga acara dalam latihan ini.Pertama,acara lontar peluru.Kedua,acara lompat jauh dan akhir sekali acara lari 100 meter.Sebenarnya,aku tidak ada semangat ketika menjalani latihan tersebut.Tambahan pula,kakiku yang tercedera akibat kemlangan semalam membuatkan pergerakanku terbatas.Semasa melontar peluru,aku berjalan seperti seorang penagih dadah akibat kecederaan kakiku.Lagi memalukan apabila "dia" ada memerhatikanku.Tiba-tiba semangatku berkobar-kobar entah mengapa.Namun semangatku dipatahkan apabila mendengar sorakan memberi semangat yang dilaungkan oleh seseorang.

"Putera,Saffa ada dekat belakang"katanya.

Kalimah itu membuatkan kakiku semakin sakit serta melunturkan semangatku.Jadi,aku hanya membuat balingan sambil lewa sahaja.

Sekarang kepalaku pening jadi setakat ini sahaja diari hari ini.

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara