16 Januari 2009

by - 3:53 PTG

Malang sungguh nasibku pada hari ini.Kemungkinan aku ada membuat sebarang kesalahan terhadap seseorang.Kepada yang berasa marah,sakit hati atau terguris hatinya dek kerana kelakuanku.

Sudahlah hari ini aku tidak dapat melihat wajah si dia sama sekali.Hari ini juga aku di'cap' oleh beberapa orang guru sebagai pemalas atas sebab tidak membawa buku ke sekolah.Apa yang telah terjadi padaku hari ini?Aku berasa diriku seperti syaitan pada hari ini.Mungkin dek kerana dendam kesumat orang lain,aku yang menerima padahnya.

Pada hari ini juga merupakan hari yang sangat bahagia bagi dua insan yang dipilih Allah dapat hidup hingga ke hari ini untuk menyambut Hari Ulang Tahun Yang Ke-15.Insan terpilih tersebut ialah Fitri dan juga Hairul Hanafi.

Walaupun hari ini merupakan hari yang kurang bernasib baik bagiku namun ada juga penawar hati apabila melihat dua orang sahabatku gembira.Semoga mereka berdua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekinya.

Amin Ya Rabbal A'lamin....

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara