About Powers
All powers may be abused if placed in unworthy hands, regardless of what position. However, it is difficult to find where to place the powers to be more safe than what had been practiced traditionally.
Seorang pengerusi sesebuah persatuan ada tendensi untuk berlaku curang dalam pentadbirannya andai dia mempunyai 'unworthy hand'.
Setiausaha bagi sesebuah syarikat yang arif dan mengetahui selok belok pentadbiran syarikat, berkemungkinan menyalahguna kuasa yang ada di tangannya untuk kepentingan peribadi sekiranya dia ada 'unworthy hand'.
Bendahari Kehormat sesebuah parti ada kala jadi gelap mata dengan duit apabila melihat angka-angka dalam kerja kira-kiranya sebegitu mewah jika ia punya 'unworthy hand'.
Terlebih kebebasan ('liberty') diberikan kepada orang biasa yang rebellious bisa menggagalkan sesebuah pentadbiran andai mereka punya 'unworthy hand'
'Unworthy hands' difikirkan dari minda yang tidak dilandasi dengan keupayaan moral dan sikap yang baik dalam diri. Masalah sebenarnya ialah akhlak yang perlu dicerahi dengan iman dan nilai kemanusiaan. Pabila ada akhlak yang jitu tanpa kepura-puraan, anggota tubuh badannya juga terpelihara dari menjadi 'unworthy hands'.
Namun, penyelesaian terhadap masalah menanam iman dalam diri seseorang bukan kerja dalam sehari dua. Usaha ini memerlukan usaha berterusan dari semua pihak bagi mewujudkan faktor 'internal' dan 'external' untuk seseorang itu menjadi insan yang baik akhlak dan terjaga perlakuannya.
-Zeaf I-sahus-
0 Bekas Tapak Kaki Pengembara