Khamis, 24 Disember 2015

Hidup simulasi realiti dan konsep Simulacra oleh Jean Baudrillard


Bayangkan seorang anggota tentera yang menjalani latihan terbang menggunakan simulasi di MinDef.
Analogi yang lebih mudah, bayangkan, seorang pelajar perubatan yang membedah sebuah model berupa manusia. Melalui pembedahan simulasi ini, pelajar tersebut dapat mengetahui keadaan nyata tubuh fizikal seorang manusia.

Simulasi dilihat sebagai ciptaan yang menampakkan realiti asli.

Simulasi yang baik tiada salah untuk digunakan. Simulasi yang salah perlu diperbetul.

Bagi Baudrillard, leluhur falsafah dari Perancis, sakit manusia moden adalah penyakit tertunduk menurut di bawah simulasi. Menurutnya, dewasa ini tiada lagi yang nyata. Segalanya tertukar kedongengan. Dalam kata yang lain, manusia moden hidup dalam bayang-bayang simulasi. Ruang simulasi ini menatijahkan manusia beranggapan tiruan adalah nyata.

Simulasi adalah realiti.

Sampah-sampah dalam cerita cinta (you name it,..) yang tersaji di televisyen khususnya, bukan lagi simulasi, malah realiti yang mesti dikejari. Peranan media menyampai simulasi kepada khalayak ramai melalui pencitraan gambar, suara, video dan teks. Baudrillard melihat masyarakat moden ialah masyarakat yang menonton. Mereka pasif lagikan tertunduk kepada citra dan simulasi yang tertayang.

Penyakit hidup berturutkan dan berimankan simulasi telah merasuk ke sendi-sendi manusia. Sesuatu perlu dilakukan bagi memperbetul masalah ini.

Rujukan:
Jean Baudrillard, The System of Objects.
Jean Baudrillard, The Consumer Society.

~Zeaf I-sahus~
20.12.2015

Tiada ulasan: