Pengkritik Paling Kejam

by - 6:13 PTG

Sedih.

Itulah ungkapan yang mungkin sesuai untuk diungkapkan. Tatkala kita mengetahui bahawa diri kita ini merupakan Pengkritik Paling Kejam bagi diri sendiri.

Perbandingan.

Ramai manusia suka membanding-bandingkan diri mereka dengan yang lain. Tak salah. Tetapi sering kali manusia membandingkan diri mereka dalam keadaan yang tak bersyukur.

Aku tak ada kereta besar macam dia.
Aku ni ada kayap di badan tak seperti yang lain.
Dia pergi sekolah naik motorsikal sendiri, aku naik basikal je.
Kenapalah aku tak cantik macam dia.


Rupa-rupanya, kita merupakan PENGKRITIK PALING KEJAM buat diri kita.
Untuk itu, sudah masanya untuk kita cintai orang yang berada dalam cermin depan mata kita.




You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara