Selasa, 17 September 2013

Awal Mula Pertama Mula



Awal Mula Pertama Mula.

Tak mampu lagi Mak Lijah membendung butir mutiara di kelopak mata dari jatuh ke bumi. Pelukan Mak Lijah terhadap Izara seakan-akan tidak mahu melepaskannya. Izara mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Asasi Undang-Undang Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia di UiTM Shah Alam.

“Sudahlah tu, ibu. Izara nak belajar dekat Shah Alam bukannya lama. Setahun saja. Izara di sana mahu belajar. Bila Izara dah berjaya nanti, Izara nak tolong ibu.” Luahan keazaman Izara dengan suara yang serak kerana menangis mahu meninggalkan ibunya yang tercinta.

Suasana di Terminal Bas Larkin ketika itu bagaikan lokasi penggambaran. Perpisahan mereka penuh drama.

Sampai saja di Terminal bas Seksyen 17 Shah Alam, Izara menelefon ibunya memaklumkan dia sudah tiba.

Sementara mahu menunggu bas T529 dari Seksyen 17 untuk ke UiTM, tidak putus-putus Izara berbalas khidmat pesanan ringkas(SMS) dengan Mak Lijah.

Selepas mendaftar juga Izara tidak lekang tangannya dengan telefon bimbitnya berbalas SMS dengan ibu tersayang.

Begitulah setiap hari.

Boleh dikatakan setiap yang Izara lakukan, dia akan terus maklumkan kepada ibunya.

‘‘Ibu, Izara dah solat,’’

‘‘Izara rindu nak makan masakan ibu,’’

‘‘Malam ini Izara mahu ke perpustakaan, ada study group,’’

‘‘Izara mahu ke kelas dulu, Ibu,’’

Selepas dua bulan Izara bertemu dengan Udin, rakan sekursusnya. Mereka berkawan baik. Mereka keluar bersama-sama, makan bersama-sama, belajar bersama-sama. Pada bulan ketiga, mereka sudah mesra lalu meluahkan rasa cinta.

Dari 30 SMS dalam 1 hari yang dihantar kepada ibunya awal pengajian dahulu, kini 1 SMS untuk 30 hari pun payah.

Cinta 2 bulan pertemuan bersama sang buayafriend telah berjaya memadamkan cinta Mak Lijah selama 20 tahun membesarkan Izara.

Sayang seribu kali sayang.



Niat Kita

Kisah di atas bukanlah kisah benar. Tetapi kisah ini banyak benarnya.

Junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam sabdaannya, “Innamal a’malu binniat..”

Setiap amal itu bermula dengan niat.

Niat di hati Izara melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi mahu menolong ibunya. Namun niatnya telah terpesong akibat pertemuannya dengan Udin.

Niat sebegini sebagai bekalan titik mula adalah bersifat sementara, kabur dan sukar untuk diteruskan. Apatah lagi slogan retorik yang dilaung-laungkan berjuang demi ‘agama, bangsa dan negara’.

Allah berfirman dalam Kalam-Nya, ‘‘Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku,’’ [51 :56]

Pokoknya di sini ialah ibadah kepada Allah dan kerana Allah

Bekerjalah kerana Allah. Belajarlah kerana Allah. Makanlah kerana Allah.Buatlah setiap perkara diniatkan kerana Allah. Maka, segala-galanya bertukar menjadi Ibadah.

Seseorang yang menjaga niatnya kerana Allah, maka dia tidak akan melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba. Dia tidak akan lupa tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya. Dia tidak akan lupa peranannya dalam agama. Dia tidak akan lupa perjuangan bangsanya sekali gus memelihara nama baik negaranya. Yang paling penting sekali, hidupnya diberkati, diredai dan menerima nusrah-nusrah dari Allah Taala.



Bekalan Titik Mula

1. Islahkan diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari aspek duniawi dan ukhrawi.

2. Menjadikan bidang ini sebagai platform Dakwah untuk menyebarkan kalimah Lailahaillallah ke seluruh alam. Kita mempercayai bahawa nafas dakwah itu panjang.

3. Falah dalam mencapai semua senarai impian hidup di Dunia dan Akhirat.

Bawalah 3 niat ini sebagai bekalan titik mula. Semuanya kerana Allah, maka Allah akan pelihara.

5 ulasan:

Rapunzeel Cikilolo berkata...

terima kasih atas renungan...

semoga lijah & udin akhirnya berjodoh.

biar udin sama-sama dapat membantu mak lijah di masa hadapan.

wallahualam.

Dr. David Fate L. Black berkata...

Semoga Lijah bahagia brsama uzen

Putera Amirool Faez Bin Suhasi berkata...

http://www.jobstreet.com.my/jobs/2013/9/new/m/10/2042759.htm?fr=23&src=35

Tanpa Nama berkata...

http://www.scribd.com/doc/6365330/Harm-Reductiontaklimat-110908-Edited

Tanpa Nama berkata...

http://www.academia.edu/3344193/Undang-undang_rawatan_dan_pemulihan_dadah_dari_sudut_pandangan_global_Suatu_perbandingan

http://www.youthcharacter.net/2013/02/aidshiv-sukarelawan-belia-yang.html