Ketam Melayu . Ketam Cina .

by - 8:32 PG

Pada suatu masa, seorang nelayan yang rutinnya membekal bekalan protein buat manusia telah muak menangkap ikan. Hal ini demikian kerana faktor taraf hidup yang semakin tinggi dan penurunan harga ikan. Lalu, sang nelayan teringin benar pula untuk menangkap ketam. Harga ketam lebih mahal. Dia pun mula menangkap ketam.

Pada hari pertama dia menangkap ketam, hasilnya sungguh banyak dan menggembirakan. Ketam-ketam yang ditangkap ada dua jenis. Dua-dua sama banyak. Jadi, nelayan itu pun mengasingkan ketam-ketam tersebut dan meletakkan ke dalam dua baldi yang berlainan.

Sang nelayan menamakan dua jenis ketam tersebut dengan nama "Ketam Melayu" dan "Ketam Cina". Nelayan itu memerhatikan ketam-ketam tersebut cuba untuk melepaskan diri.

Dia tertarik lalu berminat untuk melihat cara-cara mereka melepaskan diri.

Ketam Melayu

Di dalam satu baldi, Ketam Melayu berlumba-lumba untuk naik ke atas, memanjat baldi bagi melepaskan diri. Ketam Melayu berasak-asak, bertolak-tolak antara satu sama lain. Tatkala seekor Ketam Melayu mengatasi yang lain, Ketam Melayu lain menarik kaki ketam tersebut.

Ketam Melayu tadi jatuh dan bersama-sama semula ke kedudukan asal dengan Ketam Melayu yang lain.

Setiap kali ada lagi Ketam Melayu yang cuba bangun dan memanjat baldi, setiap kali itulah ketam sejenis mereka menariknya semula.

Masing-masing tak dapat keluar.

Masing-masing buntu.

Masing-masing masih di takuk lama dan tak terdaya untuk keluar menyelamatkan diri.

Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain.

Kerana tidak berpuas hati mereka mula berpuak lalu bergaduh sesama sendiri dan lantas banyak yang mati.

Bangkai-bangkai ketam itu dilonggokkan sehingga setinggi baldi. Yang hidup memanjat dan meminjak yang mati.

Akhirnya hanya beberapa ekor ketam sahaja yang mampu meneruskan hidup.

Ketam Cina

Di dalam sebuah baldi lain pula, Ketam Cina juga berasak-asak, berlumba-lumba mahu keluar. Mereka bertolak-tolak.

Di kala seekor Ketam Cina berada lebih tinggi, mengatasi yang lain. Ketam Cina yang di bawah teruskan menolak.

Mereka terus menolak dan menolak, mendorong serta memberi sokongan kepada Ketam Cina yang mengatasi mereka tadi supaya cepat berada di atas.

Apabila seekor Ketam Cina tadi telah berada di bibir baldi, Ketam Cina itu pula menarik rakan-rakannya yang lain, membantu mereka satu persatu sehingga semuanya berjaya menikmati kebebasan nan abadi dan lestari.

Apa ada pada bangsa ?



Renungi cerita di atas...

Aku tak bangga menjadi Melayu. Aku bersyukur aku Islam. Aku tak bangga bukan kerana aku Islamik. Aku tak bangga kerana aku malu dengan sikap Melayu sendiri.

Mereka tahu cakap tapi pelaksanaanya hampeh.

Mereka tahu nak jadi kaya, tetapi suka menindas.

Mereka pandai cari untung, tetapi untungnya tidak bersifat distibutif.

Aku bukan kata semua, tetapi majoriti Melayu yang tidak sedar dan tidak menghargai mereka adalah Melayu.

Memang aku racist, tetapi aku masih berkawan dengan orang bukan Melayu, sama ada Islam atau tidak. Aku rascist kerana aku sayangkan bangsa ini.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160. Melayu diinterpretasikan sebagai Muslim, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengikut ada-adat Melayu.

Mereka yang Melayu perlu Islam. Aku sayang Melayu kerana Melayu ada Islam. Aku tak bangga tapi aku sayang.

You May Also Like

3 Bekas Tapak Kaki Pengembara