Selasa, 20 Mac 2012

SPM Result

Diam tak diam, esok merupakan hari penentuan keputusan SPM. Tak sedar masa kian berlalu lebih-lebih lagi aku terpilih untuk PLKN. Perasaanku bercampur baur tatkala ini memikirkan apakah keputusan yang bakal aku terima esok. Seakan-akan aku kurang bersedia lagi untuk menerima keputusan untuk hari esok. Apa yang dapat aku lakukan hanyalah berdoa dan bertawakal kepada Yang Maha Kuasa agar dengan kekuasaannya, Dia memberikan aku keputusan yang menyenangkan hati Mama dan Papa.

Ya Allah, hamba-Mu memohon agar Engkau berikan keputusan yang cemerlang dalam SPM kepada aku dan semua calon Ya Allah. Pandulah aku, beri hidayah kepada ku. Tiada tempat lagi untuk aku mengadu. Sesungguhnya, Engkau sahajalah tempat aku bergantung harap.

Walauapapun keputusan yang aku terima esok, insya-Allah aku akan reda dan bersyukur.

Tiada ulasan: