Laa Tahzan

by - 6:53 PTG

Kini, orang ramai sibuk mengatakan tentang keputusan SPM yang baru keluar. Walaupun sudah hampir seminggu, ceritanya tetap panas. Ada berjaya, ada yang kurang berjaya. Ada yang gembira, sedih, teruja serta perasaan yang bercampur-baur. Tidak terkecuali aku sendiri. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga kecemerlangan tersebut dapat diteruskan di hari-hari mendatang.


Nampaknya, rezeki aku cuma berjaya memperoleh 6A, 3B. Rezeki daripada Ilahi. Aku menelan kenyataan ini walaupun pahit. Bagi aku, ini merupakan yang terbaik untukku.

Belakangan ini, kita melihat berita-berita di dada-dada akhbar dan televisyen sendiri mengenai individu yang mahu membunuh diri, meminum racun, kurung diri dalam bilik dek kerana kurang berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Pada pandangan peribadiku, tidak wajarlah bagi seorang manusia untuk menghukum dirinya sendiri kerana jasad dan roh kita ialah pinjaman sementara daripada Allah Azza Wa Jalla. Apa yang perlu kita lakukan ialah bersyukur dengan tahap kemampuan dan memperbaiki kelemahan.

Tidak salah untuk berasa sedih dan bersalah. Sekurang-kurangnya, perbuatan tersebut memberikan motivasi positi untuk kita terus hidup menghadapi cabaran seterunya dalam lautan kehidupan yang luas dan maha ganas. Ambillah pengiktibaran dari setiap apa yang telah berlaku.

Aku berani katakan bahawa bukan semua pemegang sijil "Straight A's" gemilang dengan kepandaian mereka. Mereka hanya bernasib baik. Mereka hanya bernasib baik. Mereka hanya bernasib baik. Bersyukurlah kepada Yang Maha Penyayang kerana berikan kita kesedaran berbanding mereka yang mendapat kejayaan dalam kemurkaan. Istidraj. Nauzubillah minzalik.

Apa yang perlu dilakukan?

Wahai sahabat-sahabatku, ayuh kita bangkit bersama. Buktikan kepada mereka di luar sana bahawa kita mampu berjaya. Tanamkan azam, tekad dan kesediaan untuk menempuh alam yang baru. Jika kita tak mampu untuk buktikan, MALU kita!!. Mari kita bangkit dengan sepenuh jiwa. Perjuangan kita amat dinanti. Pedang di kanan. Keris di kiri. Berselempangkan semangat yang tak bisa mati!

You May Also Like

1 Bekas Tapak Kaki Pengembara