Selasa, 24 Januari 2012

Kisahku ke PLKN?

"Ini bukan khidmat negara, ini khidmat diri sendiri,".kata seorang wanita berpakaian serba hijau menghantar anak jagaannya ke dalam bas PLKN bersama-sama denganku.

Mendengar perkartaan khidmat mendatangkan rasa tersentak terhadap diriku. Teringat aku akan arwah Fathi Ihsan yang mengajarkan aku tentang khidmat. Rasa di hati ingin mencarut sepuas-puasnya di hadapan semua kakitangan JLKN. Bas pun bergerak, aku melambai keluarga yang kutinggalkan.

Setelah beberapa hari di sana, aku berasa sungguh seronok,berpuas hati dan rugi kalau tak pergi. Ramai kenalan yang telah aku temui. Tak sangka ada juga yang mengenali aku sedankan aku tak mengenali mereka.

Di surau, aku terlihat kitab biru Fadhilat Amal. Kitab itu sekali lagi mengingatkan aku kepada arwah Fathi Ihsan yang merupakan orang pertama memperkenalkan aku kepada kitab tersebut. Apa yang berlaku seakan-akan satu petunjuk dari Ilahi. Tergerak hatiku pada suatu hari untuk menyampaikan tazkirah. Niatnya hanya satu, islahkan diri. Aku berhasrat untuk menjalankan usaha dakwah di kem ini.

Berada dalam PLKN amat mematangkan diri aku, lebih-lebih lagi tentang kehidupan, pemikiran, cinta, silaturrahim dan kepimpinan. Yang menjadi harapan ialah aku dapat islahkan diri. Aku senang berkawan dengan ramai orang, tak kira apa bangsa dan asal ras.

Semoga wira wirawati PLKN mampu menjadi generasi yang memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan: