Lailatul Qadar

by - 12:35 PTG

Para abid sedang berlumba-lumba mengejar Laitlatul Qadar kini. Pada sepuluh malam terakhir ini, ramai yang mengambil inisiatif beriktikaf di masjid dan surau, ada juga yang bangun di tengah malam, beramal sebelum menunggu masakan untuk bersahur siap dimasak dan sebagainya. Yang penting ramai yang tidak melepaskan peluang.

Terdapat pelbagai pendapat yang menyatakan penentuan malam Lailatul Qadar. Menurut Imam al-Ghazali, jika puasa 1 Ramadan jatuh pada hari Isnin, Lailatul Qadar jatuh pada 21 Ramadan, wallahualam. Alangkah baik dan selamatnya, jika kita bangun malam setiap hari pada bulan Ramadan ini. Bukan sahaja Lailatul Qadar tidak terlepas malah bukankah terdapat beberapa nas yang menyatakan tentang fadilat beramal pada bulan Ramadan.

Mari renungkan sebentar tafsir surah al-qadar bagi meningkatkan lagi rasa ghairah untuk beribadah.
Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Saya menyeru diri saya dan sahabat handai untuk merebut peluang yang Allah telah berikan ini. Beruntunglah bagi mereka yang telah menemui Lailatul Qadar. Selamat Beramal, Insya-Allah.

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara