Isnin, 6 Jun 2011

Silap.

Semangat aku yang berkobar-kobar suatu masa dulu kian malap..
Tangga usaha yang aku panjat kian rapuh..
Cita-cita yang tampak jelas di depan mata kian kabur..
Psikologi yang sangat positif suatu masa dahulu semakin tersasar ke arah sebaliknya..

Silap siapa?

SILAP AKU.

Silap. Aku suka mendabik dada dengan kemahiranku.
Silap. Aku sombong, bongkak dan tidak yakin pada diri sendiri.
Silap. Aku hilangkan duit dua kali.
Silap. Aku benarkan duit orang lain curi.
Silap. Aku tidak menetapkan matlamat yang jelas.
Silap. Aku nak ubah orang lain masakan diri sendiri terumbang-ambing.
Silap. Aku suka mencari kesalahan orang lain.
Silap. Aku tidak berani buat perubahan.
Silap. Aku hanya memandang ke belakang.
Silap. Aku hanya melihat kejayaan yang lepas
Silap. Aku tidak bersaing dengan diri aku sendiri

Dan,.

Silap. Aku tidak memandang hadapan.

Silap. Silap. Silap.

Mungkin ini jerih perih dan gempita kehidupan yang aku cari selama ini..
Segala kesilapan aku hanyalah akan meremajakan dan mematangkan diriku..
Tidak. Aku tidak akan sia-siakan.
Segala yang aku lalui akan aku manfaatkan.
Ya Allah, hindarkan aku daripada perbuatan-perbuatan batil, dosa dan maksiat.
Hidayahkanlah akal yang sempurna, hati yang suci supaya diri ini dapat melaksanakan tanggungjawab kehambaan kepada-Mu di atas muka bumi ini.

Aku pasti kali ini itu semua tidak bosan.
Masa sudah singkat, tetapi masih sempat.

5 Bulan lagi.
Aku akan bersaing.
Aku janji.

Kali ini aku nekad.


Tiada ulasan: