Mama oh Mama.

by - 9:54 PG

Seharian berbual dengan Mama. Dari pagi hingga ke petang. Masa pegang buku pun sempat berbual. Pelbagai perkara yang kami bualkan. Dari perkara nostalgia, sedang berlaku hingga masa depan. Seronok. Jangan cakap. Daripada perbualan itu, jelas aku rasakan bahawa sebuah harapan besar yang disandarkan kepada aku.

Di petang hari, perbualan seakan-akan mahu terhenti. Sebenarnya lidah aku yang terkelu dengan kata-kata ibu. Sampai satu waktu Mama berkata:

" Dah besar nanti cari isteri yang baik-baik, tak malas buat kerja rumah, yang alim-alim, kalau boleh biarlah kahwin dengan doktor, boleh buka klinik sama-sama," katanya.

"-----", aku membisu buat seketika. Pura-pura fokus menelaah buku teks Kimia di depan mata. Degupan jantung pula semakin rancak. Terkadang aku menggigil mendengarkan kata-katanya. Fuh!

Mama terus mengubah topik seterusnya. Mungkin dia menyedari aku kurang senang dengan perkara yang dibualkan.

Terharu mendengar harapan demi harapannya. Namun diri ini sangat takut jika impian tak dapat aku tunaikan. Diri ini juga tidak mahu melihat ibunya kekecewaan suatu hari nanti. Kelihatan Mama begitu suka jika aku menjadi doktor atau kerja yang melibatkan hard science. Beliau mungkin kurang senang jika aku berminat dalam politik atau soft science. Namun, beliau tidak melarang asalkan aku libatkan diri dalam hard science.

Allah Maha Merancang.

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara