15-16 Oktober 2009

Kehidupan diteruskan dengan menguruskan urusan rutin sehari-hari.Selepas tamat peperiksaan,tidak begitu banyak urusan yang perlu dipersiapkan.

Masa dihabiskan dengan berbual di laman jaringan komuniti Myspace dan Facebook.Selain itu,aku juga melayani satu permainan yang dapat menghilangkan rasa bosan iaitu Habbo.Namun manusia mempunyai rasa jemu.Setelah jemu dengan permainan Habbo yang tidak berkesudahan itu,saya mengambil keputusan untuk berbual di laman Myspace semula.

Selain Sheila,ramai lagi yang sahabat yang berbual denganku di Myspace.Antaranya KoKo,Fitrah,Rastaboy,Mili(Miljenko Matijevic) dan ramai lagi.Walaupun aku menolak,Mili terus mengasak fikiranku supaya menerima jemputannya ke Osaka,Jepun.Aku mengambil keputusan untuk membungkam.

Ternyata kehidupan hanya di rumah sahaja amat membosankan.Esok saya akan cuba sesuatu yang baharu,insya-Allah.

You May Also Like

3 Bekas Tapak Kaki Pengembara