14 Oktober 2009

by - 6:25 PTG

Hari yang penuh kemerdekaan bermula pada hari ini.Hari ini aku tidak perlu belajar,mentelaah buku rujukan pelajaran dan mengulang kaji pelajaran lagi.

Bukanlah bermaksud aku akan melupakan segala ilmu yang telah dipelajari.Hari ini aku berpuasa,alhamdulillah aku bertahan walaupun baru genap dua hari.Aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berpuasa sunat dan berharap akan dipanjangkan usia demi mencukupkan puasa enam ini.

Aku hanya berehat di rumah menghadap komputer riba kepunyaan Papa ini sambil memeriksa satu persatu emel jemputan daripada rakan-rakan.Kemungkinan ada beberapa jemputan yang perlu ditolak lantaran jadual saya terlalu padat selepas tiga hari tamat hari persekolahan nanti.

Sekian coretan pada hari ini,..

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara