14 March 2009

by - 11:19 PG

Pagi lagi aku sudah bangun menyiapkan diri.Ketika bangun dari tidur aku dapati badan penuh dengan gigitan nyamuk.Yang menjadi tanda tanya mengapa aku seorang sahaja yang digigit.Mungkin darahku manis.Bilik mandi hujung sekali didakwa berhantu oleh rakan sebilik.Tiada siapa yang berani masuk ke situ.Pada hemat aku,itu hanya bilik mandi jadi aku masuk tanpa mengendahkan apa yang berlaku.

"Lebih baik aku masuk daripada aku menahan kesejukan yang teramat",monolog diriku

Alhamdulillah aku keluar tanpa sebarang ketakutan.Mungkin dakwaan mereka itu hanyalah khayalan semata-mata.Tidak dinafikan dalam bilik air itu ada hantu.Malam semalam ketika aku buang air sesuatau menggangguku.Tapi aku sudah diajar sejak kecil lagi oleh arwah datukku supaya berani dengan apa pun yang berlaku.Sejak kecil lagi aku tak pernah mempercayai kewujudan hantu kendatipun sudah banyak kali berhadapan dengan hantu.

Aku agak terlambat untuk Solat Subuh kerana aku mandi sambil menyanyi dan berangan.Selepas solat kami ke dewan untuk hadiri senaman J-Robik.Aku meletakkan failku bertindihan dengan fail Hairul dan Hanif.Selepas itu kami semua bersarapan.Apabila pulang aku mendapati failku telah hilang.Aku tak kisah ilmu semalam aku hilang tetapi nombor telefon yang telah susah payah aku cari hilang begitu sahaja.Fikiranku menjadi buntu serta keliru.Mengapa fail aku menjadi sasaran?Tanpa segan silu aku minta fail baharu di meja urussetia dengan selamba.Sebelum ini aku dapat fail berwarna kuning tetapi pada kali ini aku dapat fail berwarna biru.

"Nasib baik biru keADILan,bukan biru Barisan",jenaka hatiku.

Waima telah dapat fail baru namun aku tetap mencari fail yang lama kerana dalam fail itu ada bekas coretan Najwa.Banyak kenangan bersama Najwa dalam fail itu.Semasa Bugar Minda Bahasa Melayu dijalankan,aku kesejukan kerana kipas angin tepat menghala ke arahku,satu penyesalan.Semasa Bugar Minda Bahasa Inggeris pula aku pindah ke tempat lain.Sejuk sudah tidak menghantui diri lagi tetapi rasa mengantuk pula menghantui diri lantaran tidak cukup tidur malam tadi.Semasa kudapan diadakan aku makan sambil tercari-cari fail lamaku.

Selepas makan tengahhari aku solat Zohor,balik ke dorm dan tidur hingga jam 1420.Selepas ini kami ke dewan mendengar motivasi yang amat menyedarkan.Kontinjen YS berenam jalan bersaingan menuju dewan.Bermula dari sekarang aku melihat Zulaikha berkelakuan pelik.Puan Shamala sudah berpesan supaya jaga tingkah laku tetapi peserta perempuan dari YS suka buat "harok".

Pada malam ini kami perlu menghadiri sesi ceramah yang terakhir iaitu Bugar Minda Sains.Aku memilih tempat duduk yang berdekatan dengan Najwa supaya senang untuk berhubung dengannya.Setelah habis ceramah semua peserta balik ke dorm masing-masing.Secara senyap aku berjalan perlahan-lahan membiarkan Hairul jalan di hadapan.Tujuanku sebenarnya untuk memikat hati gadis-gadis di sini.Aku berjaya mendapatkan dua nombor telefon.Selepas itu,aku ingin meminta nombor telefon Najwa.Perlahan-lahan aku berjalan namun cubaanku telah dipatahkan oleh Hafizah yang terperasan aku ada di tepinya.

"Potong stim betul lah",getus hatiku.

Hafizah yang sememangnya tidak senang tutup mulut terus mengusikku.Begitu juga Minda namun aku terperasan Zulaikha berperangai pelik,tak tahu kenapa.Sampai di dorm aku nampak Hairul berlari dari bilik air menuju dorm.Alahai,aku tahu dia takut.Tanpa melengahkan masa aku terus bersiap untuk tidur

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara