13 March 2009

by - 9:46 PG

Serangan dari PemBaNcuh Kopi sudah terhenti.Barang kali kerana dia sudah bertemu dengan kebenaran yang sebenar.Pagi-pagi lagi aku bangun menyiapkan diri ke sekolah.Hari ini begitu seronok mungkin kerana aku akan ke Kem Kecermelangan Diri KRK Negeri Johor yang dianjurkan di SMK Dato' Penggawa Barat.

Di sekolah,sambutan Maulidur Rasul diadakan.Sudah menjadi kebiasaan bagi warga SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman jika setiap kali ada Maulidur Rasul,pasti ada kuiz.Ada enam soalan diberikan.Alhamdulillah aku antara insan bertuah kerana dapat menjawab salah satu soalan itu dan berjaya membawa pulang sepuluh ringgit.Acara akhir yang ditunggu-tungu ialah merasai juadah yang telah disediakan.Aku dan Hairul berpakat makan sedulang berdua.Juadah yang disediakan hanyalah "selit gigi" bagi kami berdua.Setelah membaham kami semua pulang ke rumah masing-masing.

Sampai di rumah aku bersiap untuk solat Jumaat.Selepas solat aku pulang ke rumah untuk ambil beg.Aku terus mandi,bersiap,cium tangan mama dan terus menuju ke sekolah.Aku tinggalkan motorsikalku di asrama.Dari sekolah aku menumpang van asrama untuk ke SMK Dato' Penggawa Barat bersama lima orang lagi rakan yang terdiri daripada Hanif,Hanif,Zulaikha,Minda dan Hafizah.Puan Shamala berpesan banyak kali supaya jaga tingkah laku.Kem Kecemerlangan ini disertai oleh 207 pelajar KRK seluruh negeri Johor.Kontinjen YS sampai awal berbanding kontinjen sekolah lain nampaknya.

Selepas pendaftaran kami semua ke Dewan Makan menikmati sedikit makan buat alas perut.Alhamdulillah,makanannya tidak seburuk yang aku sangka.Tempat penginapannya juga hanya memuaskan.Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat aku cari di sini.

Semasa acara 'Ice-Breaking' diadakan aku ternampak seorang bekas kekasihku dari Mersing.Aku hanya mengharap yang dia tak akan lalu depanku.Malang sekali,dia lalu depanku.Tanpa segan silu aku terus menegurnya.

"Hai Fiqa,eh eh Fiqa dah besar dah",kataku menyapanya.

"Hai Amy,macam mana Amy boleh ada dekat sini?Amy dari sekolah mana?",balasnya.

"Entahlah mungkin ada sesuatu yang perlu Amy tunggu dekat sini,Amy dari Dato Yunos,Pontian lah awak",

"OK lah,Amy sekarang couple dengan siapa?",tanyanya sambil senyum.

"Sekarang Amy dah tak couple dengan sesiapa pun,single lagi.Fiqa macam mana pula?"kataku dengan harapan ingin menyambung balik hubungan kami berdua yang telah putus.

"Kesian Amy,Fiqa sekarang couple dengan budak tu",balasnya selamba

Aku hanya mampu tersenyum dengan hati yang gundah gulana.Musnahlah impian tapi bukannya akhir bagi hayat.

Ketika itu juga perasaan gundah gulana ini hilang apabila hati telah dicuri oleh seorang perawan.Namanya Farah Najwa dari Sekolah Tinggi Kluang,aku hanya merngharap dia akan masuk ke dalam kumpulan 14.Nampaknya doa telah dikabulkan,dia masuk dalam kumpulan aku.Apabila sesi kenal mengenal aku diberi Tuhan kesempatan berkenalan dengan dia.Dia dapat kertas aku,aku dapat kertas dia.Jadi kami pun berkenalan.Aku percaya dia seorang pelajar yang pandai.Dari raut wajahnya yang putih berseri telah terlihat pintu kecerahan harapan dia untuk dapat 8 A dalam PMR.

Pada malamnya semua peserta menghadiri sesi ceramah Bugar Minda Matematik.Banyak tips menjawab dapat diperoleh dalam sesi ini namun mataku yang sudah mengantuk membuatkan sukar untuk menerima pelajaran.Aku kuatkan semangat dan tekad.Lagi pula,Najwa ada sebaris denganku.

Selepas habis sesi ceramah,semua peserta diarahkan oleh Kem Komandan untuk menyiapkan diri dan tidur.Dalam perjalanan ke dorm,aku biarkan Hairul jalan dahulu bersama Hanif sementara aku mengambil kesempatan berkenalan dengan peserta perempuan.Pada malam pertama aku berjaya mendapatkan 6 nombor telefon peserta perempuan.Sasaran sebenar ialah Najwa namun Najwa lambat ke dorm kerana dia diarahkan Penolong Kem Komandan untuk mengemas dewan.

Aku kemaskan diri dan terus baring di atas katil asrama.Nama blok dormku ialah ILMU manakala nama dormnya ialah AL-KHAWARIZMI.Sudah menjadi kebiasaan pada malam pertama sememangnya susah tidur.Selamat Malam...

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara