4-5 Februari

by - 4:08 PTG

Pertama sekali aku memohon maaf kepada semua kerana aku tidak sempat menulis semalam kerana terlampau sibuk dengan kelas tambahan.Apa-apa pun aku tak akan ceritakan hal semalam kerana sudah terlewat.Aku ingin menceritakan kisah kehidupanku pada hari ini.

Seperti biasa aku akan ke gedung ilmu untuk menuntut ilmu.Sejak 3 Februari tempoh hari aku belum dapat melihat wajah Gadis Lima Bintang.Alhamdulillah hari ini aku dapat melihat wajahnnya ketika dia menaiki tangga untuk ke tingkat tiga.

Ketika pertukaran mata pelajaran berlaku,Ain mengambil kesempatan dari tingkap memanggilku.Dia ingin menceritakan tentang dia ke kafe siber dan telah membaca isi kandung laman blog CaFE LaKsMaNa PaLmYrA "NetWork".

"Wei Put,muka awek kau macam muka kecik eh?",katanya.

"Tak lah",balasku ringkas sambil menggelengkan kepala menafikan kenyataan tersebut.

"Aku buka blog kau tu macam-macam gambar ada,ada gambar budak hostel ,gambar budak Gaza,ada apa entah lagi,..macam-macam kau tulis",katanya.

Aku hanya tersenyum.

"Wei macam mana nak bagi komen dekat blog kau tu,aku ingat nak komen",kata Ain.

"Lah,tak akan tak jumpa,bukan ke dekat bahagian kiri bawah catatan tu ada tulis komen?",jawabku.

"Ya ke?Aku tak reti lah",katanya.

Aku yakin dan percaya dengan mulut Ain yang sememangnya tak boleh menyimpan sebarang berita,pasti isi kandungan blogku itu akan menjadi satu bahan cerita dalam kelas 3 KRK 2,kelas lamaku.

Sewaktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani,pelajar lelaki akan ke kelas 3 KRK 2 bersama pelajar lelaki kelas sama.Ketika Hanif,sahabat yang menjadi tempat mengadu dahulu memanggilku.Aku sudah tahu apa yang dia nak cakapkan kepadaku.

"Wei Putera,Ain kata dia buka blog kau dalam tu ada gambar Atika eh,budak 2 Cekal?",soalnya.

"Tak tahu,tak kenal lah",balasku

Aku sengaja berpura-pura untuk dapat kepastian.

"Ala,takkan kau tak kenal,Atika,2 Cekal,ingat tak dulu orang ramai cakap kau suka dia",katanya

Aku suka dia?Entah bagaimana kenyataan ini boleh keluar?Dari mulut siapakah sebenarnya fitnah dajjal ini terus disebarkan?Mungkin ramai menganggap Gadis Lima Bintang yang selama ini aku perkatakan adalah dia.Apa boleh aku buat,hanya tergelak dalam hati menyaksikan fitnah terus tersebar dari seorang ke seorang yang lain.

"Ish,itu memang melampau gila,fitnah!!",kataku

Belum sempat aku menyatakan hal sebenar Firdaus pula memanggilku sambil berkata.

"Hoi,Ain kata dalam blog kau ada gambar Atikah Othman 'seorang',kan.Kau memang suka dia,kan?",katanya

Tiba-tiba cikgu masuk ke dalam kelas.Tak sempat untukku memperbetulkan keadaan dan kenyataan serta membersihkan namaku.Anda semua boleh lihat kebenarannya di sini.Kenyataann 'seorang' itu sama sekali tidak benar.Bukan gambar dia seorang sahaja malah gambar budak lain termasuk bekas teman wanitaku,Nur Arisya Alia Binti Adam Daniel juga turut aku muatkan dalam catatan sama.

Kenyataan kedua yang ingin aku perbetulkan ialah "Aku suka dia".Pernahkah selama ini aku berkata demikian?Mengapa kisah hidupku penuh dengan fitnah?

Suka hatilah...

Gadis Lima Bintang(*****) tetap 'dia'

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara