3 Februari 2009

by - 5:12 PTG

3 Februari merupakan hari ulang tahun adik kesayanganku.Selamat ulang tahun yang ke-3 diucapkan kepada Puteri Nurul Faradina Binti Suhasi.

Hari ini aku ke sekolah penuh dengan kegembiraan dan harapan.Aku telah berjanji,jika aku tidak dapat melihat wajah Gadis Lima Bintang itu,maka aku akan batalkan hasratku untuk memiliki hatinya.Prestasi pelajaran dan apa-apa aktiviti semuanya menurun sejak aku sudah lama tidak melihat wajahnya.Mungkin dia adalah pemangkin semangatku.

Setelah aku tiba di kelas pada pagi ini aku rasa ada satu kelainan.Ramai pelakar yang berada di situ memandang ke arahku.Aku pelik,mungkin hari ini aku sedikit lewat ke sekolah.Belum sempat aku meletakkan bagasiku di kerusi,Ahmad dari kelas sebelah berlari ke arah aku seperti menerima perintah dari seorang raja.

"Putera,Fitrah panggil kau kat sebelah",katanya.

"Biarlah,aku ada kerja lah",balasku

Menurut firasatku,sesuatu yang tidak baik akan berlaku jika aku ke kelas sebelah kerana pada malam semalam aku telah dapat satu mimpi yang mempunyai banyak pesanan.Aku hanya mengendahkan panggilan Fitrah,bukan kerana sombong namun aku takut diriku akan diguling dan ditombangkan,tak tahu mengapa.

Pada waktu rehat aku rasa sesuatu menghampiri aku.Sesuatu yang kemerah-merahan,cantik,bercahaya,apakah ia?

"Tentu Gadis Lima Bintang",bisik hati kecilku.

Rupa-rupanya benar,dia dari belakang lalu di depanku.Aku tak dapat lihat wajahnya.Hampa terus mendatang.

Fitrah lalu depan kelasku sambil memanggil nama "PacaK" dan memperlihatkan sekeping gambar.Sangkaan Fitrah meleset sama sekali,dia beranggapan aku minat dengan salah seorang rakannya dalam gambar itu.Sedih dan malang sekali,Fitrah,gelak hatiku.

Sesi pembelajaran pada hari ini amat menyeronokkan.Ketika pelajaran Pendidikan Islam dijalankan aku rasa sungguh segar.Ada sesuatu yang berlaku pada hari ini namun aku masih tidak dapat menemukannya.Mungkin tuah ulang tahun adikku.Aku sempat menceritakan tentang kisah "Istinjak Main-main" pada waktu pelajaran sama dijalankan,sehingga aku dipanggil 'Ustaz Amirul'.

Ketika pulang,aku keluar kelas lewat kerana menemankan Saiful untuk memberikan alasan kepada Puan Mualiamah bahawa dia tidak boleh hadir pada latihan petang ini.

Semasa keluar,Arif bertanya kepadaku.

"Putera,kau naik basikal ke?",katanya.

"Taklah,aku naik van",jawabku.

Sebenarnya Gadis Lima Bintang ada di belakangku dan sedang mencuri dengar perbualan aku dan Arif.Aku lihat wajahnya kemerah-merahan,tak tahu mengapa.Mungkin penat seharian menuntut ilmu di gedung ilmu.Inilah rupanya tafsiran mimpiku.Alangkah bahagianya apabila hasratku untuk melupakannya tidak kesampaian."Satu percubaan,harus kusedar...memberi erti dalam hidup ini".Sudah lama aku tidak melihat wajahnya,hampir dua minggu.Aku yakin dan percaya aku akan dapat memperkasakan diriku menjadi insan berguna setelah dapat melihat wajahnya.

Melihat dari raut wajahnya dan senyumannya yang manis,aku pasti dia telah mengetahui hal sebenar bahawa aku asyik memerhatikan dia.

Persoalannya,siapa yang aku suka?Aku suka arwah atau Gadis Lima Bintang[*****]?Mengapa tiba-tiba hati ini beria-ia nak akan 'dia'?Entahlah,..Kehidupanku sebagai PacaK pada 3 Februari,hari bertuah.

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara