• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook twitter instagram Email

PUTERA AMIROOL FAEZ

| Dreadfater | Law & Jurisprudence | Bitcoin |

Jumaat lalu Supreme Court of US telah memutuskan untuk membenarkan hak kebebasan perkahwinan sama jantina. Di laman sosial seperti Fcebook dan Twitter, ramai ''experts'' yang memberikan pendapat mereka tentang isu berbangkit yang panas lagi berapi ini. Ramai yang menyokong, ramai juga yang menentang keputusan mahkamah tersebut.


Secara peribadi, aku tidak menyokong dan sekeras-kerasnya pengamalan perkahwinan hubungan sama jantina atau lebih dikenali dengan nama LGBT(Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender). Aku bawa 5 hujah di sini.

1. Budaya LGBT bertentangan dengan hukum alam (Nature).

Hukum alam hanya mengakui wujudnya perkahwinan atau hubungan dua makhluk berlainan jantina. Mengikut hukum biologi juga, mamalia bertulang belakang dilahirkan sebagai uniseksual dengan jantina yang berbeza.

Jika lelaki, pasangannya wanita.

Jika jantan, pasangannya betina.

Tidak diragukan lagi.

2. Merosakkan institusi keluarga.

Siapa yang mahu jadi suami? Siapa pula yang mahu menjadi isteri?

3. Secara umumnya, agama-agama di dunia ini, menghalang LGBT.
Islam
"Do you approach males among the worlds And leave what your Lord has created for you as mates? But you are a people transgressing."
Quran , Surah 26 (165-166),
Judaism
 "[A man] shall not lie with another man as [he would] with a woman, it is an abomination" (Leviticus 18:22)
 Zoroasterianism

The man that lies with mankind as man lies with womankind, or as woman lies with mankind, is a man that is a Daeva [demon]; this man is a worshipper of the Daevas, a male paramour of the Daevas 
 Banyak lagi agama yang menentang pengamalan seks songsang ini.

4. Ada hak yang lebih penting untuk diperjuangkan.

Demokrasi liberal pula sudah haru biru prinsipnya, ada ketika mempertuhankan majoriti, pada ketika yang lain pula berkecamuk memenuhi kehendak individu dan minoriti.

Manusia keliru dengan human rights yg lebih patut di prioritized. Ramai lagi manusia yang tak cukup makan, kaum gelandangan, miskin proletriat yang kedana melarat. Daripada habiskan tenaga memperjuangkan human punya sexual desire, lebih baik salurkan tenaga kepada perjuangan membantu orang2 golongan bawahan yang miskin ni.

Nafsu asas manusia ialah MAKAN dan bukannya SEKS. Lebih baik perjuangkan bagi orang miskin makan daripada bagi orang lampias nafsu.

Amerika ni pun kurang cerdik. Walhal ramai sahaja kaum miskin dan homeless people di merata jalanan di negara tersebut.

Untuk masyarakat dunia yang lain,,, Lebih baik kita perjuangkan Orang Bawah, daripada perjuangkan 'organ bawah'.


Aku tidak reda jika kebebasan ini menular ke bumi Malaysia yang tercinta ini. Walaubagaimanapun, sebagai seorang mahasiswa undang-undang, aku mengakui hujah pihak yang menyokong bahawasanya undang-undang di Amerika Syarikat tidak mengikat undang-undang di Malaysia sama sekali.

Benar.

1. Sifat undang-undang untuk tujuan amalan dalam satu prosiding mahkamah terbahagi kepada dua, iaitu, mengikat (binding) dan memujuk (persuasive).

Binding bermaksud undang-undang tersebut perlu diikuti dan diaplikasikan terhadap kes tertentu. Sifat persuasive pula memerlukan seseorang peguamcara atau peguamcara untuk memainkan peranan di mana beliau perlu memujuk, membantu dan meyakinkan hakim mengikut standard tertentu untuk menggunapakai prinsip yang terdapat dalam sesebuah kes yang bersifat persuasive.

Bagi aktivis dan pejuang LGBT di Malaysia, sudah pasti mereka gembira dengan keputusan US Supreme Court yang membenarkan perkahwinan sejenis. Tidak mustahil, jika suatu hari nanti, mereka mengambil langkah untuk mendesak institusi kehakiman di Malaysia supaya mengiktiraf hak kebebasan orientasi seks mereka. Bagi peguam-peguam mereka, mereka akan memujuk mahkamah untuk menerima prinsip dalam undang-undang tersebut.

2. Kajian akademik dilakukan dengan kaedah comparative analysis methodology. Tidak mustahil sekiranya kajian akademik yang dilakukan oleh ahli akademik mahupun pelajar institusi pengajian tinggi akan melalukan perbandingan kajian mereka dengan negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat.

Sebagai kesimpulan, aku tetap mahu menggunakan hak kebebasan bersuara untuk menyatakan pendapat bagi menunjukkan ketidaksetujuan terhadap keputusan mengiktiraf perkahwinan sejenis.

References:
  • http://www.reuters.com/article/2015/06/28/us-usa-court-gaymarriage-idUSKBN0P61SW20150628
  • http://thetruereligion.org/modules/wfsection/article.php?articleid=45
  • http://www.somethingjewish.co.uk/articles/219_liberals_recognise_c.htm
  • http://www.cais-soas.com/CAIS/Religions/non-iranian/Judaism/Persian_Judaism/book2/



Share
Tweet
Pin
Share
1 Bekas Tapak Kaki Pengembara
Newer Posts
Older Posts

PENULISAN BLOG INI

Segala penulisan dalam blog ini menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya menulis mengenai Perundangan Jurisprudens, Bahasa Melayu, Matawang Kripto Bitcoin, Bisnes Usahaniaga, Pandangan Isu Semasa dan Hari-Hari Kehidupan Yang Saya Jalani.

About me

About Me

PEGUAM PENULIS PENUNGGANG KUDA BITCOIN ENTHUSIAST

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • youtube

Halaman

  • @Zeaf_Isahus
  • Home
  • Kajian

Categories

Pengikut

recent posts

Sponsor

Blog Archive

  • Julai 2017 (1)
  • Mei 2017 (1)
  • Februari 2017 (2)
  • Januari 2017 (2)
  • Disember 2015 (2)
  • Julai 2015 (1)
  • Jun 2015 (1)
  • Mei 2015 (2)
  • Februari 2015 (1)
  • Disember 2014 (4)
  • Oktober 2014 (1)
  • September 2014 (2)
  • Ogos 2014 (2)
  • Jun 2014 (1)
  • Disember 2013 (2)
  • November 2013 (1)
  • September 2013 (1)
  • Mei 2013 (4)
  • April 2013 (7)
  • Mac 2013 (1)
  • Februari 2013 (1)
  • Januari 2013 (3)
  • Disember 2012 (4)
  • November 2012 (3)
  • Oktober 2012 (1)
  • September 2012 (3)
  • Ogos 2012 (1)
  • Jun 2012 (1)
  • Mei 2012 (4)
  • April 2012 (6)
  • Mac 2012 (5)
  • Januari 2012 (3)
  • Disember 2011 (3)
  • September 2011 (2)
  • Ogos 2011 (1)
  • Jun 2011 (4)
  • Disember 2010 (5)
  • Disember 2009 (1)
  • November 2009 (1)
  • Oktober 2009 (3)
  • Mac 2009 (3)
  • Februari 2009 (7)
  • Januari 2009 (10)
  • Disember 2008 (4)
  • November 2008 (4)
  • Oktober 2008 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates