• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook twitter instagram Email

PUTERA AMIROOL FAEZ

| Dreadfater | Law & Jurisprudence | Bitcoin |

Terdapat 4 peringkat dalam pelaksanaan jenayah yang lengkap.

Niat (Intention)

"Intention is an internal manifestation"

-Prof Madya Dr Nuretina-

Itulah yang disebutkan oleh Prof Etina semasa pengajian tahun pertama semester satu dalam subjek Undang-Undang Kontrak.

Niat ialah lintasan hati yang hanya diketahui dan difahami oleh individu itu sahaja. Niat tidak dapat dilihat ataupun didengar oleh pancaindera, tetapi dapat ditafsirkan melaui perbuatan ataupun perkataan yang tersirat daripada lisan individu yang berniat.

Walaubagaimanapun, niat jahat individu tidak menjadikan beliau bersalah. Tidak kira sama ada beliau berniat mahu melakukan pembunuhan melaui  tembakan pistol, tikaman pisau, rancangan kemalangan maut, hayunan parang, dan sebagainya.

Menurut J.C. Smith & Brian Hogan, Individu yang berfikir bagi melakukan jenayah belum dapat dianggap melakukan jenayah. Niat wujud tetapi sekiranya jenayah tidak wujud ataupun berlaku, ini bererti jenayah itu tidak dilakukan.

Secara logiknya, tidak dapat tidak seorang daripada kita pernah memikirkan untuk melakukan jenanyah. Namun, niat itu kita batalkan mungkin kerana takut menerima hukuman yang berat ataupun kerana iman yang sahih.

Jika dengan hanya berniat sahaja seseorang itu layak dihukum, setiap manusia di dunia ini akan dihukum.

Norma kehidupan manusia adakalanya memikirkan bagi melakukan kejahatan, tetapi membatalkannya apabila terfikir akibat yang timbul hasil daripada perbuatan itu dan hukuman yang menanti. Apabila dibuat penelitian kepada punca yang mendorong individu melakukan kebinasaan atau jenayah, perkara ini timbul akibat perasaan hasad dengki, iri hati, cemburu membuta tuli, hasutan, marah, sakit hati, keinginan seks yang membuak ataupun desakan pihak atasan dan gelap dunia memandang habuan upah lumayan.

Kepada individu yang dapat membuat pertimbangan wajar, perasan-perasan negatif tadi hanya lintasan di hati. Namun, pada mereka yang dikuasai nafsu amarah, mereka mengambil langkah seterusnya, iaitu membuat persiapan


Persediaan dan persiapan (Preparation)

Bagi jenayah biasa, individu yang sudah mula mempunyai niat jahat (mens rea) melakukan tindakan seterusnya iaitu menyediakan bahan-bahan ataupun alatan bagi merealisasikan niatnya. Andainya si individu berniat mahu membunuh, beliau mencari senjata yang dapat mengakibatkan kematian seperti parang, pisau bayonet, pedang samurai, bom, senapang M4, bedil, meriam, pistol dan sebagainya. Andainya dia mahu melakukan jenayah membakar bangunan (arson), beliau mencari bahan mudah terbakar semacam minyak petrol, mancis, tong gas dan sumber api.

Percubaan (Attempt)

Percubaan ialah peringkat apabila penjenayah melakukan jenayah tetapi, terhalang daripada mencapai apa yang dimaksudkan. Hal ini terjadi kerana terdapat halangan ataupun gangguan ketika mana dia melakukan jenayah sehingga perbuatan itu dihentikan.

Perlakuan jenayah yang lengkap (Action)

Apabila segala perbuatan yang mencapai maksud jenayah dapat disempurnakan mengikut kehendak dan perancangan, jenayah ini dianggap sudah dilaksanakan dengan lengkap. Pada tahap ini, individu yang ditangkap selepas menyempurnakan perbuatan jenayah perlu berhadapan dengan liabiliti atas jenyaah yang dilakukan. Kecuali dia dapat menimbulkan pembelaan di bawah peruntukan yang ditetapkan dalam kanun keseksaan. Penjenayah dianggap menangung liabliti jenayah sekiranya didapati perbuatannya itu mengakibatkan hak-hak mangsa yang dijamin oleh undang-undang sudah terhakis.




Share
Tweet
Pin
Share
1 Bekas Tapak Kaki Pengembara
Penceramah

Shaikh D. Abdulmehsin Mohammad Alqasim. Imam Masjid Nabawi Madinaj & Gazi of Madinah Court.

Pesanan al-Fadhail Shaikh dalam Adab Menuntut Ilmu.

Warga muda mudi mengharungi fitnah dalam hidup. Pelajar-pelajar, mahasiswa dan tholibul ilmi perlu ingat mereka berjuang fisabilillah, di jalan Allah. Seseorang pelajar perlu ikhlas dalam menuntut ilmu. Ilmu-ilmu yang dipelajari akan dapat menyumbang kepada pembangunan ummat Islam.

Kesusahan dan jerih perih yang dihadapi oleh seorang penuntut ilmu adalah mujahadah. Apa yang perlu digenggam oleh seseorang penuntut ilmu ialah KESABARAN. Allah akan angkat darjat seorang yang berilmu. Teladan yang terbilang ditunjukkan daripada kesungguhan imam-imam besar terdahulu seperti Imam Ahmad rahmatullahaalaih dan wajar dicontohi oleh setiap mahasiswa masani. Imam Ahmad sanggup berjalan jauh dan bersabar dalam menuntut ilmu. Disebabkan mujahadah yang mereka hadapi, mereka ini diakui sebagai individu yang hebat. Dalam usia yang masih kecil lagi mereka berkemampuan menulis hadis, kitab, tafsir dan hafalan yang mantap.

1. Jaga Agama

Dengan berpegang teguh kepada dan memelihara agama, kita alan menjadi kuat.

2. Jaga Solat

Bagaimana mahu menjaga agama? Sebagai seorang penuntut ilmu, menjaga agama dapat dilakukan dengan menjaga solat.

Jaga solat subuh, Allah jaga kita dari waktu pagi pada hari tersebut. Jangan pernah abaikan solat. Solat akan menjadi pendinding dan Allah akan bimbing kita melalui perantaraan solat.

3. Tilawatul Quran.

Bacalah al-Quran. Al-Quran adalah Nur. Al-Quran akan menjaga pembacanya.

4. Jaga aurat

Seorang wanita perlu taat dalam hukum hakam menutup aurat. Seseorang perempuan yang menutup aurat telah 1/3 menyediakan dirinya ke syurga, ditambah lagi dengan taat kepada suami dan menjaga solat.

5. Aktiviti Menghafal

Menghafal adalah penting. Hafalan merupakan asas kepada penulisan. Pelajaran akan lekat dalam fikiran jika kita hafal. Daripada hafalan, pemahaman akan terbentuk mengikut peringkat.

6. Formula Hafal Quran

Di pagi hari, sekurang-kurangnya baca 3 muka surat.

Kesimpulan

Semoga kita dapat amal.
Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara


Dr. Howard Gardner telah mengutarakan konsep multiple intelligences atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Konsep Kepandaian Majmuk. Konsep ini memaparkan 8 teori kepintaran yang dimiliki oleh manusia. Terdapat banyak upaya yang boleh digembleng untuk menjadikan seseorang anak itu memperoleh kemahiran yang sewajarnya. Dalam erti kata yang lain, pelajaran mampu diperoleh dari pelbagai perspektif yang berbeza.

Tugas ibu bapa dan penjaga adalah untuk MERANGSANG kepintaran yang dimiliki oleh cahaya mata mereka. Lagi awal, lagi baik. Bak ditutur lidah leluhur terbilang, "melentur buluh biarlah dari rebungnya." . Sekiranya ibu bapa berasa terlewat sekalipun, jangan pernah berputus asa untuk melaksanakan peranan yang dipertanggungjawabkan terhadap anak. Masa sudah lambat, tapi masih sempat.

Prinsip Multiple Intelligences merangkumi 8 cabang utama:-



1. Kepandaian Linguistik atau Bahasa

Kepandaian berfikir ditunjukkan secara logik. Kemampuan bicara yang hebat dan lancar menggambarkan kemahiran berfikir secara logik yang turut mengagumkan. Kelebihan anak yang mempunyai jenis kepandaian linguistik adalah ketika mengolah bahasa ketika berbicara.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian bahasa dengan:

Mengajak anak-anak berbual dengan kerap

Berteka-teki

Bacakan buku cerita secara rutin

Ajar dan nyanyikan lagu yang sesuai mengikut usia anak

Sediakan bahan bacaan bagi menambah perbendeharaan kata.



2. Kepandaian Logik dan Matematik

Seseorang yang mempunyai kemahiran logik, mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah. Anak-anak di bawah kepandaian ini lebih bersifat analisis-konseptual.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian logik dengan:

Perbanyakkan buku rujukan berkonsepkan matematik

Adakan permainan menarik mengira, mencari alat main berbentuk-bentuk, bermain monopoli, berlakon berjual beli

Menyelitkan konsep matematik dalam semua kegiatan di rumah, mengira botol air.



3. Kepandaian Alamiah

Kemampuan alami adlah kemampuan dalam mengenal, memahami, bekerjasama, dan menyelaraskan diri dengan alam semula jadi. Suka kepada flora dan fauna. Suka mengamati alam semula jadi. Memupuk sifat kasih sayang yang tinggi.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian bahasa dengan:

Ajak anak bercucuk tanam. Biarkan anak menjaga dan menguruskan tanamannya.

Beri peluang anak menjaga haiwan.

Ajak anak ke zoo atau taman rekreasi.



4. Kepandai Visual-Istimewa

Kepandaian ini melibatkan imaginasi aktif.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian visual-istimewa dengan:

Bermain puzzle atau blok-blok.

Tanya arah jalan.

Kenalkan konsep bentuk.

Ajak anak mengamati keadaan sekeliling.

Guna peta ringkas dalam permainan.

Ajak anak bermain dengan bayang-bayang.

Sediakan alat-alat melukis.



5. Kepandaian Interpersonal

Kemampuan dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan orang lain. Orang yang mempunyai kemahiran ini berbudai luhur dan berpekerti mulia.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian bahasa dengan:

Komunikasi galakkan anak-anak mengutarakan pendapat.

Hubungan dengan orang lain dan belajar mengucapkan terima kasih.

Kasih sayang lawat rumah anak yatim, memberikan makan kepada haiwan.

Berkongsi dan bersedekah.

Menjaga hak milik.

Prihatin melawat kawan yang sedang sakit.

Berdikari ajar cara mandi, makan.

Perasaan bermain meneka raut wajah.



6. Kepandaian Intrapersonal

Kemampuan mengenal, mengembangkan potensi, meluahkan perasaan, serta mengendalikan diri.

Memerlukan gabungan kepandaian lain. Kepandaian Linguistik akan menghasilkan karja sastera yang menakjubkan.

Ajak berbual untuk meluah perasaan.

Sediakan diari, buku bergambar.

Selalu bercerita.



7. Kepandaian Muzik

Mereka yang mempunyai kepandaian ini amat peka dengan pola-pola ritma, irama, tempo dan alat muzik. Qari dan qariah termasuk dalam kalangan orang yang mempunyai kepintaran ini.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian bahasa dengan:

Ajar anak menyanyi.

Mainkan lagu dan menggunakan barang-barang sekeliling sebagai alat muzik.

Berikan anak peluang untuk menghasilkan karya lagu mereka.



8. Kepandaian Kinestik Badan (Gerak Badan)

Kemampuan ini adalah kemampuan seseorang meluahkan idea dan perasaannya melalui gerak badan. Anak-anak dengan kepintaran ini mempunyai keahiran motorik yang halus seperti menulis, menggunting dan menampal. Senang kata, mereka ini berseni dan berbakat dalam seni.

Ibu bapa perlu merangsang kepandaian bahasa dengan:

Ajak anak bersukan, bersenam, menari, bermain sorok-sorok, lompat tali, galah panjang, ting-ting.

Melipat origami, kraftangan, membuat rantai

Memberi ruang secukupnya untuk anak bergerak.



Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara
With Allah's wills, someday, I will extend the number of family members. I will get married with the one I love. From the marriage, a new family will be founded or formed. Then, we will have children. Children are basic mobility for the ummah. It is for the parents to equip the children to become great individuals who can contribute to the ummah, country and world that we live in.



When I have my new home, I want to establish a library. I would like to fill my home with great books. The children should be taught that to lead in their lives they must read in their days. One of the finest gifts parents can give to their children is a love of reading and a passion for good books. Any question of lives are contained in books. With reading, they can meet with great philosophers and wisest thinkers, and they can acquire wisdom as well as knowledge from them.


My Planning and Recommendations :


1. 3 Shelves For Books.

Parents should provide sufficient reading materials for their children. Books such as bedtime stories, religion, astronomy, aerospace, dinosaurs and fairy tales would be very interesting, compelling and suitable for children.


2. Schedule 30 minutes reading session.

Instead of spending time watching television and engaging with electronic digital devices, I plan and recommend a 30-minute reading session. This can be done daily or weekly.

In this modern days, parents have too little time to do too much work. Spending a quality 30-minute reading with children would strengthen the bonding of the family.

The basic idea here is the parents read to their children and explain to them the value or knowledge in the books. It can be done in vice versa, anyway. This could sharpen the communication and critical thinking skills of the children.

I believe this nightly ritual would influence the children's lives in a much positive way.


3. Lead by example.

We live in a world where we blame others. We do not want to read because our parents did not read. Children do not want to read because we do not read. To encourage others to to do something, we have to show them first how to do it.

By showing to the children the habit of reading, will cultivate the love of reading to them.

Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara
Newer Posts
Older Posts

PENULISAN BLOG INI

Segala penulisan dalam blog ini menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya menulis mengenai Perundangan Jurisprudens, Bahasa Melayu, Matawang Kripto Bitcoin, Bisnes Usahaniaga, Pandangan Isu Semasa dan Hari-Hari Kehidupan Yang Saya Jalani.

About me

About Me

PEGUAM PENULIS PENUNGGANG KUDA BITCOIN ENTHUSIAST

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • youtube

Halaman

  • @Zeaf_Isahus
  • Home
  • Kajian

Categories

Pengikut

recent posts

Sponsor

Blog Archive

  • Julai 2017 (1)
  • Mei 2017 (1)
  • Februari 2017 (2)
  • Januari 2017 (2)
  • Disember 2015 (2)
  • Julai 2015 (1)
  • Jun 2015 (1)
  • Mei 2015 (2)
  • Februari 2015 (1)
  • Disember 2014 (4)
  • Oktober 2014 (1)
  • September 2014 (2)
  • Ogos 2014 (2)
  • Jun 2014 (1)
  • Disember 2013 (2)
  • November 2013 (1)
  • September 2013 (1)
  • Mei 2013 (4)
  • April 2013 (7)
  • Mac 2013 (1)
  • Februari 2013 (1)
  • Januari 2013 (3)
  • Disember 2012 (4)
  • November 2012 (3)
  • Oktober 2012 (1)
  • September 2012 (3)
  • Ogos 2012 (1)
  • Jun 2012 (1)
  • Mei 2012 (4)
  • April 2012 (6)
  • Mac 2012 (5)
  • Januari 2012 (3)
  • Disember 2011 (3)
  • September 2011 (2)
  • Ogos 2011 (1)
  • Jun 2011 (4)
  • Disember 2010 (5)
  • Disember 2009 (1)
  • November 2009 (1)
  • Oktober 2009 (3)
  • Mac 2009 (3)
  • Februari 2009 (7)
  • Januari 2009 (10)
  • Disember 2008 (4)
  • November 2008 (4)
  • Oktober 2008 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates