Si Cacat Cakap Cinta
Aku pernah terbaca sebuah kisah.
Sebuah kisah mengenai paderi yang menyebarkan mesej cinta.
....
" Thank god, I am an atheist," kata seorang pemuda dengan angkuh.
"It is okay if you don't believe in God, but remember He always believe in you," Paderi Cinta terus memujuk.
....
Bukankah agama Islam seyogianya lebih hebat daripada ini?
Berkata tentang cinta. Aku bukanlah layak untuk memperkatakannya.
Masih banyak koyak dan cacat cinta ini. Ketinggalan jauh berbanding cinta sempurna.
Namun apalah salahnya untuk aku memperkatakan cinta.
Kerana aku manusia. Kerana aku makhluk Allah. Aku hamba Allah.
Cinta itu merupakan suatu yang fitrah dan suci.
Kerana ia milik Allahu Rabbi.
Tidakkah kita pernah tertanya mengapa Allah yang mempunyai 99 asma, mahu namanya Ar-Rahman disandingkan bersama dengan Ar-Rahim?
Bukan Jabbar. Bukan Muntaqim.
Allah mahu sekali hamba-hamba-Nya mengenali-Nya sebagai Tuhan yang maha kaya.
Maha Kaya dengan CINTA.
Kehebatan Cinta Allah lebih suka mengampun daripada menghukum.
Alangkan dengan berwuduk sahaja dosa-dosa kita telah terampun.
Dengan senyuman di bibir, dosa terampun.
Ini apatah lagi jika seorang pendosa datang kepadanya memujuk rayu dalam keadaan taubat nasuha dan beristighfar.
Kita umat pendosa.
Kecil atau Besar. Kita tetap berdosa.
Kita fikir dosa kita tak terampun kerana dosa kita besar. Tersangatlah besar.
Besar mana dosa kita?
Adakah sebesar rumah yang kita duduki?
Sangat besar.
Adakah sebesar dunia yang kita diami?
Sangat besar bahkan lebih besar.
Adakah sebesar alam ciptaan Allah yang kita lihat ini?
Besar, sangat besar, lebih besar dan tersangat besar.
Adakah lebih besar berbanding sifat PENGAMPUN Allah?
------
Allah itu maha Pengampun kerana Dia maha kaya dengan CINTA.
"Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53)
Rasailah, rasa ini.
Hayatilah, hayat ini.
Jiwailah, jiwa ini
Kasihilah, kasih ini.
Cintailah, cinta ini.
Jalanilah, jalan ini.
Jalan yang membawa kepada jalan MENGENALI.
Sehingga bertemu dan dijemput ke pertemuan KEKAL ABADI.
Zeaf I-sahus
Si Cacat Cakap Cinta.
2 Bekas Tapak Kaki Pengembara