• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook twitter instagram Email

PUTERA AMIROOL FAEZ

| Dreadfater | Law & Jurisprudence | Bitcoin |




"Keikhlasan mengukir madah,
Seorang kekasih cukuplah sudah,
Tak ingin kumenambah,
Tak jua ingin kuberpisah,

Namun, di manakah dikau?

Kau tidak di sini,
Kau jauh di mata jiwa ini,
Andai terlukis takdir Ilahi,
Suatu hari pertemuan kita bakal tersakti,

Hatiku telah dibuka oleh sang Srikandi,
Ruang dalamnya masih tak berpenghuni,.

Bidadari. Putri. Srikandi.
Permaisuri. Suri.
Dikau punya hak konsesi di bahagian hati ini,.."





Malam tadi, tiba-tiba sahaja aku tergerak hati untuk melukis.
Inilah hasilnya. Masih kasar seninya. Masih banyak yang perlu aku belajar.
Sejak malam tadi, aku jadi minat pada seni.
Share
Tweet
Pin
Share
4 Bekas Tapak Kaki Pengembara
Menjelang musim pilihanraya ini, politik menjadi topik hangat perbualan. Tak kira tua, muda, berpelajaran, tau tidak, di bandar, di kampung, kedai kopi, warung, jalan raya, alam maya.

Sampaikan ada yang sudah naik bosan.

"Tak seronok betullah musim pilihanraya ni. Tiap-tiap hari politik. Aku buka TV, cakap pasal politik. Aku lepak kedai mamak, politik. Aku buka radio, iklan kempen politik. Aku buka Facebook, politik. Twitter pun sama. Politik. Politik. Politik.. Bosannya aku." keluh Azizan.

"Biasalah tu. Nak buat macam mana? Negara kita, negara demokrasi berparlimen. Kenalah ada pilihanraya." Rafiq bersuara.

"Aku tak kisah mereka berpolitik. Tapi aku tak setuju sebab mereka caci-mencaci, cela-mencela, fitnah-menfitnah. Buka aib orang. Kotorlah politik ni." Azizan tetap tak berpuas hati.

"Sebab tulah kita kena mengundi. Pilih mereka yang layak berada dalam politik sahaja. Mereka yang tak kotorkan politik. Nampak tak kenapa kita perlukan pilihanraya?." Rafiq menerangkan dengan tenang.

"Yalah tu Rafiq. Tapi aku teringin nak tahu. Kau sokong parti mana untuk wakil rakyat Palimen dan Dewan Undangan Negeri kawasan kita ni?" soal Azizan.

"Aku tak sokong mana-mana parti pun. Aku sokong calon dan individu-individu tertentu sahaja." jawab Rafiq.

"Apa maksud engkau, Rafiq?" inkuiri Azizan semakin tinggi untuk memahami perkataan-perkataan Rafiq.

"Memang benar, parti yang menang majoriti itu yang akan memerintah negara. Tetapi, pada pendapat aku,individu dalam parti itu belum tentu semuanya baik atau semuanya buruk. Jika dia calon UMNO, belum tentu dia korup. Jika dia calon PKR, belum tentu dia mahu perjuangkan nasib rakyat. Jika dia calon PAS, belum tentu dia pandai memerintah. Jadi aku mengambil keputusan untuk sokong wakil rakyat yang berwibawa dan mampu memperjuangkan untung nasib rakyat sahaja." Rafiq menjawab.

----------

Dalam sesebuah parti.
Tak dapat dinafikan. Ada yang baik. Ada yang mangkuk hayun.
Tak adil bagi aku untuk kata UMNO itu semua ahlinya korup.
Tak adil bagi aku untuk kata PAS itu semua ahlinya bersih.

Dalam mana-mana parti pun. Paling tidak pun satu orang.
Pasti ada yang MANGKUK HAYUN.

Sekadar pandangan peribadi.
Selamat mengundi mereka yang baik dan berkaliber.



 



Jangan mengundi yang MANGKUK HAYUN.
Share
Tweet
Pin
Share
5 Bekas Tapak Kaki Pengembara
Mama tiada di rumah. Mama dimasukkan ke hospital kerana ketumpahan darah disebabkan rahim yang tidak kuat. Alhamdulillah, foetus dalam rahim tidak terjejas dan Mama kian pulih.

Tugas Mama di rumah, aku dan Papa yang gantikan nampaknya.

Pagi ini aku bangun Subuh. Papa kejutkan. Lalu aku kejutkan Awina.

"Ayang, bangun. Kata nak bangun awal." aku mengejutkannya.

"Kenapa Abang tak kejut pukul 6.30 ?" soalnya sejurus bangkit dari tidur. Awina suka bangun jam 6.30. Awina akan marah jika mengejutkannya lewat. Awina ada 'duti tertentu' di rumah tingkat bawah.

"Ni pukul 6.30 lah ni. Jom bangun," aku meyakinkannya.



"Abang pergi sembahyang dulu, Ayang nak susun 'bear' Ayang dulu,". Inilah duti anak-anak kecil. Mereka ada rasa tanggungjawab terhadap anak patung dan alat permainan mereka.

Sambil aku bersolat, dia menyiapkan sendiri barang-barang yang mahu dibawa ke sekolah.

Selesai solat Subuh.

"Ayang Awina! Mandi!" Aku memanggilnya.

"Hari ni Ayang pakai baju kuning." Awina mengingatkan seperti hari-hari biasa walaupun Mama yang uruskan.

"OK," aku jawab sebagai tanda faham.

Aku pun memandikan Awina.

"Abang, bukalah air panas! Ayang sejuk ni! Mama selalu mandikan Ayang pakai air panas!" dia mengarah dengan nada yang agak tinggi. Biasalah. Anak kecil memang akan berasa hatinya mahu marah tatkala pagi hari. Aku juga dahulu begitu. Tidak adil bagiku untuk membalas marahnya dengan kemarahan.

"Oh, sorry, Abang lupa." aku balas dengan meminta kemaafan.

"Abang! Ikatlah dulu rambut Ayang sebelum mandi! Macam Mama selalu buat!" marahnya lagi.

"Oh, sorry, Abang lupa. Mari sini Abang ikatkan dulu." aku cuba uruskannya dalam keadaan tenang.

Selesai mandi.

"Abang! Sejuklah! Janganlah tanggalkan tuala ni! Mama tak tanggalkan tuala pun." marahnya lagi.

"Oh, sorry, Abang lupa. Lap badan dulu. Bila badan kering, barulah tak sejuk." terus bertenang.

"Ish! Abang! Baju ni terbalik lah! Yang ni dekat belakang! Yang ada gambar ni dekat depan! Itu pun tak tahu ke? Pakaikanlah macam Mama pakaikan!" sekali lagi dia menegur.

"Sorry ya. Abang tak sengaja. Abang tak tahu. Abang ingat yang gambar ni kat belakang." aku terus bertahan dalam keadaan yang positif.

"Abaaaannnggg!!! Tolonglah zipkan. Macam mana Ayang nak zip sendiri. Zip baju ni kat belakang! Selalu, Mama yang zipkan." dia terus memperbetul aku.

"Oh, sorry, Abang lupa. Sini Abang zipkan." positif.

"Abang! Kenapa tak susun kerusi! Ayang nak duduk! Mama selalu susun kerusi dekat sini kalau Ayang nak pergi sekolah."

"Oh, sorry, Abang lupa. Kejap ya, Abang nak susun lah ni."

"Bukan macam ni!!" Dia pun menyusun sendiri kerusi-kerusi tersebut.

"Haa!! Macam ni Mama susun." Jari telunjuknya menunjuk ke arah kerusi, menerangkan aku susunan yang betul untuk menyusun kerusi-kerusinya seperti Mama buat tiap-tiap hari. Macam-macam karenah.

"Laaaahhh!! Yakah? Ok, esok-esok Abang susun macam ni." aku beri dia jaminan esok, pengurusan yang lebih baik.

Aku pun meninggalkannya dengan tanggapan sudah siap aku uruskannya. Tinggal lagi Papa yang hantar Awina ke sekolah.

"Abang!!! Betulkanlah 'ikat' rambut ni macam Mama buat." sambil menunjukkan ikatan di rambutnya.

Aku hampir tergelak. Aku ingat sudah habis urusan dengannya. "Opss. Sorry, Abang lupa. Nak ikat macam mana?"

"Ikat 'satu' je," arahan Awina.

"Betul tak macam ni?" soalku bagi kepastian.

Awina mengangguk tanda betul. Tetapi aku lihat ikatan di rambutnya tidak kemas. Senget sedikit ke kanan. Aku diamkan sahaja kerana jam sudah jam 7 pagi. Takut Awina lewat ke kelas.

"Abang!! Pakaikan kasut!" lalu aku pakaikan.

"Abang tak payah lekatkan kasut Ayang! Abang pasangkan je. Ayang yang lekatkan sendiri. Macam Mama buat." sekali lagi aku ditegur kesilapan.

Aku hanya diam kali ini.

Awina hulurkan tangan untuk bersalaman sebelum ke sekolah. Aku menyambut tangannya.

Awina pun menaiki kereta.


Macam-macam karenah Awina yang perlu Mama hafal setiap hari rupanya. Tiap-tiap hari inilah Mama hadapi. Begitulah tanggungjawab seorang ibu. Benarlah bak ditutur lidah pendeta "Ibu insan luar biasa. Saat tangan kanannya menghayun buaian anak, tangan kirinya menggoncang dunia., "

Awina marah memang comel. Sebijik macam gaya Upin & Ipin. Tak adil jika aku marah balik.

Maafkan Abang, Awina.
Abang tak mampu nak 'buat macam Mama'.
Share
Tweet
Pin
Share
8 Bekas Tapak Kaki Pengembara
 Tamat sudah zaman Asasi. Dua minggu sudah. Terkenang kembali jalan cerita hidupku pada awal hingga akhir Asasi. Waktu Minggu Destini Siswa, aku duduk menyendiri. Aku sengaja. Sebab bosan dengan MDS. Aku tak tegur siapa-siapa.

 

Dengan takdir jalan serita hidup yang Allah telah lukiskan untukku, aku bertemu dengan seorang insan yang mungkin suatu hari nanti menjadi tokoh pemikir. Dialah Zufar. Bekas pelajar MRSM Kuching Zufar tegur aku kerana aku pakai baju TGB. Tak sia-sia aku ke TGB, dapat juga nama. Secara tidak langsung orang senang kenal aku.

 

 Tak sangka aku dan Zufar sekelas. Pada awal lagi aku dapat merasakan Kelas LWAO2F adalah kelas terbaik. Tambahan pula, aku memegang jawatan CR setelah Zufar letak jawatan. Bajet gilerr!! =P

  



Di kelas, aku, Zubig dan Wanz akan duduk di barisan belakang. Main. Khayal. Bergelak tawa. Mengacau orang lain. Tidur. Itulah kerja kami sehari-hari.


 Ini gosip skandal sem I. Jangan risau. Mereka hanya main-main. Pernah sekali aku baca puisi depannya. Malu betul. Rujuk The Poem of Poems : Princess.


Prince, Jiha, Megan.
Kami Twinz. Forever alone.


  

Keputusan peperiksaan sem I amat membuatkan aku manusia yang bersyukur. Alhamdulillah. Aku cuma harap 3.5, tapi Allah beri lebih untuk gembirakan hati dan jadikan aku lebih bersyukur. 

''Sekiranya kamu mahu menghitung nikmat-nikmat Allah nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya.'' (Surah Ibrahim: 34)
  

Menjejakkan perjuangan sem II, aku sengaja aturkan supaya CR dipegang orang lain. Aku ingin fokus kepada komitmen luar UiTM. Adalah. Yang penting bukan MLM dunia. Tapi MLM Akhirat. Aku susunkan politik kelas dengan cara ubah keputusan undi. Pada asalnya, ahli kelas memilih aku secara majoriti. Aku lihat sendiri bagaimana ahli kelas memPERCAYAi aku. Aku amat hargai. Aku ubah supaya Nadirah menjadi CR. Nad jalankan tugas dengan sangat baik. Aku tabik kepadanya. Andai aku yang pegang jawatan CR belum tentu dapat buat sebaik Nad.

 

Kelas LWA02F menjadi kebanggaan  di Faculty Law. Alhamdulillah. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri dari mulut Madam Ilyana sendiri. Sehinggakan kelas LWA02F diberi peluang untuk beraksi di pementasan Annual Dinner Asasi.


Untunglah, dapat tangkap gambar dengan Madam Ilyana. -_-



Kami menari Bollywood. "Bole Chudiyan..."


Moot Court.


Free Study Tip: Bila anda mengantuk, tidur. Tak payah bajet nak membaca juga. Itu menipu diri anda sebenarnya. Apabila otak penat, ia perlu direhatkan. Bukan dipaksa membaca. Silap hari bulan ia boleh jammed.


Sahabat baik. Dialah sahabat aku yang asyik cakap 'English'. Mula-mula berbulu, sekarang sudah rindu.


F4


Bersama Fantastic 4. Lagi seorang Huda. Pergi mana, pasti bersama.
Mereka juga anak-anak dan cucu. :P


Ini bukan skandal. Ini Alin, lama rasanya tak ada kawan kepala gila-gila macam dia. Teringatkan aku kepada Sheila dan Mellisa.


Duke and Dutchess tema Annual Dinner kami.


Adman and I have successfully grown 'something' in Chyrel's mind. Keep it Chyrel. Bring it to Sabah.

 

Dia panggil aku KKK sebab orang fikir aku budak surau. -_-

 

She is almost a guy to me. Manis juga bila Chyrel bertudung.


Akan kurindui mereka. Aku paling tak dapat lupakan Adman dan Chyrel.


"Oppa Adman Selina style" katanya.


Faculty Law wajib kenal Syairah Khalil (SK). Gelak dan tawa, mengata orang, itulah kerja kami.


SK juga merupakan director drama kelas kami.


Sweet kan?


Drama.


Overwhelming Military. Mereka berbakat besar, walaupun selalu diam dalam kelas. Diam-diam ubi berisi. Lagi-lagi Mariam. Undeniable. Aku seorang pemerhati.


Izzatie Zainol aku nampak sifat keibuan dalam dirinya. Hafiza pula, Aku harap dia betul-betul jadi cikgu tadika suatu hari nanti.


Tudung Ungu. Insan 'Fevret' aku dan Ikhwan. Tak tahulah, Mizah Mezot lawak sangat. Selalu jadi bahan penceria gelak hati aku dan Ikhwan.

Ayna stalker.


Fatin pun stalker.

Kelas F memang nakal. -_-

Lakonan semata. Jangan risau, kami tak ada apa. Kalau ada pun, apa salahnya. :P


Ahli Group F.


Ahli tambahan Group LWA02F. Begitu ramai yang cemburu dengan kelas kami. Sebilangan ramai juga yang mahu menjadi ahli kelas kami. Kami tak kisah. Kelas F terbuka. Ukhuwah kelas F tak dapat dibanding dengan kelas-kelas lain. Aku bersyukur diletakkan dalam kelas ini.


TOP KLEDTS. Topi Keledar.


"Biar susah, asal bersama," -Solihin Faeez-



Top Kledts ke Pulau Pangkor. Ukhuwah kami semakin rapat. Ini merupakan memori buat kenangan untuk dibawa pulang.


Top Kledts yang terakhir sekali pulang ke sarang masing-masing. Top Kledts menghantar rakan-rakan pulang ke rumah masing-masing dahulu.

Indiana Jones kami. Solihin Faeez


Judge, Revolutionist, Lawyer, Designer


Ini Adreena yang betul, bukan Adreena pokok. Mungkin dia buat gambar ni nak perli aku di FB. Dia salah faham sebenarnya. HAHA.

Pengalaman mistik berada di UiTM Shah Alam terjadi semasa latihan drama LAW088 di fakulti Engineering. Aku tak mahu cerita panjang. Secara ringkasnya, aku diganggu hampir seminggu. Aku diekori oleh Adreena pokok. Nama 'Adreena pokok' diberi oleh Zulhilmi dan rakan sebilik sempena 'dia' menjelma di belakang pokok. Nama 'Adreena' kerana Rupa makhluk tersebut dari belakang persis seperti rupa Adreena kelas Group D. Dari segi bentuk badan, tinggi, kepala dan rambutnya.

Alhamdulillah, aku diberikan kekuatan untuk tidak berasa takut dan dipelihara daripada sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku.

Aku tak cerita pada sesiapa sekian lama. Sengaja aku pendamkan kerana 'venue' latihan drama merupakan tempat aku dikacau dan dia masih berkeliaran. Aku tidak mahu ahli kelasku lemah semangat. Sampai suatu waktu, aku ceritakan kepada Adman, Zufar, Farhana, Najiha, Nadirah, budak bilik dan sekian individu. Tidak ramai.

Rupa-rupanya, ramai lagi yang Adreena kacau. Bukan aku seorang. Bila aku buka cerita, mereka pun buka cerita. Chyrel dan Haffizah.

Cerita pun tersebar. Ramai yang tak pernah kukenal datang menyapa aku untuk menceritakan hal sebenar. Aku rasa seperti menjadi penglipur lara. Cerita yang sama, aku ulang tayang.

Cerita tiba di telinga dan disampaikan mulut orang berlainan. Mungkin cerita sudah sedikit di'modified'. Aku berani berkata begitu kerana aku dengar pelbagai versi daripada cerita yang aku alami. Sehinggalah cerita sampai ke pengetahuan Adreena.

Mungkin Adreena terasa hati apabila aku menyamakan dia dengan hantu. Dia 'unfriend' aku di FB. Aku tak kata dia menakutkan seperti hantu. Aku cuma menyatakan hantu tu yang cantik macam dia. Oppss.. HAHAHA!!.

Maafkan aku dua-dua Adreena..


Chyrel and the Guys


Bromance? One Direction ke? HAHA!


We don't meet people by accident. They are meant to cross our paths of lives by reasons.
Mereka semua bermakna bagi aku.
Terima kasih kerana singgah dalam perjalanan plot kehidupanku.
Aku akan rindui kalian.

Anugerah Kecemerlangan sebagai Kenangan Seperjalanan Pulang.

*aku tak sempat nak 'describe' semua orang. Namun ingatlah, anda semua bermakna.
Share
Tweet
Pin
Share
4 Bekas Tapak Kaki Pengembara
Newer Posts
Older Posts

PENULISAN BLOG INI

Segala penulisan dalam blog ini menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya menulis mengenai Perundangan Jurisprudens, Bahasa Melayu, Matawang Kripto Bitcoin, Bisnes Usahaniaga, Pandangan Isu Semasa dan Hari-Hari Kehidupan Yang Saya Jalani.

About me

About Me

PEGUAM PENULIS PENUNGGANG KUDA BITCOIN ENTHUSIAST

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • youtube

Halaman

  • @Zeaf_Isahus
  • Home
  • Kajian

Categories

Pengikut

recent posts

Sponsor

Blog Archive

  • Julai 2017 (1)
  • Mei 2017 (1)
  • Februari 2017 (2)
  • Januari 2017 (2)
  • Disember 2015 (2)
  • Julai 2015 (1)
  • Jun 2015 (1)
  • Mei 2015 (2)
  • Februari 2015 (1)
  • Disember 2014 (4)
  • Oktober 2014 (1)
  • September 2014 (2)
  • Ogos 2014 (2)
  • Jun 2014 (1)
  • Disember 2013 (2)
  • November 2013 (1)
  • September 2013 (1)
  • Mei 2013 (4)
  • April 2013 (7)
  • Mac 2013 (1)
  • Februari 2013 (1)
  • Januari 2013 (3)
  • Disember 2012 (4)
  • November 2012 (3)
  • Oktober 2012 (1)
  • September 2012 (3)
  • Ogos 2012 (1)
  • Jun 2012 (1)
  • Mei 2012 (4)
  • April 2012 (6)
  • Mac 2012 (5)
  • Januari 2012 (3)
  • Disember 2011 (3)
  • September 2011 (2)
  • Ogos 2011 (1)
  • Jun 2011 (4)
  • Disember 2010 (5)
  • Disember 2009 (1)
  • November 2009 (1)
  • Oktober 2009 (3)
  • Mac 2009 (3)
  • Februari 2009 (7)
  • Januari 2009 (10)
  • Disember 2008 (4)
  • November 2008 (4)
  • Oktober 2008 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates