Hari I, Sabtu
Seminggu dari tempoh cuti semester, aku habiskan di kampung sebelah Mama, di Segamat.
Penatnya membaja di kebun Papa yang terletak di Kampung Sungai Siput, Segamat. Sudah lama tanah itu dibeli oleh Papa untuk kegunaan masa hadapan. Sekarang, dalam proses sedang diusahakan.
Sebaik sahaja aku balik daripada membaja, sampai di rumah atuk, Mama memberitahu kami perlu pulang ke Pontian.
" Cepat mandi, kita kena bersiap, nak balik hari ini juga. Nyaie(*nenek* dalam bahasa Jawa) sakit. Ada tempoh 72 jam saja lagi. Papa call tadi, suruh balik hari ni juga. ,"
Kata-kata Mama membuatkan rasa penat hilang serta-merta, bertukar dengan rasa gelisah. Aku pun berkemas. Banyak baju yang belum berbasuh, aku masukkan sahaja ke dalam plastik untuk di bawa balik ke rumah.
Dari Segamat, kami sekeluarga ke Pontian dua kereta. Kereta atuk dan kereta Pak Long. Perjalanan dari Segamat ke Pontian memakan masa 4 jam. Sepanjang perjalanan, aku tak tahu apa yang patut aku fikirkan lantas hanya melafazkan zikir dalam hati.
Perjalanan yang lama dan memenatkan pun berakhir sebaik sahaja kereta kami memasuki perkarangan parkir Hospital Besar Pontian. Kami bergegas mencari wad di mana Nyaie berada dan akhirnya jumpa juga. Wajah Nyaie masih belum kelihatan kerana katilnya dikerumuni sanak-saudara, anak-anak, cucu-cucu, dan cicit-cicitnya. Tatkala mereka menyedari kami telah tiba, mereka ke tepi memberikan laluan kepada kami sekeluarga.
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih dapat melihat Nyaie. Nyaie kelihatan sungguh ceria kerana memang itulah sifatnya. Nyaie tetap ramah melayan kunjungan yang tak putus-putus datang, tetap menjaga jantung hati mereka yang datang, meski jantungnya sendiri sudah tidak lagi berfungsi dengan baik. Dalam kadar waktu yang singkat, pengawal keselamatan mengarahkan anak-anak kecil keluar, aku terpaksa keluar dari wad, membawa Awina keluar kerana anak kecil berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke wad.
Aku tidak masuk lagi ke dalam wad. Waktu kami pulang pun, aku tak bersalaman dengan Nyaie kerana aku berharap untuk berjumpanya pada esok hari sekali lagi. Aku beranggapan jika aku bersalaman dengannya pada ketika waktu pulang, seakan-akan aku mengucapkan selamat tinggal.
Hari II, Ahad
Awal pagi-pagi limun lagi aku telah bangkit. Doa aku panjatkan kepada Yang Maha Esa agar mentakdirkan yang TERBAIK untuk Nyaie. Aku tidak berdoa supaya Nyaie dipanjangkan umur, tidak pula dimatikan dengan tenang. Aku mendoakan yang terbaik, apa yang terbaik berdasarkan pengetahuan Ilahi. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perancang.
Telefon rumah berdering.
"You have 11 messages in your mailbox,"..
Papa terus memeriksa telefon bimbit pula. 29 panggilan tak berjawab daripada adik-beradiknya. Mereka ingin memaklumkan kepada Papa, serangan jantung Nyaie menyerang sekali lagi pada waktu malam. Telefon bimbit Papa sedang dicas semula apabila mereka cuba membuat panggilan kerana Papa telah gunakan telefon tersebut seharian sehingga baterinya habis.
Papa kelihatan masih lagi tenang walaupun pada hakikatnya jiwanya sedang menderita.
Hospital Besar Pontian hanyalah hospital yang tiada pakar, hanya doktor-doktor biasa. Papa mahu membawa Nyaie keluar dari situ bagi mendapatkan rawatan daripada pakar. Ikutkan hati, memang Papa mahu bawa Nyaie ke hospital swasta kerana tindakan yang cepat dan cekap berbanding hospital kerajaan. Namun, kami bukanlah berasal daripada keluarga yang berada.
Pagi itu, Papa masih di rumah. Selepas mandi, Papa terus menelefon kenalan sekelasnya yang kini telah menjadi seorang doktor iaitu Doktor Surinah. Meminta nasihat daripada doktor berpengalaman itu, Papa seakan-akan telah tahu apa yang patut dilakukan. Enjin kereta dihidupkan, dan terus memecut laju ke Hospital Besar Pontian.
Rundingan dibuat dengan doktor yang mengurus hal ehwal kesihatan Nyaie untuk membawanya keluar. Mereka 3 orang. Jawapan yang diberikan sememangnya tidak memberi harapan. Doktor perubatan itu menyatakan Nyaie tidak boleh hidup lama lagi, tamat 72 jam, tiada apa yang boleh dilakukan. Papa dan adik-beradik hanya ada 2 pilihan, sama ada meneruskan rawatan di hospital atau dibawa pulang. Doktor perubatan di Pontian enggan mengeluarkan laporan kebenaran untuk dibawa kepada pakar.
Keadaan Nyaie semakin teruk. Nyaie meracau dari pagi hingga tengah hari. Alat bantuan oksigen dan bekalan air yang dipasang pada anggota tubuhnya di cabut. Nyaie sudah tidak sedarkan diri kerana menahan kesakitan. Dia berkali-kali baring dan duduk semula lalu menghempaskan tubuhnya di atas katil. Sering kali juga Nyaie hampir jatuh dari katil. Mujur ada penghadang katil.
Papa menelefon kami supaya membacakan surah Yasin untuk Nyaie. Seakan-akan Nyaie sudah tiada harapan.
Selepas waktu melawat pada waktu petang, Papa menjemput kami dari rumah untuk melawat Nyaie. Papa tidak makan seharian kerana memikirkan cara untuk menyelamatkan ibu tercinta.
Kami tiba di hospital pada jam 4.00. Ada satu jam lagi sebelum waktu melawat seterusnya. Papa membawa aku memecah masuk ke hospital melalui laluan rahsia memandangkan semua laluan utama telah dikawal ketat.
Ketika aku melangkah ke wad, Nyaie sedang tidur. Aku bacakan Yasin untuknya 3 kali berturut-turut di sisinya. Papa pula hanya membaca melalui tingkap kerana tidak dapat menahan sebak di dada melihat insan tercinta diseksa Al-Maut. Papa yang aku kenal merupakan seorang yang garang lebih daripada singa. Tetapi kini hatinya disentuh rasa hiba bagai seorang rahib yang tak bermaya. Kegagahannya sudah mencair.
Aku tak sempat menghabiskan bacaan Yasin yang ke-3 kerana aku juga sebak melihat Nyaie mula kesakitan semula setelah terjaga daripada tidur.
Aku menghalang pandangan dengan surah Yasin. Terlihat kakinya yang meronta-ronta.
Aku palingkan pandangan ke kanan. Terlihat pula pesakit katil sebelah yang menangis melihat Nyaie semacam nazak.
Aku paling ke kiri. Terdengar pula suaranya mengerang kesakitan.
Azan Asar pun berkumandang. Aku gunakan kesempatan untuk solat Asar sebagai alasan untuk lari dari suasana kesedihan.
Jam 6:40 petang, aku masuk semula. Keadaannya semakin stabil sejak jam 5:30. Paling menyentuh hati apabila Nyaie membisikkan kepada anaknya yang dia ingin menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah iaitu solat. Dalam keadaan yang serba mudarat pun dia masih tidak melupakan tanggungjawabnya. Anak-anak melarang kerana takut sesuatu yang lebih buruk bakal berlaku akibat pergerakan otot yang tidak menerima darah yang cukup oksigen. Injap jantung Nyaie hanya tinggal 1 saja yang berfungsi.
" Mak, solat nanti ya. Waktu Maghrib nanti Mak qada' solat Asar sekali. Mak sakit. Mak zikir Allah Allah Allah saja dalam hati ya. "
Jam menunjukkan jam 7.00 malam. Waktu melawat sudah habis. Aku segera bersalaman dengan Nyaie dan mengucup dahinya. Di belakangku terdapat 2 orang pengawal keselamatan yang memastikan aku akan keluar.
Beg dan surah Yasin sengaja aku tinggalkan di wad dengan perancangan untuk mengambilnya selepas solat Maghrib. Dapat juga aku melihat Nyaie sekali lagi.
Kami anak beranak sudah lapar. Apa lagi Papa yang tidak makan seharian, hanya mengharapkan bekalan tenaga karbohidrat sejak sarapan pagi.
Di kedai makan, kami terserempak dengan Wak Man(abang kepada Papa) dan keluarga. Kami duduk semeja. Wak Man pun mula membuka cerita.
" Tahu tak, Mak tu tadi masa dia nazak, ada ceritanya tau. Mak dah balik. Mak dah balik." kata Wak Man.
Kami terpinga-pinga. Wak Man terus menyambung.
" Tadi Mak kata dia dah diseksa dekat 'sana'. Lepas tu dia diberi peluang sekali lagi. Terus Mak dihantar semula ke dunia. "
Kata-kata itu membuatkan bulu romaku terus meremang dan tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan peluang?
"Mungkin peluang langsaikan hutang, anak-anak nak minta maaf." sambungnya lagi.
Persoalan yang masih tak berjawab.
Hari III, Isnin
Aku tertidur selepas Subuh. Sebaik sahaja aku bangun, Papa sudah ke hospital. Hari ini, hari terakhir Nyaie akan berada di dunia yang fana ini mengikut ramalan doktor.
Doktor bukan Tuhan. Doktor tiada kuasa. Doktor tak dapat beri manfaat dan mudarat. Doktor hanyalah asbab. Mungkin inilah prinsip yang Papa pegang.
Adik-beradik perempuan Papa masing-masing berada di sisi Nyaie, menunggu saat Al-Maut meratah nyawanya. Adik-beradik lelaki pula, ada yang di dalam wad, ada yang di luar, ada yang menangis, ada yang berdoa, ada yang berbual-bual, berbincang. Papa terkecuali. Papa sibuk mengasak dan mendesak doktor memberikan laporan kebenaran untuk dibawa kepada pakar jantung. Doktor perubatan yang muda dan berbangsa Cina itu tetap enggan dan menyuruh semua menyerah kepada takdir.
Papa memanggil semua adik-beradiknya untuk bermusyawarah. Mereka semua 11 orang termasuk Papa. Sama ada mahu membawa Nyaie ke rumah atau biarkan di sini atau mendapatkan rawatan pakar.
Masing-masing bagaikan menganggap ingin memberikan bakti TERAKHIR kepada ibunya. Tetapi bagi Papa, ini bukan baktinya yang terakhir. Dia ingin ibunya hidup supaya dapat terus menabur bakti.
Papa berkali-kali berjumpa dengan doktor tersebut bercakap dan memujuk, tetapi masih tak berjaya.
Papa pun menelefon seorang doktor pakar hospital swasta yang pernah merawat arwah Embah(panggilan atuk dalam bahasa Jawa), Doktor Abu Samad. Papa minta panduan dan nasihat doktor tersebut. Doktor pakar hospital swasta itu menelefon Hospital Besar Pontian untuk mendapatkan maklumat kesihatan Nyaie.
Dalam tempoh yang tidak begitu lama telefon bimbit Papa bergetar. Satu khidmat pesanan ringkas diterima.
"Jantung mak awak boleh dibuat. Beritahu doktor yang in charge supaya menelefon Doktor Chua di talian ***-*** **** ."
Tidak lengah, Papa terus berjumpa dengan doktor Hospital Pontian itu mengatakan Doktor Chua suruh menghubunginya.
"Doktor Chua suruh awak hubungi dia."
"Kenapa? Jantung mak awak tak boleh buat lagi. Tak ada doktor." doktor itu membalas.
"Kau jangan nak tipu. Hari ni hari Isnin. Bukan Ahad. Mesti ada doktor. Aku bukan hantar mak aku kat sini nak suruh dia mati. Mentang-mentang aku orang kampung kau senang-senang nak tipu aku" darah baran Papa sudah mula naik.
Itulah kali terakhir Papa memandang wajah doktor itu. Papa sengaja larikan diri. Jika dia nampak doktor itu, boleh jadi ketiga-tiga doktor itu mati sebelum Nyaie.
Dengan pantas doktor pemalas dan tidak bertanggungjawab itu menyediakan laporan. Habis semua anggota tubuh, bacaan nadi, aliran darah, kandungan darah, kandungan air, nafas dan banyak lagi diperiksa dan direkodkan dalam sebuah laporan dengan pantas. Menjajar doktor tersebut kerana takut berhadapan dengan orang atasan dan dipecat.
Kerana malas untuk menyediakan laporan. Mahukan kerjanya senang. Tiga orang doktor sanggup membiarkan nyawa seorang insan melayang. Inilah krisis nilai. Masyarakat mengharapkan doktor untuk menjadi asbab orang ramai dapat terus hidup. Namun, harapkan pagar, pagar makan padi.
Sepanjang penulisan ini, sepertinya Papa sahaja yang nampak berusaha bertegang urat dengan doktor dan mahu menyelamatkan ibunya. Adik-beradik yang lain hanya menunggu saat.
Aku tidak menyalahkan 10 orang adik-beradiknya yang lain kerana hanya Papa yang mendapat pelajaran yang tinggi berbanding yang lain. Papa juga seorang yang RADIKAL, BERFIKIRAN KRITIS dan PANAS BARAN. Rupa-rupanya sikap ini tidaklah selalunya negatif. Kadang kala sikap ini diperlukan dalam situasi tertentu.
"Jika semua orang mahu menjadi sehikmah Abu Bakar, siapa yang mahu menjadi setegas Umar.? Sahabat nabi saling melengkapi. Begitu juga sepakat dan semnagat umat Nabi."
-Zeaf I-sahus-
Nyaie dapat dikeluarkan dari Hospital Besar Pontian dan mendapatkan rawatan pakar jantung di wad CCU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Persekitaran wad lebih kondusif dan nyaman berbanding Hospital Besar Pontian. Misi-misi yang menjaga juga kelihatan muda, mesra dan comel.
Keadaan luaran Nyaie sudah stabil walau dalamannya masih derita. Tempoh 72 jam sudah pun habis. Alhamdulillah Nyaie masih bernafas dan bernyawa.
Mungkin peluang yang dimaksudkan ialah peluang anak-anaknya supaya berikhtiar untuk selamatkan ibunya. Bukan kerana hutang, bukan kerana minta maaf kerana Nyaie seorang yang tidak pernah berhutang, dan dia seorang pemaaf.
Minta doakan yang terbaik buat Nyaie. Amin.