Ilmu Mengarang Cikgu Amin

by - 10:52 PTG

Ilmu mengarang dilihat amat penting lebih-lebih lagi jika berada dalam dilema ujian yang bakal dihadapi oleh seseorang mahasiswa asasi undang-undang minggu depan. Pada catatan ini, aku ingin berkongsi serba sedikit Ilmu Mengarang Cikgu Amin yang telah aku pelajari sewaktu di MRSM Tun Ghafar Baba. Tak salah jika ilmu mengarang ini disebarkan walaupun aku telah meninggalkan zaman persekolahan. Ilmu ini akan bermanfaat kepada semua. Aku yakin.


Beliau sendiri yang merangka panduan atau teori ini sewaktu mengalami kesukaran untuk menulis karangan tatkala berada di sekolah menengah. Pada awalnya, aku selalu tidak bersetuju dengan teknik pengajaran beliau. Selepas mengaplikasikannya, ternyata berkesan dan aku mula mengagumi seorang guru yang dilahirkan pada 27 Oktober ini.



PENULISAN KERTAS 1: Karangan Berpandu

"Setiap perenggan ada 4 ayat.
Setiap ayat ada 10 patah perkataan." - ASAS

Pendahuluan= 40p.p
Isi 1= 40p.p
Isi 2= 40p.p
Isi 3= 40p.p
Isi 4= 40p.p
Penutup= 40p.p

40p.p x 6 perenggan = 240 p.p

Teori Menulis Pendahuluan

1. 10 patah perkataan =) Umum-Tema
2. 10 patah perkataan =) 5W 1H
3. 10 patah perkataan =) Contoh
4. 10 patah perkataan =) gambaran isi - ulang tajuk

  contoh jawapan

1. Masalah pencemaran alam kian meruncing di Malaysia.
2. Permasalahan ini berlaku lantaran sikap manusia yang tidak menghargai kurniaan Al-Khalik.
3. Antara pencemaran yang terdapat di Malaysia ialah pencemaran air, bunyi, udara dan cahaya.
4. Terdapat banyak langkah bagi mengekang masalah pencemaran alam.

 Teori Menulis Isi

1. 10 patah perkataan =) Unsur berkaitan, apa isinya.
2. 10 patah perkataan =) 5W 1H
3. 10 patah perkataan =) Contoh
4. 10 patah perkataan =) penegasan isi kecil

 contoh jawapan

1. Antara langkah bagi membendung masalah ini ialah pihak kerajaan sayugia mengadakan kempen kesedaran.
2. Kempen ini bertujuan untuk menyuntik kesedaran tentang kepentingan alam terhadap kehidupan
3. Sebagai contoh, kempen "Hargailah Alam Kita" dan "Alam kita, Tanggungjawab Bersama"
4. Dengan cara ini, bukan sahaja kesedaran dapat disuntik malah memupuk kesatuan hati dalam kalangan masyarakat.

 Teori Menulis Penutup

1. 10 patah perkataan =) gambaran isi
2. 10 patah perkataan =) Titik tolak ke skop lain.(sama ada dalam bentuk ayat biasa atau persoalan)
3. 10 patah perkataan =) Contoh skop lain/ Jawab soalan(jika ayat di atas "soalan")
4. 10 patah perkataan =) Kesimpulan/Penegasan/Serahkan kepada Pembaca/Persoalan.

 contoh jawapan

1. Deduksinya, terdapat banyak langkah bagi mengekang masalah pencemaran alam.
2. Bayangkanlah apa yang bakal terjadi jika langkah mengatasi tidak diimplementasikan.
3. Sudah tentu negara kita akan dilanda dengan pelbagai penyakit.
4. Mahukah kita membiarkan perkara ini berlaku di negara kita?

Aku menasihatkan supaya menukarkan perkataan Kesimpulan/Konklusi kepada Deduksi dalam menulis penutup.

Panduan berkenaan ayat 2 =) "Titik tolak ke skop lain"..

*Jika tajuk membicarakan tentang 'Langkah' , Titik tolak ke skop lain ialah 'Kesan Negatif Jika tidak lakukan Langkah'.
*Jika tajuk membicarakan tentang 'Kebaikan' , Titik tolak ke skop lain ialah 'Kesan Negatif Jika tidak lakukan'.
*Jika tajuk membicarakan tentang 'Punca' , Titik tolak ke skop lain ialah 'Langkah'.
*Jika tajuk membicarakan tentang 'Ciri' , Titik tolak ke skop lain ialah 'Langkah@Kesan Negatif Jika tidak lakukan'.

-------------------------------------------------------------

Jika ada pertanyaan, boleh terus komen.

p/s: Aku seorang penulis, bukan seorang guru.

You May Also Like

4 Bekas Tapak Kaki Pengembara