Adik Oh! Adik

by - 9:30 PTG

Menyedari hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi aku akan meninggalkan rumah. Selepas ini aku akan ke UiTM Shah Alam untuk melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah.

Dengan masa yang berbaki ini, aku mahu manfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Aku mahu khidmat kepada Mama dan Papa.
Aku mahu didik adik-adikku.

Bercakap tentang adik-adik, Fareez dan Fara. Karakternya cukup berbeza namun persamaannya cukup ketara.

Fareez(Rhys). Seorang yang bijak, genius tetapi keputusan pelajarannya masih berada pada tahap rendah, bukan sederhana kerana sikap tipikal masyarakat Melayu iaitu MALAS. Telah pelbagai cara aku usahakan untuk membentuk peribadi dan membantunya dalam pelajaran. Tetapi mana mungkin jika aku seorang sahaja yang mahu berusaha sedangkan orang yang mahu berjaya ialah dia. Cita-citanya besar, mahu jadi seorang pereka model kereta, jurutera mekanikal dan membuka sebuah syarikat kereta sendiri. Bertegang urat, bertikam lidah, sepak terajang semuanya sudah lali aku berikan kepadanya. Namun hasilnya tetap sama. Silap aku juga yang terlampau panas baran. Inilah sebabnya aku tidak suka profesyen dalam perguruan.

Fara(Awina). Masih merangkak-rangkak dalam syllabus tadika. Mungkin kerana faktor usianya yang masih kecil. Tidak mengapalah kerana Fara memang cukup rajin. Setiap hari aku menjemputnya pulang dari tadika, perkara pertama yang diberitahu, "Abang, kita ada homework ". Kerajinannya di rumah memang memenatkan yang lain. Sesiapa pun tidak betah menahan kerajinan yang dimilikinya. Luar biasa. Di hadapannya tidak sah jika tidak ada buku pelajaran untuk ulang kaji, pensel, pensel warna dan peralatan lain sedangkan dia baru sahaja mencecah usia 5 tahun. Fara bercita-cita untuk menjadi doktor dan cikgu.

Seorang Terlalu Malas dan Seorang Terlampau Rajin.

Dua orang adikku yang cukup berbeza dari segi perwatakan dan minat belajar. Walaubagaimanapun aku tidak boleh menafikan persamaan mereka. Kedua-duanya budak-budak, kedua-duanya DEGIL. Degilnya sukar untuk dibentuk walaupun diseksa, sepak terajang. Pendirian mereka tetap. Kadang-kandang aku rasa seperti aku telah mendera adik-adikku sendiri.

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara