• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook twitter instagram Email

PUTERA AMIROOL FAEZ

| Dreadfater | Law & Jurisprudence | Bitcoin |

Menyedari hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi aku akan meninggalkan rumah. Selepas ini aku akan ke UiTM Shah Alam untuk melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah.

Dengan masa yang berbaki ini, aku mahu manfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Aku mahu khidmat kepada Mama dan Papa.
Aku mahu didik adik-adikku.

Bercakap tentang adik-adik, Fareez dan Fara. Karakternya cukup berbeza namun persamaannya cukup ketara.

Fareez(Rhys). Seorang yang bijak, genius tetapi keputusan pelajarannya masih berada pada tahap rendah, bukan sederhana kerana sikap tipikal masyarakat Melayu iaitu MALAS. Telah pelbagai cara aku usahakan untuk membentuk peribadi dan membantunya dalam pelajaran. Tetapi mana mungkin jika aku seorang sahaja yang mahu berusaha sedangkan orang yang mahu berjaya ialah dia. Cita-citanya besar, mahu jadi seorang pereka model kereta, jurutera mekanikal dan membuka sebuah syarikat kereta sendiri. Bertegang urat, bertikam lidah, sepak terajang semuanya sudah lali aku berikan kepadanya. Namun hasilnya tetap sama. Silap aku juga yang terlampau panas baran. Inilah sebabnya aku tidak suka profesyen dalam perguruan.

Fara(Awina). Masih merangkak-rangkak dalam syllabus tadika. Mungkin kerana faktor usianya yang masih kecil. Tidak mengapalah kerana Fara memang cukup rajin. Setiap hari aku menjemputnya pulang dari tadika, perkara pertama yang diberitahu, "Abang, kita ada homework ". Kerajinannya di rumah memang memenatkan yang lain. Sesiapa pun tidak betah menahan kerajinan yang dimilikinya. Luar biasa. Di hadapannya tidak sah jika tidak ada buku pelajaran untuk ulang kaji, pensel, pensel warna dan peralatan lain sedangkan dia baru sahaja mencecah usia 5 tahun. Fara bercita-cita untuk menjadi doktor dan cikgu.

Seorang Terlalu Malas dan Seorang Terlampau Rajin.

Dua orang adikku yang cukup berbeza dari segi perwatakan dan minat belajar. Walaubagaimanapun aku tidak boleh menafikan persamaan mereka. Kedua-duanya budak-budak, kedua-duanya DEGIL. Degilnya sukar untuk dibentuk walaupun diseksa, sepak terajang. Pendirian mereka tetap. Kadang-kandang aku rasa seperti aku telah mendera adik-adikku sendiri.
Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara

Alhamdulillah :)
Share
Tweet
Pin
Share
2 Bekas Tapak Kaki Pengembara
Ilmu mengarang dilihat amat penting lebih-lebih lagi jika berada dalam dilema ujian yang bakal dihadapi oleh seseorang mahasiswa asasi undang-undang minggu depan. Pada catatan ini, aku ingin berkongsi serba sedikit Ilmu Mengarang Cikgu Amin yang telah aku pelajari sewaktu di MRSM Tun Ghafar Baba. Tak salah jika ilmu mengarang ini disebarkan walaupun aku telah meninggalkan zaman persekolahan. Ilmu ini akan bermanfaat kepada semua. Aku yakin.


Beliau sendiri yang merangka panduan atau teori ini sewaktu mengalami kesukaran untuk menulis karangan tatkala berada di sekolah menengah. Pada awalnya, aku selalu tidak bersetuju dengan teknik pengajaran beliau. Selepas mengaplikasikannya, ternyata berkesan dan aku mula mengagumi seorang guru yang dilahirkan pada 27 Oktober ini.



PENULISAN KERTAS 1: Karangan Berpandu

"Setiap perenggan ada 4 ayat.
Setiap ayat ada 10 patah perkataan." - ASAS

Pendahuluan= 40p.p
Isi 1= 40p.p
Isi 2= 40p.p
Isi 3= 40p.p
Isi 4= 40p.p
Penutup= 40p.p

40p.p x 6 perenggan = 240 p.p

Teori Menulis Pendahuluan

1. 10 patah perkataan =) Umum-Tema
2. 10 patah perkataan =) 5W 1H
3. 10 patah perkataan =) Contoh
4. 10 patah perkataan =) gambaran isi - ulang tajuk

  contoh jawapan

1. Masalah pencemaran alam kian meruncing di Malaysia.
2. Permasalahan ini berlaku lantaran sikap manusia yang tidak menghargai kurniaan Al-Khalik.
3. Antara pencemaran yang terdapat di Malaysia ialah pencemaran air, bunyi, udara dan cahaya.
4. Terdapat banyak langkah bagi mengekang masalah pencemaran alam.

 Teori Menulis Isi

1. 10 patah perkataan =) Unsur berkaitan, apa isinya.
2. 10 patah perkataan =) 5W 1H
3. 10 patah perkataan =) Contoh
4. 10 patah perkataan =) penegasan isi kecil

 contoh jawapan

1. Antara langkah bagi membendung masalah ini ialah pihak kerajaan sayugia mengadakan kempen kesedaran.
2. Kempen ini bertujuan untuk menyuntik kesedaran tentang kepentingan alam terhadap kehidupan
3. Sebagai contoh, kempen "Hargailah Alam Kita" dan "Alam kita, Tanggungjawab Bersama"
4. Dengan cara ini, bukan sahaja kesedaran dapat disuntik malah memupuk kesatuan hati dalam kalangan masyarakat.

 Teori Menulis Penutup

1. 10 patah perkataan =) gambaran isi
2. 10 patah perkataan =) Titik tolak ke skop lain.(sama ada dalam bentuk ayat biasa atau persoalan)
3. 10 patah perkataan =) Contoh skop lain/ Jawab soalan(jika ayat di atas "soalan")
4. 10 patah perkataan =) Kesimpulan/Penegasan/Serahkan kepada Pembaca/Persoalan.

 contoh jawapan

1. Deduksinya, terdapat banyak langkah bagi mengekang masalah pencemaran alam.
2. Bayangkanlah apa yang bakal terjadi jika langkah mengatasi tidak diimplementasikan.
3. Sudah tentu negara kita akan dilanda dengan pelbagai penyakit.
4. Mahukah kita membiarkan perkara ini berlaku di negara kita?

Aku menasihatkan supaya menukarkan perkataan Kesimpulan/Konklusi kepada Deduksi dalam menulis penutup.

Panduan berkenaan ayat 2 =) "Titik tolak ke skop lain"..

*Jika tajuk membicarakan tentang 'Langkah' , Titik tolak ke skop lain ialah 'Kesan Negatif Jika tidak lakukan Langkah'.
*Jika tajuk membicarakan tentang 'Kebaikan' , Titik tolak ke skop lain ialah 'Kesan Negatif Jika tidak lakukan'.
*Jika tajuk membicarakan tentang 'Punca' , Titik tolak ke skop lain ialah 'Langkah'.
*Jika tajuk membicarakan tentang 'Ciri' , Titik tolak ke skop lain ialah 'Langkah@Kesan Negatif Jika tidak lakukan'.

-------------------------------------------------------------

Jika ada pertanyaan, boleh terus komen.

p/s: Aku seorang penulis, bukan seorang guru.
Share
Tweet
Pin
Share
4 Bekas Tapak Kaki Pengembara


SMS di bawah sengaja ditulis oleh seorang penulis lelaki. Cuba menceritakan dari sudut pandangan lelaki untuk kebaikan semua muslimah supaya tidak dirosakkan dengan mudah oleh kata-kata manis! Moga Allah pelihara anda semua daripada hal yang tidak dingini berlaku. Enjoy reading!


1. Salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..


7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!


9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..


12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…


16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...


18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?



BERMULA ZINA YANG SEBENAR.
***
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg *****!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

Apa kata anda baca ini pula?

Share
Tweet
Pin
Share
2 Bekas Tapak Kaki Pengembara
Newer Posts
Older Posts

PENULISAN BLOG INI

Segala penulisan dalam blog ini menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya menulis mengenai Perundangan Jurisprudens, Bahasa Melayu, Matawang Kripto Bitcoin, Bisnes Usahaniaga, Pandangan Isu Semasa dan Hari-Hari Kehidupan Yang Saya Jalani.

About me

About Me

PEGUAM PENULIS PENUNGGANG KUDA BITCOIN ENTHUSIAST

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • youtube

Halaman

  • @Zeaf_Isahus
  • Home
  • Kajian

Categories

Pengikut

recent posts

Sponsor

Blog Archive

  • Julai 2017 (1)
  • Mei 2017 (1)
  • Februari 2017 (2)
  • Januari 2017 (2)
  • Disember 2015 (2)
  • Julai 2015 (1)
  • Jun 2015 (1)
  • Mei 2015 (2)
  • Februari 2015 (1)
  • Disember 2014 (4)
  • Oktober 2014 (1)
  • September 2014 (2)
  • Ogos 2014 (2)
  • Jun 2014 (1)
  • Disember 2013 (2)
  • November 2013 (1)
  • September 2013 (1)
  • Mei 2013 (4)
  • April 2013 (7)
  • Mac 2013 (1)
  • Februari 2013 (1)
  • Januari 2013 (3)
  • Disember 2012 (4)
  • November 2012 (3)
  • Oktober 2012 (1)
  • September 2012 (3)
  • Ogos 2012 (1)
  • Jun 2012 (1)
  • Mei 2012 (4)
  • April 2012 (6)
  • Mac 2012 (5)
  • Januari 2012 (3)
  • Disember 2011 (3)
  • September 2011 (2)
  • Ogos 2011 (1)
  • Jun 2011 (4)
  • Disember 2010 (5)
  • Disember 2009 (1)
  • November 2009 (1)
  • Oktober 2009 (3)
  • Mac 2009 (3)
  • Februari 2009 (7)
  • Januari 2009 (10)
  • Disember 2008 (4)
  • November 2008 (4)
  • Oktober 2008 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates