Menggenggam Bara Api
BABAK II
Semalam dari Pekan Nenas aku ke Kota Tinggi bersama-sama keluarga bagi menghadiri sebuah upacara majlis perkahwinan sepupu. Sebelum ke sana, kami berkumpul dahulu di rumah Wak Yah kerana tela berjanji untuk gerak bersama. Sambil menunggu Aus, sepupuku yang memandu van, mengisi minyak di pekan, yang berada di rumah, berbual-bual dahulu. Seperti biasa, perwatakan aku yang pendiam suka memerhati keadaan sekeliling. Perbualannya tidak lari daripada fenomena keluarga sendiri.
"Rafi semalam datang rumah aku ambil anak Pika, anak dia" Wak Yah memulakan perbualan.
"Laa. anak dia tidur sini ke?" jawab ahli keluarga yang lain.
"Rafi tu kan tabligh, orang arqam " Cik Jah merancakkan perbualan.
"Ya kah? Mana kau tahu? Yang dia cerita dekat aku, di pernah pergi Thailand, India, negara-negara luar sana lah, tapi dia kata berehat-rehat." Wak Yah meneruskan kerancakkan perbualan.
"IYA, dia sendiri cerita dekat aku yang dia tu ikut orang tabligh. Pergi India tinggalkan anaklah. Setiap tahun orang tabligh ni ada buat perkumpulan dekat India. Makanan disediakan. Cuma kena pergi je." kata Cik Jah.
Mama hanya berdiam diri dan terkadang memandang ke arahku sambil tersenyum.
"Dia ada juga cerita dekat India susah nak cari air, kadang-kadang 2 hari tak mandi," kata Wak Yah.
"Tak apalah, tujuannya kan untuk beribadat, tujuannya untuk beribadat bukan kacau orang," Papa tiba-tiba mencelah. Terkejut juga aku, sejak bila Papa tahu tentang usaha Tablighi Jamaat? Mungkin ada segelintir sahabatnya yang pernah menceritakan kepadanya.
"Ya, tahu. Nak beribadat, takut perjuangannya tu salah pula." kata Cik Jah.
Perbualan terhenti.
Aku pula tersengih-sengih di dalam hati melihat mereka berbual. Terimbas kembali kenangan bersama sahabat-sahabat ketika keluar di jalan Allah sewaktu ketika dahulu. Jika mereka berada bersama, pasti kami akan bergelak sakan mendengar keterangan yang diberikan terhadap "orang tabligh" daripada mereka yang tidak pernah mengalami jerih perih mereka berdakwah, menegakkan agama Allah yang Maha Suci.
BABAK II
Dalam perjalanan yang panjang, sudah pastilah terdapatnya berbagai-bagai topik perbualan. Tatkala memasuki jalan ke Gugusan Lok Heng, Papa memulakan topik.
"Si Fauzi tu pun orang tabligh juga tu, dulu dia berlajar kat U," kata Papa.
" Oh, yakah?" soal Mama tenang.
Kereta Papa sudah pun melalui di hadapan rumah yang kami ingin tujui, tinggal mencari tempat untuk meletakkan kereta. Papa pun cari tempat yang redup.
" Yang lain daripada yang lain, itulah Fauzi," Papa memberitahu.
"Haha. Senang je lah kan nak cari mana satu si Fauzi tu." kata Mama yang diselitkan dengan ketawa kecil.
" Majlis ni tak ada nyanyi-nyanyi, sebab orang yang buat ni orang arqam," kata Papa.
"Simple. Baguslah, tak adalah nak memekak," kata Mama.
BABAK III
Aku tertanya-tanya sejak pertama kali aku menjejakkan kaki ke rumahnya. Mana pengantinnya?
Selepas menjamu selera, kami naik ke atas rumah. Aku memilih beranda untuk mengambil angin Felda Lok Heng. Aku tidak keseorangan selain ditemankan Rhys, sanak-saudarku yang lebih dewasa juga turut di sana. Tidak ada soalan lain yang ditujukan kepada remaja lepasan SPM seperti aku.
"SPM kau apa cer?" kata mereka.
"Cukup makan je bang, 6A je" jawabku dengan menebalkan muka kerana keputusan yang kurang baik.
Menunggu mereka yang lebih senior dan veteran berbual memang lama. Hati sudah bosan. Mata sudah mengantuk. Aku mula melayaninya.
Terlihat juga seorang gadis bertudung labuh namun tidak berpurdah. Aku teringat seorang sahabat, Sarrin Rizedah. Gadis itu jika dilihat dari belakang persis sahabatku itu. Namun apabila dia menoleh, hatiku berbisik,
"Ini bukan Sarrin Rizedah, ini bidadari jatuh dari syurga!"
Subhanallah, bukan sahaja akhlak dan penampilannya yang cantik mengikut sunnah. Rupa paras dan wajahnya juga turut manis dilihat. Walaubagaimanapun, ungkapan ini bukanlah ungkapan nafsu. Ungkapan ini ialah ungkapan kagum terhadap mereka yang mempunyai keperibadian yang jitu.
Mereka menjadi perhatian orang ramai. Ada yang menjeling sinis. Ada yang ketawa kecil. Ada yang pelik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka.
Seperti biasa, habit semulajadiku yang suka memerhati keadaan sekeliling dan masyarakat. Ada yang tutup kemas dan rapi. Ada yang bertelanjang. Ada yang berpakaian tidak cukup kain. Bermacam-macam ragam yang ditunjukkan masyarakat akhir akhir zaman.
BABAK IV
Sudah hampir tiga jam di Felda Lok Heng, kami sekeluarga sepakat untuk membawa diri. Setelah solat Zohor, perjalanan di teruskan. Seperti biasa, sifat manusia yang ada mulut mesti berkata-kata.
"Pengantinnya tak nampak eh?" kata Mama.
"Yang pakai purdah tadi tu, pengantinnya lah." kata Papa.
"Pengantinnya salah seorang yang berpakaian purdah dengan baju ada kilat-kilat kuning tadi tu. Pengantinnya diam ja, duduk pun jauh-jauh, jaga batasan. Tak lama lepas tu, keluarga dia balik, pengantinnya pun ikut sekali." selit kata Wak Minah.
"Aku rasa bapa mentuanya yang janggut blonde tu kot." kata Papa.
Deduksi dan Refleksi
Subhanallah. Pertama kalinya dalam sirah hidupku, aku menemui majlis perkahwinan yang sungguh sederhana itu.
Berkaitan pemakaian purdah, aku amat mengagumi mereka. Ramai yang memandang sinis terhadap mereka. Benarlah ungkapan cikguku, " Nak amalkan sunnah di akhir zaman bagai MENGGENGGAM BARA API,". Walaubagaimanapun, mereka tetap mengigit sunnah Nabi sampai mati. Aku lebih suka memerhati mereka yang berpurdah berbanding mereka yang berpakaian tetapi pada hakikatnya mereka telanjang.
Berkaitan "orang tabligh" yang masyarakat labelkan terhadap manusia pilihan Allah untuk perjuangan suci dan hakiki, aku bukanlah "orang tabligh" dan aku bukanlah orang yang arif untuk bercakap tentang manhaj, mazhab dan sebagainya. Tetapi apakah salah "orang tabligh" yang mahu beribadah dan amalkan apa yang telah didakwahkan? Pada saya, mereka tidak sesat dengan berkumpul di masjid, duduk berzikir dan bermuzakarah ilmu. Berbanding dengan
mereka yang berkumpul ke konsert, berjoget, melompat terkinja-kinja. Mana yang lebih sesat? Tanya Iman, jawab sendiri. Wassalam.
3 Bekas Tapak Kaki Pengembara