ALAM
Petang semalam aku menerima panggilan daripada Akademi Laut Malaysia(ALAM), memaklumkan aku dipilih untuk sesi temuduga pada 18 April ini. Waktu masih berbaki seminggu lagi. Operator yang menelefon tersebut meminta untuk aku buka emel dan hantarkan maklum balas sebagai pengesahan kedatangan aku pada hari sesi temuduga dengan bayaran RM90. RM90 ini merupakan bayaran proses peperiksaan yang akan diadakan pada hari yang sama.
Sebenarnya sudah banyak panggilan yang aku terima selain ALAM, semuanya kolej dan universiti swasta. Bagi aku ALAM lebih istimewa kerana aku benar-benar minat dengan kerjaya yang mencabar ini. Mungkin sesetengah orang melihat apabila sudah tamat pengajian sepanjang 3 tahun nanti, aku akan habiskan hidup di laut seperti orang tidak ada kehidupan. Namun aku tidak melihatnya sekadar menjadi seorang kelasi, malahan lebih daripada itu.
Hidup manusia bercita-cita. Hidup manusia berimpian. Kadangkala aku buntu dan kurang pasti sama ada aku mahu meneruskannya atau tidak. Pro dan Kontra jika aku menerima.
Pros:
-dapat belayar serata dunia
-kerjaya yang berlainan berbanding orang lain
-peluang pekerjaan terjamin
-gaji yang lumayan
Kontras:
-berpisah dengan keluarga dalam jangka masa yang panjang
-tidak masuk ke universiti
-tidak dapat menceburi bidang lain yang aku minati
-kelulusan hanya peringkat Diploma walhal impianku PHD.
Masih memikirkan sama ada mahu menerima ALAM atau menunggu keputusan UPU.
Entahlah. Ya Allah, kau tunjukkanlah jalan untukku. Sediakan yang terbaik untukku. Berikan yang terbaik untukku. Redakanlah kehidupanku di alam ciptaan-Mu. Berikan ketetapan hati dalam membuat keputusan.
4 Bekas Tapak Kaki Pengembara