• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook twitter instagram Email

PUTERA AMIROOL FAEZ

| Dreadfater | Law & Jurisprudence | Bitcoin |

Fenomena

Dalam era ledakan teknologi maklumat kini, sudah menjadi satu trend bagi pengguna laman sosial Facebook untuk meluahkan perasaan masing-masing di profil mereka. Sudah menjadi kelaziman untuk mereka mengungkapkan cinta, memaki hamun, dan sebagainya. Sungguh memalukan dan menunjukkan sikap tidak professional mereka. Aku juga turut tidak terkecuali kerana kadang-kadang pernah juga berbuat sedemikian rupa.


Konspirasi

Sebuah konspirasi yang dahulunya digembar-gemburkan. Mark Zuckerberg beragama Yahudi. Orang ramai telah menggembleng segala upaya untuk memindahkan tumpuan Muslim supaya tidak menggunakan laman sosial tersebut. Hal ini kerana mereka tidak mahu untuk bersekongkol dengan Yahudi. Namun tarikan laman sosial tersebut tidak berjaya untuk dilenyapkan. Kempen terhenti.

Orang yang mengajak aku untuk menyahaktifkan akaun FB aku pun kembali berfacebook. Aku kurang menyambut seruan kempen tersebut. Aku bukan mahu bersekongkol dengan Yahudi tetapi aku melihat dari sudut perspektif yang lebih positif.

Western "Wall"

Satu bentuk penemuan yang mungkin akan aku teruskan untuk dijadikan pengkajian. Penemuan sengaja atau tidak. Aku tidak tahu. Aku kurang pasti. Hanya sekadar pemikiran untuk dikongsi bersama saudara serta saudari.

Konsep "wall" di laman Facebook seakan-akan sama seperti konsep orang beragama Yahudi berdoa di Western "Wall". Apa itu Western Wall? Western Wall merupakan sebuah dinding yang terbina di Jerusalem. Menurut sumber, dinding ini dibina oleh King Herod The Great. Secara ritualnya, orang Yahudi akan berdoa di hadapan dinding secara senyap(silent prayer, in solitude), meluahkan perasaan, dan adakalanya menulis doa mereka di atas sekeping kertas, seterusnya meletakkan kertas tersebut di antara retakan dinding.

Para Rabbis(ketua agama) Yahudi menyifatkan Western Wall sebagai Gate of Mercy. Doa mereka akan didengari oleh Tuhan dengan syarat mereka menghadap mizrach.



(luahan perasaan)

( wailing?)
(prayer notes)
Setakat ini sahaja yang boleh aku kongsikan. Bukan tidak mahu, tetapi pengkajiannya amat mahal dan meungkin boleh ditulis dalam tesis kajian PhD dalam bidang Antropologi, Arkeologi dan Sejarah. 
 
Aku bukan menuduh Mark Zuckerberg tetapi ini sekadar langkah berjaga-jaga bagi saudara serta saudariku yang dicintai supaya kurangkan meluahkan perasaan di "Wall".

Perspektif Positif ?

Sebelum ini aku ada menyatakan bahawa aku tidak menyahut seruan sebuah Kempen Hentikan berfacebook kerana melihat kepada perspektif yang lebih positif. Apa yang cuba aku maksudkan?

Alangkah baiknya jika laman sosial FB ini dijadikan medan dakwah, memberi peringatan kepada yang lain demi kebaikan sejagat. Bukan susah pun untuk jana saham akhirat. Atau mungkin boleh meletakkan karya kreatif kita sendiri, dan kata-kata motivasi untuk meneruskan kehidupan dengan penuh semangat. Tidakkah itu lebih baik dan menepati sunnah Rasullullah?

Suatu hari yang dikenali sebagai Hari Kebangkitan. Allah membangkitkan makhluknya mengikut kelompok. Kelompok mana yang mengikuti sunnah Rasulnya, maka akan dibangkitkan bersama kaum Rasulnya. Bayangkan kita selalu meluahkan perasaan di "Wall". Perlakuan tersebut persis amalan Yahudi. Tak pasal-pasal kita dibangkitkan bersama kaum mereka. Nauzubillahminzalik, minta dijauhkan. 

Tak berani untuk katakan tak salah meluahkan perasaan di "Wall". Mungkin perlu dikurangkan dan tidak terlalu melampau.

Allah yang tentukan segala-galanya, semuanya. Tetapi dalam takdirnya, Allah sediakan PILIHAN.

"Life is the matter of choice" ~Zeaf I-sahus~

Wallahua'llam.

p/s: minta maaf jika ada kesalahan, saya tak lakuan double-checking

Share
Tweet
Pin
Share
9 Bekas Tapak Kaki Pengembara
Currently I am working to complete my personal statement essay for MARA Scholarship.
The essay should be 300 words or more, either in English or Malay.
My first choice is Accountancy and the other one is Electrical Engineering.
The preparation always regarded as I will be taking back my SPM again.
With my low qualification(6A 3B), I only qualified to apply for Program Cemerlang IPMa, and I, overwhelmed with sorrow.
But, I am sure that Allah will give the best for me.
Share
Tweet
Pin
Share
2 Bekas Tapak Kaki Pengembara
Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara
Petang semalam aku menerima panggilan daripada Akademi Laut Malaysia(ALAM), memaklumkan aku dipilih untuk sesi temuduga pada 18 April ini. Waktu masih berbaki seminggu lagi. Operator yang menelefon tersebut meminta untuk aku buka emel dan hantarkan maklum balas sebagai pengesahan kedatangan aku pada hari sesi temuduga dengan bayaran RM90. RM90 ini merupakan bayaran proses peperiksaan yang akan diadakan pada hari yang sama.

Sebenarnya sudah banyak panggilan yang aku terima selain ALAM, semuanya kolej dan universiti swasta. Bagi aku ALAM lebih istimewa kerana aku benar-benar minat dengan kerjaya yang mencabar ini. Mungkin sesetengah orang melihat apabila sudah tamat pengajian sepanjang 3 tahun nanti, aku akan habiskan hidup di laut seperti orang tidak ada kehidupan. Namun aku tidak melihatnya sekadar menjadi seorang kelasi, malahan lebih daripada itu.

Hidup manusia bercita-cita. Hidup manusia berimpian. Kadangkala aku buntu dan kurang pasti sama ada aku mahu meneruskannya atau tidak. Pro dan Kontra jika aku menerima.

Pros:
-dapat belayar serata dunia
-kerjaya yang berlainan berbanding orang lain
-peluang pekerjaan terjamin
-gaji yang lumayan

Kontras:
-berpisah dengan keluarga dalam jangka masa yang panjang
-tidak masuk ke universiti
-tidak dapat menceburi bidang lain yang aku minati
-kelulusan hanya peringkat Diploma walhal impianku PHD.

Masih memikirkan sama ada mahu menerima ALAM atau menunggu keputusan UPU.

Entahlah. Ya Allah, kau tunjukkanlah jalan untukku. Sediakan yang terbaik untukku. Berikan yang terbaik untukku. Redakanlah kehidupanku di alam ciptaan-Mu. Berikan ketetapan hati dalam membuat keputusan.
Share
Tweet
Pin
Share
4 Bekas Tapak Kaki Pengembara

Aku suka menulis.
Aku benar-benar minat menulis.
Aku ingin sekali menulis.
Idea kadang-kadang datang.
Kadang-kadang pergi.
Aku suka menulis pelbagai perkara.
Daripada karangan panjang.
Hinggalah puisi kontemporari.
Bahasa banyak ragam.
Bahasa macam-macam.
Aku ingin menulis lagi.
Tidak ingin aku berhenti.
Melalui pena aku boleh jadi Daie.
Yang memartabatkan Islam agama suci.
Tinta sudah pun aku ganti.
Turut kusiagakan tekad di hati.
Perjuangan ini sampai mati.
Inilah sumpah Zeaf I-sahus atau Faez Suhasi.

Share
Tweet
Pin
Share
3 Bekas Tapak Kaki Pengembara
BABAK II

Semalam dari Pekan Nenas aku ke Kota Tinggi bersama-sama keluarga bagi menghadiri sebuah upacara majlis perkahwinan sepupu. Sebelum ke sana, kami berkumpul dahulu di rumah Wak Yah kerana tela berjanji untuk gerak bersama. Sambil menunggu Aus, sepupuku yang memandu van, mengisi minyak di pekan, yang berada di rumah, berbual-bual dahulu. Seperti biasa, perwatakan aku yang pendiam suka memerhati keadaan sekeliling. Perbualannya tidak lari daripada fenomena keluarga sendiri.

"Rafi semalam datang rumah aku ambil anak Pika, anak dia" Wak Yah memulakan perbualan.

"Laa. anak dia tidur sini ke?" jawab ahli keluarga yang lain.

"Rafi tu kan tabligh, orang arqam " Cik Jah merancakkan perbualan.

"Ya kah? Mana kau tahu? Yang dia cerita dekat aku, di pernah pergi Thailand, India, negara-negara luar sana lah, tapi dia kata berehat-rehat." Wak Yah meneruskan kerancakkan perbualan.

"IYA, dia sendiri cerita dekat aku yang dia tu ikut orang tabligh. Pergi India tinggalkan anaklah. Setiap tahun orang tabligh ni ada buat perkumpulan dekat India. Makanan disediakan. Cuma kena pergi je." kata Cik Jah.

Mama hanya berdiam diri dan terkadang memandang ke arahku sambil tersenyum.

"Dia ada juga cerita dekat India susah nak cari air, kadang-kadang 2 hari tak mandi," kata Wak Yah.

"Tak apalah, tujuannya kan untuk beribadat, tujuannya untuk beribadat bukan kacau orang," Papa tiba-tiba mencelah. Terkejut juga aku, sejak bila Papa tahu tentang usaha Tablighi Jamaat? Mungkin ada segelintir sahabatnya yang pernah menceritakan kepadanya.

"Ya, tahu. Nak beribadat, takut perjuangannya tu salah pula." kata Cik Jah.

Perbualan terhenti.

Aku pula tersengih-sengih di dalam hati melihat mereka berbual. Terimbas kembali kenangan bersama sahabat-sahabat ketika keluar di jalan Allah sewaktu ketika dahulu. Jika mereka berada bersama, pasti kami akan bergelak sakan mendengar keterangan yang diberikan terhadap "orang tabligh" daripada mereka yang tidak pernah mengalami jerih perih mereka berdakwah, menegakkan agama Allah yang Maha Suci.

BABAK II


Dalam perjalanan yang panjang, sudah pastilah terdapatnya berbagai-bagai topik perbualan. Tatkala memasuki jalan ke Gugusan Lok Heng, Papa memulakan topik.

"Si Fauzi tu pun orang tabligh juga tu, dulu dia berlajar kat U," kata Papa.

" Oh, yakah?" soal Mama tenang.

Kereta Papa sudah pun melalui di hadapan rumah yang kami ingin tujui, tinggal mencari tempat untuk meletakkan kereta. Papa pun cari tempat yang redup.

" Yang lain daripada yang lain, itulah Fauzi," Papa memberitahu.

"Haha. Senang je lah kan nak cari mana satu si Fauzi tu." kata Mama yang diselitkan dengan ketawa kecil.

" Majlis ni tak ada nyanyi-nyanyi, sebab orang yang buat ni orang arqam," kata Papa.

"Simple. Baguslah, tak adalah nak memekak," kata Mama.

BABAK III

Aku tertanya-tanya sejak pertama kali aku menjejakkan kaki ke rumahnya. Mana pengantinnya?

Selepas menjamu selera, kami naik ke atas rumah. Aku memilih beranda untuk mengambil angin Felda Lok Heng. Aku tidak keseorangan selain ditemankan Rhys, sanak-saudarku yang lebih dewasa juga turut di sana. Tidak ada soalan lain yang ditujukan kepada remaja lepasan SPM seperti aku.

"SPM kau apa cer?" kata mereka.

"Cukup makan je bang, 6A je" jawabku dengan menebalkan muka kerana keputusan yang kurang baik.

Menunggu mereka yang lebih senior dan veteran berbual memang lama. Hati sudah bosan. Mata sudah mengantuk. Aku mula melayaninya.

Dalam tatkala itu, aku tersentak, rasa mengantukku hilang sebaik sahaja melihat sekumpulan manusia bertudung labuh, berpurdah berjalan di hadapan mataku. Subhanallah, melihat dari sinar mata mereka, wajahnya memang cantik.

Terlihat juga seorang gadis bertudung labuh namun tidak berpurdah. Aku teringat seorang sahabat, Sarrin Rizedah. Gadis itu jika dilihat dari belakang persis sahabatku itu. Namun apabila dia menoleh, hatiku berbisik,

"Ini bukan Sarrin Rizedah, ini bidadari jatuh dari syurga!"

Subhanallah, bukan sahaja akhlak dan penampilannya yang cantik mengikut sunnah. Rupa paras dan wajahnya juga turut manis dilihat. Walaubagaimanapun, ungkapan ini bukanlah ungkapan nafsu. Ungkapan ini ialah ungkapan kagum terhadap mereka yang mempunyai keperibadian yang jitu.

Mereka menjadi perhatian orang ramai. Ada yang menjeling sinis. Ada yang ketawa kecil. Ada yang pelik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka.

Seperti biasa, habit semulajadiku yang suka memerhati keadaan sekeliling dan masyarakat. Ada yang tutup kemas dan rapi. Ada yang bertelanjang. Ada yang berpakaian tidak cukup kain. Bermacam-macam ragam yang ditunjukkan masyarakat akhir akhir zaman.

BABAK IV

Sudah hampir tiga jam di Felda Lok Heng, kami sekeluarga sepakat untuk membawa diri. Setelah solat Zohor, perjalanan di teruskan. Seperti biasa, sifat manusia yang ada mulut mesti berkata-kata.

"Pengantinnya tak nampak eh?" kata Mama.

"Yang pakai purdah tadi tu, pengantinnya lah." kata Papa.

"Pengantinnya salah seorang yang berpakaian purdah dengan baju ada kilat-kilat kuning tadi tu. Pengantinnya diam ja, duduk pun jauh-jauh, jaga batasan. Tak lama lepas tu, keluarga dia balik, pengantinnya pun ikut sekali." selit kata Wak Minah.

"Aku rasa bapa mentuanya yang janggut blonde tu kot." kata Papa.

Deduksi dan Refleksi

Subhanallah. Pertama kalinya dalam sirah hidupku, aku menemui majlis perkahwinan yang sungguh sederhana itu.

Berkaitan pemakaian purdah, aku amat mengagumi mereka. Ramai yang memandang sinis terhadap mereka. Benarlah ungkapan cikguku, " Nak amalkan sunnah di akhir zaman bagai MENGGENGGAM BARA API,". Walaubagaimanapun, mereka tetap mengigit sunnah Nabi sampai mati. Aku lebih suka memerhati mereka yang berpurdah berbanding mereka yang berpakaian tetapi pada hakikatnya mereka telanjang.

Berkaitan "orang tabligh" yang masyarakat labelkan terhadap manusia pilihan Allah untuk perjuangan suci dan hakiki, aku bukanlah "orang tabligh" dan aku bukanlah orang yang arif untuk bercakap tentang manhaj, mazhab dan sebagainya. Tetapi apakah salah "orang tabligh" yang mahu beribadah dan amalkan apa yang telah didakwahkan? Pada saya, mereka tidak sesat dengan berkumpul di masjid, duduk berzikir dan bermuzakarah ilmu. Berbanding dengan
mereka yang berkumpul ke konsert, berjoget, melompat terkinja-kinja. Mana yang lebih sesat? Tanya Iman, jawab sendiri. Wassalam.

Share
Tweet
Pin
Share
3 Bekas Tapak Kaki Pengembara
Newer Posts
Older Posts

PENULISAN BLOG INI

Segala penulisan dalam blog ini menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya menulis mengenai Perundangan Jurisprudens, Bahasa Melayu, Matawang Kripto Bitcoin, Bisnes Usahaniaga, Pandangan Isu Semasa dan Hari-Hari Kehidupan Yang Saya Jalani.

About me

About Me

PEGUAM PENULIS PENUNGGANG KUDA BITCOIN ENTHUSIAST

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • youtube

Halaman

  • @Zeaf_Isahus
  • Home
  • Kajian

Categories

Pengikut

recent posts

Sponsor

Blog Archive

  • Julai 2017 (1)
  • Mei 2017 (1)
  • Februari 2017 (2)
  • Januari 2017 (2)
  • Disember 2015 (2)
  • Julai 2015 (1)
  • Jun 2015 (1)
  • Mei 2015 (2)
  • Februari 2015 (1)
  • Disember 2014 (4)
  • Oktober 2014 (1)
  • September 2014 (2)
  • Ogos 2014 (2)
  • Jun 2014 (1)
  • Disember 2013 (2)
  • November 2013 (1)
  • September 2013 (1)
  • Mei 2013 (4)
  • April 2013 (7)
  • Mac 2013 (1)
  • Februari 2013 (1)
  • Januari 2013 (3)
  • Disember 2012 (4)
  • November 2012 (3)
  • Oktober 2012 (1)
  • September 2012 (3)
  • Ogos 2012 (1)
  • Jun 2012 (1)
  • Mei 2012 (4)
  • April 2012 (6)
  • Mac 2012 (5)
  • Januari 2012 (3)
  • Disember 2011 (3)
  • September 2011 (2)
  • Ogos 2011 (1)
  • Jun 2011 (4)
  • Disember 2010 (5)
  • Disember 2009 (1)
  • November 2009 (1)
  • Oktober 2009 (3)
  • Mac 2009 (3)
  • Februari 2009 (7)
  • Januari 2009 (10)
  • Disember 2008 (4)
  • November 2008 (4)
  • Oktober 2008 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates